Menipu Waktu Tweeter : Utusan dan Blogger UMNO bakal disaman..

Satu langkah bijak!! Saman!! terutama sekali blogger UMNO dari utara tu..


KUALA LUMPUR: Utusan Malaysia yang memetik laporan blog tajaan Umno, kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membuat sebarang twit ke akaun twitternya pada masa rakaman video palsu itu berlangsung, didesak memohon maaf atau berdepan saman dari KEADILAN.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Anwar menghantar sembilan pesanan ke akaun twitternya antara jam 10.38 malam hingga 11.06 malam berbanding waktu rakaman video berkenaan antara jam 10.20 malam hingga 10.41 malam.


“Semua laporan mereka yang menonton rakaman itu tidak menyebut sipelaku melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan twitter,” katanya pada satu kenyataan media, hari ini.

“Pesanan yang dihantar jelas dibuat Anwar kerana lenggok bahasa dan interaksinya dengan pengikut yang diketahui umum. Mustahil sipelaku dalam video adalah Anwar,” katanya yang mengemuka bukti sekali gus mematahkan fitnah yang disiarkan blog yang dibiayai Umno sebelum dipetik Utusan Malaysia.


Rafizi juga kesal kerana Utusan Malaysia mendakwa wujud perbezaan masa antara laman facebook dan twitter, kononnya pesanan yang dirakam di facebook sejam lebih lambat dari twitter.

“Ini pembohongan besar yang sengaja direka. Dua petikan skrin dari twitter dan facebook Anwar yang menunjukkan pesanan yang dibuat melalui twitter dihantar ke facebook, dua minit kemudian,” katanya.

Rafizi berkata, pesanan pada jam 12.22 tengah hari pada 26 Mac 2011 di twitter dicatat waktunya sebagai 12.24 tengah hari di facebook.

“Ini membuktikan kepada rakyat Malaysia betapa hinanya Utusan Malaysia yang tanpa segan silu menyiarkan fitnah tanpa usul periksa. Asal dapat menyebarkan dakyah tuan punya iaitu Umno.

“KEADILAN mendesak Utusan Malaysia memohon maaf. Jika enggan berbuat demikian, KEADILAN akan mempertimbang tindakan lanjut terhadap Utusan Malaysia dan penulis blog Umno itu,” katanya


Keadailandaily

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. kite bako!kite bako!

    ReplyDelete
  2. Jangan jadi bodoh la KEADILAN. Tak perlu tuntut mohon maaf. Kalau akhbar tu mohon maaf adakah kesan negatif ke atas Anwar, PKR dan PR akan hilang begitu saja? Saman saja, habis cerita. Jika tak saman, parti ini adalah PARTI TERBODOH sekali di Malaysia. Saman tak akan menang? Tak usah peduli..sekurang2nya kita telah memulangkan bom jangka kpd mereka.

    ReplyDelete
  3. Tak pyh bagi amaran,tak pyh sughoh demer mintak maap...Saman jer!!! Demer tu pon bukannyer ader bagi amaran nak tayang video porno tu,dah tayang baghu bagi amaran DSAI utk berundor.Dalam saman tu nanti,tuntut bermacam2,bior demer tak senang duduk.Tak pyh bagi muker pader org yg tak ader muker.

    ReplyDelete
  4. saman aje jgn bg chan walaupun byk saman yg dah dibuat tp xde respon almaklumlah rakyat tahu dan Allah swt pun tahu jd saman tetap saman- lwn ttp lwn...utk blogger umno yg membuat fitnah dan dpt byrn dari umno itu insaflah bahawa wang yg anda trima dan bg anak bini hang makan sama lah spt anda bg makan benda2 yg haram maka kan lahir dan membesar nanti generasi kamu yg mati hati nya,rosak budinya yg x dpt menolong kamu apabila kamu dah berada d alam barzah krn keturunan nasab kamu sibuk dgn hal2 keduniaan dan lupa akan dunia akhiratnya sbb nya kamu dah mempeloporinya..menyesal apabila dah brade dlm kubur xdpt membantu dah..muhasabbah lah diri..supaya menjadi manusia yg sentiasa BERTAUBAT..

    ReplyDelete
  5. Marilah sama2 kita berdoa :
    Ya Allah Ya Tuhan kami yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu, bantulah kami dalam menegakkan kebenaran Ugama Mu. Kurniakanlah kami kekuatan dan ketabahan. Kuatkanlah keimanan dan ketaqwaan kami agar kami tidak terpengaruh dengan segala dugaan yang datang. Ya Allah Ya Tuhan kami yang Maha Perkasa, Engakau lindungilah kami dari segala kejahatan2 dan kezaliman2 hamba2Mu yang lain. Pulangkanlah kembali kepada mereka segala kejahatah, kezaliman, penganiayaan dan keaiban yang ingin mereka berikan kepada kami. Jatuhkanlah mereka iaitu pemimpin2 yang zalim dan tidak amanah, dari kedudukan mereka; dan Engkau gantikanlah mereka dgn org2 yg jujur dn amanah. Hanya pd Mu dpt kami memohon Ya Allah, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang mudah dan cepat memperkenankan pinta. Perkenankanlah, Ya Allah. Amiin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post