Mufti-Muftiku sudah menjadi 'Syaitan yang Bisu'? (Video Inside)


SHAH ALAM 29 MAC : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama tertentu sebagai “syaitan bisu” kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap kepada lebih 20,000 orang di Stadium Malawati malam tadi, Hadi, menegur pemimpin agama yang enggan tampil menyatakan pendirian terhadap fitnah video seks awal minggu lalu.




Setakat ini hanya bekas Mufti Dr Mohd Asri Zainu Abidin menyatakan rasa keji beliau atas taktik kotor yang digunakan untuk menjatuhkan musuh politik dan menggesa rakyat Malaysia khususnya umat Islam untuk menolak perbuatan seumpama itu.

Namun Mufti-mufti yang lain khusus Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang selama ini banyak memberikan pendapat atau komen menyentuh pembangkang berdiam diri atas serangan peribadi terbaru ke atas Anwar Ibrahim.

“Di mana kalangan yang suka bercakap selama ini, jangan jadi syaitan bisu. Siapa yang diarahkan untuk berkata benar tapi tidak melakukannya adalah syaitan bisu,” kata Hadi lagi.

Semalam, Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang bertanggungjawab terhadap pendedahan rakaman video seks minggu lalu.

Presidennya Rev. Dr Thomas Philips berkata, menyifatkan penayangan video lucah itu sebagai perkembangan politik yang menjijikan.


Abdul Hadi menegaskan pendedahan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu adalah i “permainan politik” kotor dan bertentangan dengan ajaran Islam.

“Kita sedang mengalami satu peristiwa permainan politik yang sangat kotor bukan sahaja mengikut ajaran Islam yang sepatutnya umat Islam menjadi contoh kepada umat lain bahkan bercanggah dengan amalan-amalan demokrasi yang diamalkan oleh masyarakat sejagat,” katanya.

Abdul Hadi meminta Umno supaya bertaubat dan berhenti menggunakan taktik keji untuk kelangsungan politiknya. “Jangan kita anggap kezaliman itu adalah kekuatan kepada sesuatu kerajaan.

Kezaliman menandakan kerajaan sudah nyanyuk, mengalami kelemahan dan meraba-raba serta membuat apa sahaja untuk mengekalkan pemerintahan,” katanya.


Beliau mengingatkan Barisan Nasional bahawa bahawa setiap fitnah dan penyelewengan yang berlaku merupakan tanda-tanda perubahan bakal disaksikan.

“Percayalah wahai pemimpin-pemimpin Barisan Nasional kamu tidak boleh kekal selama-lamanya dan percayalah kita semua bahawa fitnah-fitnah, kezaliman yang disebar, penyelewengan yang berlaku adalah tanda-tanda awal perubahan akan berlaku,” ujar beliau sambil disambut dengan laungan Takbir.





Berita dan Video dari TVS News, manakala seluruh gambar adalah hasil kerja Ambo-jr tranungkite.net

8 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. TGHA bidas ulama2 yg selama ini pro kerajaan kerana terus membisu dalam isu ini, takut untuk nyatakan pedirian dan menegur pemimpin umno. Ulama2 sebegini seolah2 lehernya telah dijerut tali dan hanya menuggu tuannya megheret ke padang ragut untuk digemukan...tak berani menegur jauh sekali membantah.
    Ulama2 macam inilah yg secara terus menyumbang ke arah kehancuran umat dan akidah. Mereka2ini dah berkali2 tawaf di kabah..Apakah masih belum dapat petunjuk? atau jelas munafiq yg bertopengkan islam???
    Berbalik kepada umno, keagkuhan pemimpin umno dah sampai ketahap meruncing,sedarlah sebelum jangan sampai ulama dunia mengeluar fatwa bahwa menyokong/mengundi umno ..akan jatuh fasiq?

    ReplyDelete
  2. Nama Mufti, darjatnya tinggi,
    mencari kebenaran islam yg hakiki,
    Gelaran syaitan bisu tepat sekali,
    Mana dia Harussaniiiiiiiii?

    ReplyDelete
  3. tak perlu membuat tuduhan melulu terhadap para mufti.kemungkinan mereka pun tidak mendapat gambaran atau cerita yg jelas dgn isu ini.Tunggu dan lihat sehingga sisatan selesai baru mereka boleh menyatakan pendirian mereka. tak perlu tergopoh2 seperti beliau ini kerana takut akhirnya perkara yg sebaliknya berlaku dan jelas di sini akan menampakan kurangnya kebijaksanaan ahli-ahli dan pakar agama...

    ReplyDelete
  4. Hazam
    You are missing the point atau buat2 tak nampak?
    Syariah ada proceeding dia sendiri, sepatutnya kes2 yg membabitkan fitnah terhadap orang islam to be handled by jabatan2 penguatkuasa islam following syariah guide. Perception awak yg ulama2 perlu tuggu hasil siasatan polis baru nak komen jauh tersasar kerana siasatan mereka tak ikut proceeding syariah. Sebab itulah sering kita lihat dengan jelas kes2 tersebut berat sebalah, ketidakadilan yg jelas dsb. Inilah yg perlu diketengahkan oleh para ulama desak kerajaan guna proceeding syariah utk menagani kes2 fitnah. Kalau ikut cara sekarang kes2 fitnah ni akan terus berleluasa, semakin hari semakin banyak.

    ReplyDelete
  5. saudara malaysian....bukan saya buat2 tak nampak tapi sy terpaksa terima hakikat tentang sistem perundangan di malaysia di mana proceeding syariah hanya terhad kepada beberapa perkara sahaja. saya sebenarnya tidak suka menuduh ulama sama da pro Bn atau pembangkang sbb saya menghormati ilmu yg mereka miliki. adalah lebih baik semua ulama duduk berbincang dan bukannya menuduh atau membuat kenyataan terbuka di antara mereka kerana ini bukan sahaja memalukan ulama tetapi islam itu sendiri.Tak kira ulama kerajaan atau Pas hendaklah sama- sama duduk semeja dan menjadi penasihat yg kuat kepada kepimpinan negara. Saya tidak nampak mana-mana ulama atau pemimpin agama yang membuat teguran rasmi tentang perlaksanaan pentadbiran dan undang-undang negara ini, yg selalu terjadi adalah melalui pentas-pentas di hadapan org ramai atau rakyat. Adakah begini caranya? siapakah sebenarnya syaitan yg bisu???pikir sedalam2nya..

    ReplyDelete
  6. Saudara Hazam, kalau nak hormatkan ilmu mufti2 itu bagus,menyuruh mereka duduk berbincang, itu bagus.Tapi, Pihak kerajaan nak ke dengar nasihat so called ulama PAS ni?.Before this pun, bila Ulama PAS bagi teguran, dikatanya untuk political milage..Diorang nak dengar apa yg diorang nak dengar sahaja. Kalau betul pihak kerajaan nak memartabatkan mahkamah syariah, mengapa tak diangkat setaraf dengan mahkamah civil? buat itu pun tak mahu lagi pula nak dengar ijtimak ulama, come on bro. be reality la...

    ReplyDelete
  7. Hazam
    Tak payah malulah kalau nak mengaku penyokong setia umno...tak payah berlapik kata sokong semua...message you jelas.
    Saya turunkan dibawah petikan kenyataan muti perak untuk you fikir2-kan...ulama pro kerjaan pun umno ketepikan bila tak bawa faedah kat mereka!
    ----------------------------------
    Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan yang tertulis ia video seks hanya fitnah itu sahaja yang lain-lain tidak keluar ” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider Kata Harussani rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih “Kita buka rahsia orang ini adalah haram benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah dosa besar dan tidak bermoral.

    ReplyDelete
  8. malaysian...sekali lagi saya ingin tegaskan..saya hanya menyokong kebenaran ..bagi saya kedua-dua parti langsung tidak pernah menguntungkan islam dan melayu.. saya bebas menyokong mana2 pihak yang saya pikirkan betul dengan tidak terikat dengan sesuatu idelogi sahaja...kene la buka minda sikit...kalau seseorg tu tak sependapat tak semestinya seseorg tu menyebelahi mana2 pihak...jgn menyempitkan pikiran yg ada...sahaja..(adakah cara tersebut berkesan?)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post