Muhyiddin tak puas hati PAS haramkan loteri di Kelantan

Kata Muhyiddin Yassin berkata, tindakan kerajaan Kelantan mengharamkan penjualan tiket loteri di negeri itu telah menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan masyarakat bukan Islam kerana ia dianggap menyentuh hak mereka.

Sejak bila pula bukan Islam digalakkan berjudi oleh agama mereka ni??

Yang rasa tidak senang itu masyarakat bukan Islam atau sahabat Muhyiddin yang bukan Islam tu.. alaa.. towkay judi tu la..


Tindakan PAS Haramkan Tiket Loteri Timbulkan Rasa Tidak Senang Masyarakat Bukan Islam – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan kerajaan Kelantan mengharamkan penjualan tiket loteri di negeri itu telah menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan masyarakat bukan Islam kerana ia dianggap menyentuh hak mereka.


“Kita serahkan kepada masyarakat bukan Islam untuk menilai bagaimana sikap dan pendirian kerajaan PAS dalam isu ini. Pendirian kerajaan Persekutuan tidak perlu kita jelaskan lagi,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Pembangunan Modal Insan di Bangunan Parlimen di sini, Selasa.

Beliau berkata sekatan baru yang diperkenalkan oleh kerajaan PAS itu telah dianggap oleh masyarakat bukan Islam sebagai menyentuh hak mereka.

“Dari segi undang-undang tindakan mereka (orang bukan Islam) membeli loteri tidak salah. Jadi isu pengharaman ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan masyarakat bukan Islam,” katanya.

Muhyiddin berkata, beliau juga telah dimaklumkan bahawa MCA juga akan melaporkan kepada pihak berkuasa mengenainya.

“Berdasarkan apa yang saya baca di akhbar, MCA akan buat laporan kepada pihak berkuasa, cuma saya belum dimaklumkan apakah bentuk tindakan mereka itu.

“Saya pasti ada pihak yang merasakan hak mereka telah dihalang atau disekat dengan tindakan kerajaan negeri Kelantan itu,” katanya.

Baru-baru ini kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS mengharamkan penjualan tiket loteri di negeri itu sejajar dengan konsep ‘Membangun Bersama Islam.’

mStar Online

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. muhyiden.kerajaan negeri ada kuasa tersendiri dan kerajaan pusat ada yang sesetengah xleh masuk hal dalam kerajan negeri......ingat tu...muhyiden.ingat tu...kita x pernah dengar selain melayu kat klntan gaduh sbb xleh judi...???sampai sekarang xde rakyat mana2 dunia yng bising sebb xleh judi..klu ada btaw...aku nk baca kajian tu..
    ((hohoho))

    ReplyDelete
  2. MAT SEMBAB NI NAK MATI DAH KE??
    KUAR FATWA MERAPU2 LEBIH DARI HARUSSANI PULAK...
    KALAU NK MATI CAKAP LA KAT KAWAN2 BOLEH PEGI MELAWAT KEH KEH KEH

    ReplyDelete
  3. Helloo Tok Menteri...agak-agaknya kalau kat sekolah, cikgu2 benarkan bebudak cina main judi boleh tak ye? Kalau diharamkan main judi di sekolah nanti kata menghalang hak orang cina. Nak dengar juga pandangan Tok Menteri yang saya nilai macam orang kurang siuman.

    ReplyDelete
  4. yg btambah sedih nye.....taik2 judi ni majoriti adalah MELAYU!!! kaji selidik dah dibuat pun.....cuma tak kuar kat RTM, TV3 mahupun surat kabar perdana..............tlalu byk baik nya kalo judi terus haram di bumi MALAYSIA ini........

    ReplyDelete
  5. Muhyiddin Yassin hanya memperjuangan kebajikan kaum-kaum syaitan Illuminati, Zionis, Freemason dan sebagainya. Rasa tak senang dan tak puas hati terhadap tindakan kerajaan negeri Kelantan mengharamkan judi itu hanya datang dari mereka yang tak senang dengan syiar Islam. Peringatan kepada Muhyiddin, sebelum malaikat Izrail mengucapkan "apa khabar, BERTAUBATLAH!". Tak risau dengan seksa kubur dan ancaman api neraka ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post