Nazri akui wujud pejabat First Lady untuk bantu ‘tugas’ Rosmah

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mengakui kewujudan Divisyen Wanita Pertama Malaysia (FLOM) tetapi berdolak-dalik dengan mengatakan pegawai Jabatan Perdana Menteri (JPM) hanya dipinjamkan untuk membantu ‘tugas’ Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata, mereka yang ditugaskan itu bagi kerja-kerja sementara itu adalah kakitangan yang diambil bertugas di Pejabat Perdana Menteri.


“Tiada kontrak atau kakitangan tetap ditugaskan khusus kepada isteri perdana menteri, sebaliknya pegawai dari jabatan itu dari semasa ke semasa ditugaskan bagi membantu beliau,” lapor Malaysiakini.

Nazri kemudian memberi alasan senarai enam pegawai FLOM pada direktori JPM dikeluarkan dari laman sesawangnya kerana ia sedang dikemas kini, kononnya bagi mengelakkan kekeliruan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas soalan tambahan daripada Anthony Loke (DAP-Rasah) berhubung mengapa divisyen FLOM disenaraikan jika tiada divisyen seumpama itu ditubuhkan.

Sementara itu, HarakahDaily melaporkan, kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

Perkara itu diakui Nazri dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan sama Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar di Parlimen hari ini.

Bagaimanapun, soalan Firdaus sama ada kos itu tersenarai dalam bajet 2011, tidak dinyatakan jawapan.

Dalam penjelasan itu, Nazri berkata rombongan yang diketuai Rosmah itu turut disertai Menteri Wanita, isteri-isteri menteri, menteri besar-menteri besar, ketua menteri serta beberapa pegawai kerajaan.

Rombongan ke bandar Riyadh, Muscat dan Dhaka itu juga mendapat kelulusan Jemaah Menteri.

Isu lawatan Rosmah sebelum ini menjadi pertikaian banyak pihak ekoran didakwa melangkaui bidang kuasa menteri berkaitan yang hanya menjadi peserta rombongan.

Turut dipertikaikan, kos yang ditanggung kerajaan di saat rakyat berdepan pelbagai tekanan ekonomi.


Keadilandaily

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Adakah "kelulusan Jemaah Menteri (Kabinet) itu lesen untuk membuat segalanya sesuka hati? "Kelulusan jemaah menteri" inilah yang menyebabkan berlakunya skandal Perwaja Steel, skandal BMF, skandal MAS, skandal Bakun, skandal bail-out MISC, skandal Scorpene (kapal selam), skandal IPP (independent power producer), skandal FELDA, skandal Sime Darby dan terkini skandal PKFZ...... cuma skandal sex/bunuh/letupan C4 (dan skandal budak itam di Port Dickson) sahaja yang kemungkinannya TIDAK mendapat "kelulusan Jemaah Menteri".......... Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  2. Sejak bila kita ada Presiden Persekutuan Malaysia ni? Habis tu Yang DiPertuan Agong nak campak kat mana?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post