Orang Asli dijamu hingga Mabuk..

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan ngo negeri, Abdul Fatah Mahmood, mengikut aduan masyarakat terbabit mereka dikurung oleh pemimpin Umno dalam tempoh pilihanraya kecil itu sambil disajikan dengan minuman keras dengan alasan untuk meraikan mereka.

Dan apa yang aku dengar dari seorang sahabat yang turut bertugas di Batang Ai Sarawak ketika PRK yang lalu, perkara ini juga dilakukan oleh BN terhadap orang Asli atau orang Asal disitu..


Bezanya di Galas mereka dikatakan dikurung tapi di Sarawak pula berkartun-kartun miniman keras dihantar kerumah-rumah panjang yang disyaki menyokong Pakatan Rakyat pada malam sebelum hari mengundi dengan alasan yang sama iaitu meraikan.

Akibatnya apabila tiba hari mengundi, para petugas yang bertugas dikawasan peti undi itu menyaksikan hanya 4 atau 5 orang yang turun mengundi kerana yang lain-lain masih tidur kerana mabuk..


Orang Asli dijamu arak di Galas

KOTA BHARU, 3 Mac: Dewan Undangan Negeri Kelantan dimaklumkan bahawa, jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di Galas telah mengurung orang Asli dalam kempen itu dan memberikan mereka minuman keras.

Ia dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan ngo negeri, Abdul Fatah Mahmood yang melahirkan rasa dukacita cara berkempen BN pada pilihanraya kecil Dun Galas itu.

Menurutnya, mengikut aduan masyarakat terbabit mereka dikurung oleh pemimpin Umno dalam tempoh pilihanraya kecil itu sambil disajikan dengan minuman keras dengan alasan untuk meraikan mereka.

“Akibatnya selepas kejadian itu surau begitu lengang tanpa dihadiri oleh masyarakat Orang Asli yang beragama Islam untuk beribadat.

“Kita amat kecewa, tarbiah demi tarbiah telah diberikan oleh kerajaan negeri melalui agensinya serta pihak-pihak lain, namun telah dirosakkan oleh oleh pemimpin Umno untuk kepentingan politik mereka,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan titah Sultan Kelantan sempena pembukaan persidangan Dun Kelantan yang ke-12.

Katanya, sepatutnya kenyataan ‘minum arak’ kerana marahkan kerajaan negeri tidak didengar dalam dun yang mulia ini.

“Satu kenyataan yang amat tidak wajar disebut oleh Adun yang beragama Islam, jadi tidak hairan kalau Adun Galas mengeluarkan kenyataan sedemikian,”ujarnya lagi.

Pada masa yang sama, beliau mendedahkan ada beberapa orang masyarakat Orang Asli memohon dipindahkan di tempat lain kerana tidak tahan dengan tekanan BN di situ.

Tambahnya, kerajaan negeri akan mengambil perhatian berhubung perkara itu.

Harakahdaily

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Perbuatan menjamu Orang Asli dengan minuman keras atas alasan kononnya untuk meraikan mereka adalah menyerupai hasutan iblis terhadap Barsisa supaya meneguk arak, merogol dan membunuh. Pemimpin UMNO yang melakukan perbuatan tersebut adalah diibaratkan seperti syaitan bertopengkan manusia!

    ReplyDelete
  2. Taktik sama telah digunakan sejak beribu tahun dahulu. Perisik2 akan digunakan untuk sabotaj sumber makanan dan minuman pihak lawan sebelum perang. Ini bukan perang, tapi pilihanraya. Apa saja asalkan boleh menang. Tidak menghairankan kalau penasihat regim adalah Yahudi Laknatullah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post