Pelancaran DNA: Polis ceroboh tempat persendirian



KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor meluahkan rasa kecewa dan mengecam tindakan pihak polis yang mengganggu majlis pelancaran Datuk Najib Altantuya (DNA) anjuran AMK dan PKR Pusat di Taman Melawati dekat sini semalam.

“Tindakan polis ini mengakibatkan kecederaan kepada rakyat yang hadir termasuk wartawan dan pimpinan AMK,” kata Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli.


Dalam satu kenyataan media hari ini beliau berkata, “lebih malang apabila pihak polis bertindak menyalahi undang-undang dengan mengganggu majlis aman ini yang diadakan dikawasan persendirian.”

Menurut beliau, pihak polis jelas menunjukkan sikap tidak profesional apabila menyerbu masuk kawasan persendirian ini dan cuba mengheret (Ketua Umum PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim disaat-saat beliau sedang mengakhiri ucapannya.

Tindakan seperti ini membuktikan bahawa pihak Umno-Barisan Nasional (BN) takut kepada kebangkitan rakyat dan kebenaran akan terpancar akhirnya dan sekaligus menutupi fitnah yang ditaburi dalam kes sodomi Saiful Bukhari Mohd Azlan dan video seks Datuk T.

Saifullah menasihati pihak polis supaya tidak perlu rasa takut dengan arahan dan tekanan pihak pemerintah tetapi sebaliknya berkhidmat untuk rakyat dengan adil dan saksama, serta bukan berkhidmat untuk Umno-BN semata-mata.


Free Malaysia Today

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post