Pemuda PAS sedia terima Arman PERKASA - Nasrudin

Hmm.. nampaknya ada orang yang nak jadi punching bag ni..

KUALA LUMPUR, 30 Mac — Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan at-Tantawi bersedia untuk “menerima” bekas ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah menyertai partinya jika beliau sanggup meninggalkan pertubuhan bukan kerajaan membela hak orang Melayu itu.

Semalam, Arman Azha yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara melepaskan jawatan tersebut yang disandangnya sejak awal 2009 kerana mahu aktif dalam politik.

Menurut Arman Azha, tindakan beliau melepaskan jawatan itu tiada kaitan dengan desakan atau masalah dengan kepimpinan dalam Perkasa yang diterajui Datuk Ibrahim Ali.



“Saya cuba menghubungi beliau (Arman Azha) tapi tidak dapat sebab kita nak tahu apa asas beliau meletakkan jawatan itu, apa yang saya tahu beliau mahu terlibat aktif dalam politik dan sekarang beliau adalah ahli Umno.

“Saya nak tahu sama ada beliau mahu kekal (dalam Umno) atau akan sertai parti lain, sebab itu kita nak bincang dengan beliau dan kita bersedia untuk terima dan undang beliau dalam PAS dan Pakatan Rakyat,” kata Nasrudin.

Nasrudin berkata jika Arman Azha bersedia tinggalkan Perkasa dan Umno untuk sertai PAS dan Pakatan Rakyat, “saya mengalu-alukan.”

Bagaimanapun, jelas Nasrudin, pihaknya tidak akan memaksa Arman Azha untuk menyertai PAS dan keputusan itu harus dibuat dengan rela hati.

Beliau juga menafikan pernah mempelawa Arman Azha untuk menyertai PAS. “Saya tidak pernah (pelawa), mungkin ada pihak lain tapi bukan saya dan saya difahamkan beliau ada menghadiri program ceramah kita (Pakatan Rakyat) di Stadium Melawati (Shah Alam) kelmarin dan mungkin beliau ada buat penilaian tersendiri.

“Kalau ikut slogan kita, ‘PAS Untuk Semua’ dan kita bersedia untuk menerima sesiapa sahaja termasuk Arman Azha,” katanya. Ketika mengumumkan peletakan jawatan itu, Arman Azha juga mendedahkan beliau turut menerima pelawaan parti-parti politik termasuk Pakatan Rakyat.

Beliau bagaimanapun enggan memberitahu bila menerima pelawaan itu dan masih belum membuat keputusan mengenai perkara itu. Jelas Nasrudin, beliau sedia menerima Arman Azha dalam parti Islam itu kerana bekas ketua Wira Perkasa itu merupakan seorang individu yang berprinsip dan rasional.

“Saya pernah kenali beliau dan pernah bersemuka... saya lihat beliau seorang yang boleh berfikir secara matang, terbuka dan rasional selain boleh dibawa berbincang dan mudah mesra.

“Beliau juga tidak sombong dan mudah didekati,” katanya.

Sebelum ini PAS turut menerima pelakon, pelawak dan penulis lirik Bob Lokman untuk menyertai parti Islam itu malah turut membantu berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau dan Kerdau bulan lalu.


The Malaysian Insider

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Kalau Mamat ni buat onar, nasihatkan dia supaya bersabar untuk terima rezeki lumayan di Padang Mahsyar nanti.

    ReplyDelete
  2. Wahai Nasrudin pemuda PAS,
    Serban ketat berpendirian tegas,
    Niatmu baik, tapi tak bernas,
    tanpa Mamat ni, PR tak berbekas.

    * come on ustaz, think twice...

    ReplyDelete
  3. tak payah ambil mangkok ni jadi ahli Pas.

    ReplyDelete
  4. Aiseymen Nasrudin, kalau ye pun PAS untuk semua, kena la tapis jugak siapa yang hang nak terima. Tak belajar ke dari apa si berahim ali putar alam dah buat kat PAS dulu dan sekarang?
    Ahli-ahli dalam perkasa dari top to bottom, semua jenis manusia yang tak ada integriti, moral dan tak ada otak.
    Biar lah ambil masuk orang yang punya prinsip dan moral dalam PAS, jangan la main boh semua.
    Jadikan lah PAS parti yang ada standard matang dan berwibawa dengan ahli yang bermoral tinggi dan prinsip yang baik. Tukar la prinsip karat yang PAS Untuk Semua kepada - SEMUA yang baik moral dan SEMUA yang berakhlak tinggi.
    Arman otak cetek dan rendah moral ni layak masuk tong sampah dan umno je.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post