Rakyat atau Pemimpin UMNO yang memberontak ni??

Kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir “Kalau kita lihat dahulu sewaktu pemerintahan Barisan Nasional (BN) tidak berlaku bantahan atau tunjuk perasaan seperti ini,”

Memanglah.. Kalau kita lihat pula puak mana yang sering berdemonstrasi itu, mereka kebanyakkannya penyokong UMNO/BN yang menari mengikut rentak gendang yang dipalu pemimpin UMNO yang kehilangan punca.. ya lah.. dulu semasa UMNO/BN memerintah Pulau Pinang sumber pendapatan mereka-mereka itu terjaga.. projek apa pun tak perlu melalui tender, ada kabel dengan pemimpin UMNO itu cukup, samada syarikat ada kemampuan untuk melaksanakannya atau tidak itu belakang kira..


Tapi sekarang semua kena melalui tender terbuka, jadi macam mana penyokong-penyokong UMNO tu nak cari makan?? nak bersaing tak mampu pasal selama ini hanya mengharapkan projek disuap saja...


Ketua Menteri wajar kaji punca rakyat semakin memberontak

BAYAN BARU - Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak wajar menyalahkan rakyat ataupun NGO yang bangkit mengadakan tunjuk perasaan kerana pada hakikatnya mereka sedang tertekan dengan kegagalan Kerajaan Negeri melaksanakan janji.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, Ketua Menteri sepatutnya perlu mengkaji dan mencari punca sebenar apa yang membuatkan rakyat dan NGO melakukan pelbagai bantahan sehingga ada yang sanggup menghantar keranda kepadanya.

“Kita tak boleh salahkan rakyat mahupun NGO kerana mereka sudah mula tertekan. Dulu sewaktu pilihan raya, mereka (Kerajaan Negeri) berjanji bermacam-macam kepada rakyat tapi sekarang sukar menunaikannya dan disebabkan itu rakyat memberontak.

“Kalau kita lihat dahulu sewaktu pemerintahan Barisan Nasional (BN) tidak berlaku bantahan atau tunjuk perasaan seperti ini,” katanya pada sidang media di pejabat BN di sini semalam.

Menurutnya, Guan Eng sepatutnya berbangga dengan tindakan rakyat dan NGO kerana apa yang dilakukannya dahulu kini menjadi ikutan orang lain termasuk rakyat Pulau Pinang.

Namun, Musa menegaskan tindakan seorang peniaga menghantar keranda kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik baru-baru ini bukanlah budaya yang diamalkan di negara ini.


Sinar Harian

6 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Mamak ini bodos!!!

    ReplyDelete
  2. mamak ni memang bangangggg

    ReplyDelete
  3. Mamak nie mabuk kas kas....putar alam gunung semanggol.. badigol....

    ReplyDelete
  4. mamak ni aku kenai kalau tak silap dia ni dapat AP kereta impot.ada la benda yang tegugat kot sejak guan eng takeover penang ni asyik muka bahlul wal bangang ni saja dok keluaq kat tv .jadi lah mamak oiiiii nasik kandaq hampa kami tak boikot pun dah cukup baik.takut nanti kami kempen boikot nasik kandaq mamak baghu ada akai .

    ReplyDelete
  5. Demonstrasi dah jadi budaya kita la sekarang. Halal la kalau UMNO/BN buat tapi haram kalau dibuat oleh pihak oposisi. Semua orang dah tahu Presiden UMNO/BN tu gamgster kelas atas.

    ReplyDelete
  6. betol ker keturunan 'sheikh' mamak nie??..sheikh celop kot?...sekali jeling dah tau inie 'sheikh' sama species malayalam dgn si kitol matathir

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post