Rampas 9 Kerusi, ‘angan-angan Mat Jenin’ BN Selangor..

SHAH ALAM – Usaha Barisan Nasional (BN) untuk kembali berkuasa di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dengan merampas sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hanya sekadar ‘angan-angan Mat Jenin’.

Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu mencerminkan BN dan UMNO Selangor terus menerus menyalurkan maklumat tidak tepat dan tiada berasas kepada pemimpin mereka.

“Ini merupakan sindrom sama berlaku pada UMNO Kelantan apabila pemimpin tertinggi mereka sejak dari zaman Tun Dr Mahathir diberikan harapan palsu yang UMNO boleh merampas kembali Kelantan tetapi tidak berlaku sejak 20 tahun kebelakangan.


“Di Selangor, harapan yang dibayangkan ternyata tidak mencerminkan apa yang berlaku di peringkat akar-umbi kerana sejak PR mengambil-alih Selangor pada tahun 2008, tahap kepuasan rakyat terhadap kerajaan ini semakin meningkat,” katanya.

Roslan berkata, tidak mustahil sehingga ke penghujung penggal nanti rakyat Selangor akan kembali bangkit dan memberikan majoriti yang jauh lebih besar kepada PR berbanding PRU lalu.

Beliau berkata, di bawah kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan Exco berwibawa dari Pas, PKR dan DAP, rakyat Selangor melihat sendiri satu gaya kepimpinan telus, bersih dan ikhlas, yang mereka idamkan sejak BN berkuasa dahulu.

“Program yang menekankan kepentingan dan kebajikan rakyat umpama program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) ternyata memberi kesan langsung kepada rakyat lantas melonjakkan tahap kepuasan hati mereka tadi.

“Rakyat dapat merasakan sendiri betapa nasib dan kebajikan mereka lebih terbela, dan betapa pemimpin politik dari parti pemerintah lebih dekat dan mesra pada mereka, sesuatu yang asing di Selangor satu ketika dahulu,” katanya.

Dalam pada itu katanya, berdasarkan perkembangan terkini dan isyarat dari akar-umbi, Pas Selangor yakin dapat memantapkan kedudukan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) Selangor dengan menambah sekurang-kurangnya lapan kerusi.

“Pas akan menambahkan sekurang-kurangnya lapan kerusi lagi antaranya termasuklah DUN Seri Serdang yang diwakili Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman yang menang dengan majoriti tipis 45 undi.

“Kerusi-kerusi lain termasuklah DUN Sabak, Sg Air Tawar, Morib, Taman Templer dan Paya Jaras,” katanya.


Sinar Harian

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Kenapa Roslan sms begitu yakin sangat yg cakap TPM itu omongan kosong? Dia dah lupa ke licik TPM kemudi semua prk baru2 ni yg semuanya meniggi kan lagi undi umno.
    Saya sarankan Roslan sms jangan cepat melatah, sepatutnya menilai semula dan perkasakan jentera pilihanraya PAS menghadapi pastinya ALL OUT ASSAULT dari umno dengan fitnah dan tohmah. jangan ambil ringgan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post