Selangor lancar Dasar Tahfiz Al-Quran

SHAH ALAM, 8 Mac: Kerajaan Negeri Selangor melancarkan Dasar Tahfiz Al-Quran dengan lima objektif utama antaranya melahirkan 500 huffaz profesional pada 2020.

Dasar itu dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini malam tadi yang berkata, ia merupakan yang pertama dilaksanakan di Malaysia.

Visi dasar itu menjurus ke arah melahirkan generasi Al-Quran profesional yang mahir, berilmu, beriman, beramal, bersepadu, berakhlak mulia, berdaya saing dan berketrampilan seiring dengan keperluan masa kini.


Objektif dasar itu untuk menambahkan bilangan huffaz serta meningkatkan kualiti pendidikan tahfiz Al-Quran, kerjasama kerajaan negeri dengan semua pihak hingga mampu melahirkan lebih ramai hafiz dan menjadi tempat rujukan utama bagi segala permasalahan berkaitan Al-Quran.

Selain itu, menjadi pusat melahirkan guru Al-Quran yang terlatih dan profesional demi memenuhi tuntutan keperluan masyarakat serta pusat latihan pengurudan dan pentadbiran Institut Tahfiz Al-Quran.

Jawatankuasa pelaksana dasar ini juga akan terus mengadakan Hari Huffaz, Akademi Imam, Kursus Tarannum, Karnival Huffaz Selangor, Ijtimak Huffaz Selangor dan Majlis Pengiktirafan Hafiz.

Sebelum itu, Abdul Khalid berucap merasmikan Pertandingan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 2011 yang berlangsung di Auditorium Dewan Jublee Perak, Bangunan SUK, dekat sini.

Sambutan terhadap majlis ini amat memberangsangkan berikutan premis luas itu sesak dan penuh dengan huffaz.

Selesai acara rasmi, Abdul Khalid menyampaikan elaun tunai kepada sekitar 30 huffaz yang berjaya di dalam temuduga yang diadakan sebelum ini.

Malam tadi, seramai dua penghafaz lelaki menjawab lima soalan dengan cara menyambung ayat Al-Quran yang kelihatannya sangat mudah bagi mereka berbuat demikian.

Bagi mereka yang menghafaz 10 juzuk menerima bayaran sebanyak RM1,200, 20 juzuk (RM1,800) dan 30 juzuk (RM3,000).

Seorang penerima elaun, Mohd Adib Badri Shah Al, 20, dari Klang bersyukur kerana berjaya dalam percubaan pertama kategori 10 juzuk dengan membawa pulang wang tunai RM1,200.

Adib baharu sahaja tamat 30 juzuk pada temuduga itu November lalu dari Institut Tahfiz Al-Quran Gemencheh, Negeri Sembilan.

Anak kelima ini berazam untuk menyertai lagi temuduga ini di masa akan datang untuk menguji kemahiran.

Mengikut buku dasar ini, aktiviti menghafaz atau ishbat ini melibatkan program untuk peserta 18 tahun ke atas bertujuan menjadikan program pemberian elaun sebagai aktiviti ko-kurikulum huffaz.

Program ini juga untuk meningkatkan istiqamah huffaz dalam usaha memelihara hafazan Al-Quran, menjadikan golongan huffaz sebagai penggerak yang terancang dalam membudayakan Al-Quran melalui masjid dan surau serta memartabatkan generasi pembawa Al-Quran.

Aktiviti ujian ini dilaksanakan sebanyak dua kali setahun; Mei dan November di mana bayaran dibuat dua bulan kemudian melibatkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama pertubuhan yang berkaitan.


Harakahdaily

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Cantik lah tu. Cuma saya rasa pusat tahfiz terlalu banyak dalam skala kecil.

    Saya rasa, adalah lebih baik jika pusat2 tahfiz ini digabungkan supaya kualitinya lebih mudah dipertingkat dan dipantau, bantuan juga lebih mudah disalurkan, penekanan dan kaedah diselaraskan sekaligus dapat melahirkan pusat tahfiz yang berwibawa dan disegani.

    Tenaga pengajar juga boleh diberi kursus atau peluang melanjutkan pelajaran.

    ReplyDelete
  2. Kerajaan pakatan rakyat juga perlu memikirkan bagaimana untuk menjadikan visi mereka tercapai tanpa sokongan dan peruntukan dari kerajaan BN semata-mata (bagi mengelakkan ungkit-mengungkit)Jangan hanya retorik dan pelancaran dasar sahaja tetapi perlaksanaannya kosong. Bukan bersangka buruk, tetapi sekadar untuk mengingati.

    Anugerahan dan habuan kepada para tahfiz merupakan suatu inisiatif yang baik tetapi tidak boleh dilakukan secara beterusan seperti perumpaan inggeris 'Don't give man a fish, but teach how to catch a fish'. Laksanakan perancangan yang tidak mampu dan tidak terfikir dilaksanakan oleh BN, setakat untuk memberi imbuhan mereka pasti akan menyatakan "kami pun boleh beri banyak dari itu" atau "Darul Quran dibina masa BN memerintah dan semua subjek profesional telah diajar (matematik, sains dll), apa hasil usaha pakatan rakyat dalam menjadikan tahfiz menuju ke arah lebih professional"?.

    Diharapkan pakatan dapat memikirkan sesuatu yang lebih 'hebat' dalam perancangan mereka. ;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post