Serangan barat membunuh 48 rakyat Libya

Apa yang kita boleh pelajari dari tragedi ini ialah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.. Dikala Libya berada dalam suasana yang lemah, barat mengambil kesempatan dari peluang yang ada dengan mencipta berbagai alasan untuk menguasai Libya dan Minyaknya..

TRIPOLI: Barat melancarkan fasa pertama serangan ke atas pertahanan Libya apabila 112 peluru berpandu tomahawk dilepas ke atas lebih 20 sasaran.

Serangan itu dilakukan oleh kapal perang Amerika dan British, bertujuan membuka laluan kepada pasukan udara bersekutu untuk melumpuhkan pertahanan udara negara itu.

Ketika mengumumkan serangan tersebut, Presiden Barrack Obama berkata, langkah itu diambil bagi menyelamatkan nyawa orang awam meskipun beliau keberatan mengunakan kuasa ketenteraan, lapor AP.

“Kami tidak boleh melihat sahaja apabila seorang pemimpin yang zalim memberitahu rakyatnya bahawa tidak akan ada belas kasihan ke atas mereka,” katanya dilapor dari Brasilia.


Para pegawai Amerika memberitahu masih terlalu awal untuk menilai kesan serangan itu, tetapi yakin berlaku kemusnahan teruk ke atas pertahanan Libya.

Naib Panglima William E. Gortney memberitahu wartawan serangan itu adalah permulaan kempen yang dikenali sebagai ‘Operation Odyssey Dawn’.

Wartawan AFP pula melaporkan, bom digugurkan awal pagi ini berhampiran Bab al-Aziziyah, ibu pejabat Presiden Muammar Gaddafi di Tripoli, mencetuskan kemarahan diktator tersebut.

Wartawan itu melaporkan mediterranean kini telah menjadi seperti ‘medan perang’.

Sementara itu, stesen televisyen tempatan pula melaporkan seramai 48 maut manakala 150 lagi cedera dalam serangan tersebut.- Keadilandaily


1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Inilah akibatnya jika seorang pemimpin Islam itu zalim.. rakyat akan memberontak dan musuh akan mengambil kesempatan dengan menyerang negara islam.. sejarah telah berulang kali mengikatkan kita, tragedi khurasan, tragedi baghdad berdarah (1253M) dan lain-lain menunjukkan bahawa kelemahan pemerintah seperti mementingkan diri, keluarga, kroni, rasuah dan mengumpul harta dari keringat rakyat. Allah akan menghantar satu bangsa yang zalim untuk memusnahkan umat Islam dan pemimpin mereka yang zalim...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post