Setiap 15 Minit Satu Perceraian - Mashitah

PUTRAJAYA 3 MAC : Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun 2009 menunjukkan berlaku satu perceraian pada setiap 15 minit di kalangan umat Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Beliau berkata jumlah itu meningkat daripada tahun ke tahun akibat daripada kurangnya penghayatan agama di kalangan suami isteri termasuk mengabaikan solat.

“Jika solat lima waktu sehari semalam tidak dapat dilaksanakan, sudah tentu dapat kita bayangkan mereka juga sukar untuk melaksanakan peranan dan tanggung jawab sebagai suami dan isteri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar sempena Maulidur Rasul : Rasulullah Ikon Keluarga Bahagia di sini hari ini.


Seramai 1,200 penjawat awam hadir pada seminar itu dengan anggota panelnya terdiri daripada pakar motivasi Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan pendakwah Datuk Dr Fatma Zahrah Mohd Ramadan.

Mashitah berkata Jakim akan memperbanyakkan lagi program-program pemantapan keluarga yang menerapkan kesedaran terhadap peranan suami dan isteri, kemahiran keibubapaan, pendidikan serta pengurusan ekonomi

TVS

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. win win malaysiansMarch 3, 2011 at 11:11 PM

    setiap 15 minit ada penceraian,eeh waa tak cayalah ini satu pembohongan lagi dari umno/bn,tak logik langsung luu percaya tak munkin org melimau percaya kot,alasan pasangan tak solat,ini kebanyakannya kes meroyan yg dibendungi oleh Barisan Nyanyok,apa mussittah ni baca entri ajakah menteri ini sesuka org bawah tipu je...tak turun padangkah..kah3..

    ReplyDelete
  2. ustazah ini kah yang pernah berkata.... boleh juai .... jika terdesak?

    ReplyDelete
  3. Ustazah ini pernah kata kalau Hukum Hudud dijalankankan di Malaysia nanti ramai orang yang tak boleh kerja sebab kudung tangan, kudung kaki... produktiviti negara akan menurun. Pertama - Ustazah apa yang sanggup menghina hukum agama sendiri? Kedua - Hukum Hudud jika dilaksanakan, gerenti kes jenayah dan syariah akan lupus serta-merta, tak timbul isu tak boleh kerja sebab takde tangan / kaki.
    Ustazah UMNO... macam tu lah... sama je dengan APCO, sebab mengikut telunjuk APCO Yahudi Laknatullah

    ReplyDelete
  4. aku cukup berkenan kat utzh ni tapi tak suka pasai umnoapco.

    ReplyDelete
  5. sikit2 umnoapco...pas pun apa korangnye...hahaaha..sma jer..bahalol...ada otak..tp otak udang..suka fitnah org...fikir mcm baik sgt...fuhhh...politik sempit...sebab tu kelantan negeri paling kotor..semua ada...org tua nk mampus ada nafsu rogol cucu berlaku diklantan gak....ni la kesan iklan ubat kuat seks...PASeks.....penagih dadah apa lagi...
    baik korang cermin muka dulu...klu tak hensem n jambu tak payah la ada hati nak ngorat si nuar tu...hahaha...PASesat, DAPig, PKRacun
    Takbir...ALLAHHUAKBAR3X

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post