Status Quo.. UMNO/BN Mengekalkan Kerusi ADUN mereka ...

Satu keputusan yang memang telah dijangka dai awal lagi oleh banyak pihak, UMNO/BN mempertahankan Kerusi yang jadi milik mereka sebelum ini.

Diharap tiada yang kecewa dengan keputusan yang memang telah dijangka ini dan Tahniah buat para Petugas dari Pakatan Rakyat kerana telah berusaha sekadar yang terdaya untuk menumbangkan UMNO/BN dikawasan mereka..

Kita tunggu dan lihat bagaimana mereka mahu mempertahankan kemenangan ini dalam PRU13 nanti..


BN menang besar di Merlimau, Kerdau

BN menang di DUN Merlimau dengan majoriti 3,643 undi. BN memperolehi 5,962 undi, manakala PAS mendapat 2,319 undi.


Jumlah undi rosak diterima ialah 132 undi.

Majoriti itu lebih tinggi berbanding dengan 2,154 undi pada 2008. bagaimanapun, ia masih rendah berbanding dengan majoriti BN sebanyak 5,087 pada 2004.

Sementara itu bagi pilihan raya kecil DUN Kerdau, BN turut menang besar dengan majoriti 2,724 undi.

BN memperolehi 5,060 undi berbanding lawannya PAS yang mendapat 2,336 undi.

Jumlah undi rosak yang diterima ialah 90 undi.

Majoriti kemenangan tidak rasmi BN itu mengatasi jumlah yang diperolehi pada pilihan raya umum 2004.

Keadaan ini menunjukkan sokongan pengundi Cina telahpun kembali kepada BN di Kerdau.

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. PPPEEEEWWWEEEETTTTTT

    CAKAP BESAR, NAK BUAT KEJUTAN KONON

    MAKAN PASIRLA

    HA KAWAN LAGI DENGAN DAP

    ADUH MALUUUUUUUUU

    ReplyDelete
  2. syukur alhamdulillah dengan kekalahan ini...semoga PAS kembali kepada perjuangan asal tanpa adanya Nik Aziz, PKR dan DAP.

    ReplyDelete
  3. Betul kata Muhyiddin orang2 Kerdau dah menyampah kat Anwar...depa dah terjermahkan pada PRk Kerdau ini,rasa yang dok pi ceramah tu PRk semuanya org2 luar...nampak aje ramai, tapi bukan pengundi2 situ pun..tahniah kepada depa yang dok mai bagi ramai ceramah hari tu.

    ReplyDelete
  4. Penyokong Pakatan, usah berputus asa. Buat sehabis baik. Untuk menegakkan kebenaran sememangnya penuh onak dan cabaran.Percayalah, kemenangan akhirnya pasti jua akan menjelma.

    ReplyDelete
  5. Kepada GODAM, TUNGKARAN HATI dan anon 12.27 am,

    Perjuangan PKR dan DAP tidak tersasar.. pengundi perlu bijaksana memilih dan menentukan masa depan mereka, Kebanyakkan pengundi tidak ada visi dan matlamat dalam kehidupan mereka. Sanggup mengecapi kejayaan yang singkat tanpa melihat masalah anak cucu mereka akan datang.. Itulah sebanyak lebih 4 juta pengundi BN di Malaysia.

    Kesilapan dan korupsi BN nampak jelas tetapi mereka-mereka ini membutakan mata dan masih memilih kerajaan yang korup dan pemimpin yang mementingkan diri sendiri. Lihat disekeliling kamu.. Melayu masih ketinggalan sejak UMNO memerintah. Untuk berjaya dalam kehidupan bukan sekadar kebendaan sahaja malah prinsip (keadilan, ketakwaan dan ibadah) juga perlu dijaga. Negara Islam yang hebat tetapi pemimpin adalah korup dan mengumpul kekayaan demi keluarga mereka. Akan hancur negara seperti itu!

    ReplyDelete
  6. kita tidak kecewa dengan kekalahan kerana setiap perlawanan misti ada kalah menangnya tapi apa yang mengecewakan pertandingan yang sangat berat sebelah kalau nak menang pun biar atas rupa anak jantan. spr sebagai pengadil nampak macam pengadil wwe smake down dalam perlawanan gusti.

    ReplyDelete
  7. Tahniah kepada penyokong gerombolan! Wa salute dgn kebodohan korang yang menyokong kebejatan. korang tau ke makna kebejatan? aku rasa tak tau kot..sbb korang Bodo!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post