
Ini adalah kerana dia cuba membidas tohmahan dan dakwaan pihak pembangkang mengenai pelbagai kesalahannya seperti rampasan tanah, rasuah, nepostism dan menyalur keluar kekayaan Sarawak kepada bank-bank, perniagaan-perniagaan dan syarikat-syarikat hartanahnya di luar negara.
Para penasihatnya telah membuatnya menghadapi dan menjawab segala isu yang dibangkitkan bagi memulihkan kepercayaan para pengundinya yang kini kian marah.
Suatu dari kaedah yang telah mereka laksanakan, yang dikenali sebagai‘perang cyber’, adalah mempersembahkan beberapa siri tayangan video (yang disunting semula sebegitu rupa) temubual di mana dia menjawab soalan-soalan yang telah disediakan terlebih dahulu oleh beberapa orang pemberita (termasuk seorang pemberita yang dibawa khas dari luar negara oleh syarikat PR).
Kemudian liputan itu diterbitkan di dalam kebanyakan laman-laman web baru BN dalam usaha mereka untuk memenangi hati rakyat
Lebih baik mendiamkan diri?

Dalam pengakuannya yang terkini Taib sekali lagi telah kelihatan berusaha untuk menamatkan dakwaan-dakwaan terhadapnya bahawa anaknya telah memperolehi segalanya hasil dari wangnya sendiri dan juga dari peluangnya selaku seorang ahli politik.
Namun alasan-alasannya yang tak masuk akal ini telah menimbulkan keraguan bahawa dia seorang yang pelupa dan semakin nyanyuk:
“Anak-anak saya semuanya berpelajaran tinggi, mereka telah menjalankan perniagaan mereka di luar negara. Saya terpaksa melakukan perniagaan di luar negara sejak 30 tahun lalu. Alasannya mudah sahaja kerana saya tidak mahu perniagaan saya itu bercanggah dengan kepentingan tugas harian saya, yang akan menghantui saya. [Jika] saya berniaga di dalam negeri, orang akan mengatakan saya menggunakan pengaruh saya untuk menambahkan kekayaan saya, maka kami berniagalah di luar negara”
Apa yang orang tua itu telah lupa, tetapi kebanyakan penduduk Sarawak tidak, bahawa keluarga, khasnya anak-anaknya, SEMEMANGNYA memiliki bilangan perniagaan yang terbanyak di negeri Sarawak.
Kebanyakan dari perniagaan mereka adalah merupakan perniagaan yang ‘diswastakan’ dari kerajaan Negeri Sarawak yang diberikan oleh Taib Mahmud sendiri dan beliau sentiasa mempastikan bahawa kontrak-kontrak besar kerajaan akan ‘dilaksanakan’ oleh perniagaan keluarga beliau.
Bermula dengan CMS, dan kini ke Titanium Management!

Penemubual yang ‘jinak’, yang diterbangkan khas dari UK itu, bukan diupah untuk bertanyakan soalan-soalan susulan, jika tidak, maka dia akan bertanya, “Bagaimana pula dengan CMS dan Titanium Management?!
” Cahaya Mata Sarawak kini merupakan syarikat terbesar di Sarawak dan merupakan perniagaan utama di Malaysia – terlibat dalam urusniaga dari pembinaan bangunan hingga ke perbankan. Siapakah pemegang utama saham-saham mereka? Mereka sebenarnya, adalah, ahli-ahli keluarga Taib Mahmud sendiri.
Sebenarnya menurut Laporan Tahunan bagi tahun 2009 yang diterbitkan secara on-line, pemegang terbesar ke atas saham-saham dalam CMS yang telahpun meninggal dunia – adalah mendiang isterinya, Laila! Laila memegang 11.23% saham-saham di syarikat itu yang bernilai RM94 juta.
Dua orang lagi pemegang saham-saham terbesar adalah anak-anak lelakinya, Abu Bekir dan Sulaiman, diikuti anak-anak perempuannya, Jamilah dan Hanifah, yang sama-sama memiliki syarikat Majaharta.
Apakah maksud Taib dengan menyatakan bahawa beliau dan anak-anaknya hanya berniaga di luar negara sahaja? Dan adakah beliau mengharapkan bahawa para pengundinya menganggap arwah isterinya yang pernah memegang saham terbanyak dalam CMS dahulu itu hanya dongeng atau fitnah semata-mata?
Taib telah ‘menswastakan’ banyak perniagaan milik negeri ini kepada CMS miliknya itu sebaik sahaja beliau memerintah.
Begitu juga, beliau telah menswastakan suatu monopoli perniagaan kerajaan negeri yang melibatkan pengeluaran lesen-lesen perkapalan kepada sebuah lagi syarikat keluarganya, Achi Jaya (yang dikendalikan oleh adiknya, dan juga selaku rakan-niaganya, Onn Mahmud).
Seterusnya sila sambung bacaan anda di SINI...
taib sememangnya nyayok kerana terlalu memikirkan soal harta dalam/luar negara takut bila kalah BN nanti harta akan dirampas balik oleh rakyat sarawak dan kerayaan memerintah yg baru,apatah lagi soal bini baru,dia serba mahu yg baru tapi tak sedar diri tu dah antik kubur kata mari....
ReplyDeleteDia bukan lupa ..cuma dia sibuk dengan isteri barunya.....
ReplyDeleteSeronok sungguh isteri arab,
ReplyDeletebadan lenguh mata sembab,
Mohd. Taib, jaguh mujarab,
kalau kalah jatuh tertiarap.
Aku tengok cerita nie dah mcm dlm cerita 3 Abdul lah pulak.....sbb tu aku tak nafikan keistimewaan Allahyarham P.Ramlee bila berkarya sbb beliau dpt lihat apa yg akan terjadi selepas zaman beliau..
ReplyDeleteGerombolan PR hanya mempunyai pemikiran tahap longkang dan hampas!
ReplyDeleteTaib n BN dan menang dengan penuh megah!
Tsunami Politik telah menimpa PKR...hancusssss!
47-3=44?
PADAH PENABUR FITNAH...HANYA PANDAI BERKATA2,
PKR:"KALAU MAHKAMAH BELUM MENJATUHKAN HUKUMAN..SEORANG YANG DIBICARAKAN ITU BELUM LAGI DIANGGAP BERSALAH!"
TAPI MALANGNYA, PKR DAH SABITKAN TAIB SEBAGAI PERASUAH...BELUM PUN DIDAKWA DI MAHKAMAH....
RUPA2NYA PKR HANYA MEMPERJUANGKAN KEADILAN UNTUK MANUSIA YANG BERNAMA ANWAR SAHAJA.
SEHUBUNGAN ITU,ANAK YG AKAN DILAHIRKAN ...TOLONG NAMAKAN ANAK-ANAK ANDA NANTI DENGAN 'ANWAR' NESCAYA PKR AKAN MENATANG UMPAMA MINYAK YANG PENUH....JANGAN SAMA SEKALI NAMAKAN DENGAN TAIB ATAU MAHMOD....INGAT TU...!
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!