Tayangan Video Lucah Secara Terbuka.. Kita mencipta sejarah...

Kita telah mencipta sejarah dengan penayangan filem lucah perdana semalam sebagai sebuah negara Islam yang pertama di dunia membenarkan tayangan filem lucah secara terbuka..

Tidakkah mereka terfikir apa implikasinya terhadap generasi muda?


KUALA LUMPUR 22 MAC: Tindakan pihak tidak bertanggungjawab mengatur tayangan video lucah di Hotel Carcosa Seri Negara semalam hanya akan menghancurkan akhlak generasi muda negara.

Membidas isu tayangan video lucah yang kononnya melibatkan seorang pemimpin pembangkang, ahli parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata pendedahan video tidak bermoral itu jelas permainan politik pihak berkepentingan sebagai serangan awal bermulanya pilihanraya Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi.


Tambah beliau, isu ini bukan sahaja akan memberikan kesan terhadap pilihanraya negeri Sarawak tetapi juga kepada seluruh generasi muda yang seolah-olah mendapat mandat untuk menonton video lucah di tempat awam.

"Saya teringat dahulu, di satu video yang menunjukkan speaker dewan rakyat telah digunakan tetapi rakyat telah menolak kerana kandungannya terlalu tidak bermoral untuk menggunakan perkara ini. Walaupun ada kebenaran pada masa itu, dikatakan, tetapi elemen menggunakan bahan lucah ini memberi kesan bukan sahaja untuk pilihanraya tetapi juga seluruh generasi muda," tegas beliau.

Kata beliau, tayangan tersebut merupakan satu contoh politik yang boleh menjurus kepada kehancuran negara serta pihak yang menganjurkan tayangan tersebut patut diambil tindakan segera.

"Saya tak kisahlah, apa sahaja, siapa orangnya dan sebagainya tetapi kandungan video lucah dipertontonkan untuk tujuan tontonan orang ramai adalah salah sama sekali. Kita pun mengharamkan video lucah, undang-undang kita, macam mana pula kalau didedahkan oleh kerajaan ataupun pimpinan BN dan Umno? Kalau di Carcosa Seri Negara, takkanlah NGO nak buat kat situ, memanggil wartawan? semuanya mempunyai urusan berkenaan elemen politik yang nak digunakan," kata beliau lagi.

Azan seterusnya berkata, elemen seperti inilah yang akan menandakan bermulanya keruntuhan akhlak di kalangan generasi muda.

"Sekarang diulang sekali lagi, untuk menggunakan bahan-bahan ini untuk tujuan.. Saya rasa, yang akan 'consume' perkara ini bukan ahli politik, kita bimbang akan dipergunakan atau diambil untuk tontonan orang-orang muda atau anak-anak muda. Jadi kesannya bukan sahaja untuk pilihanraya, kesannya memusnahkan generasi Malaysia, generasi akan datang negara kita,"tambah beliau.

Dalam pada itu, ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata pimpinan PR tidak perlu membuang masa melayan fitnah sebegini kerana bukan perkara baru pimpinan gagasan itu diancam dengan pelbagai fitnah.

"Saya ingin katakan ini bukan perkara baru, daripada tahun 1998 memang pendekatan kita panggil fitnah-ugutan ini bukan perkara baru. Jadi bagi saya untuk pimpinan PR respon kepada dakyah-dakyah ataupun fitnah sebegini, itu satu ugutan kepada kumpulan yang salah," kata beliau.

Tambah beliau, pimpinan PR telah berjuang bersungguh-sungguh untuk kebajikan rakyat selama ini dan dasar yang diamalkan hanya boleh digagalkan sekiranya agenda perjuangannya terpesong.

"Saya rasa kalau setakat ugutan yang diberikan oleh kumpulan tersebut, saya rasa ini bukan perkara baru dan saya rasa ianya tidak akan ada kesan kepada masyarakat kerana masyarakat telah disajikan dengan pelbagai tolmahan dan fitnah terhadap Pakatan," tegas beliau.

Beliau seterusnya berkata, telah banyak fitnah ditaburkan ke atas PR hinggakan rakyat pada masa ini hanya mahu melihat sahaja, apa lagi pembohongan yang dapat dilemparkan oleh kumpulan tertentu itu yang jelas terdesak menjatuhkan kredibiliti PR.


TVS News

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. ak nk no hotel carcosa blh X? kt C2 de service baek pye..hehehe..
    manager Carcosa msti bangga sbb dpt promosi percuma.. dl Chua xbgtau pn nama hotel..

    ReplyDelete
  2. kera-jaan telah m'sia menghalalkan tayangan video lucah secara terbuka... akhlak dan ugama tolak tepi... malaysia boleh!!!! ustad2, mopti2, ulamak2 pengampu kera-jaan tak berani buka molot... semua jadi ulamak, mopti, uztad sesat. takut kpd kera-jaan, bukan takut kpd Allah... takut tak dapat pingat...

    ReplyDelete
  3. pemilik video lucah tersebut, penonton,pemilik hotel dan semua terlibat jelas menyalahi undang-undang, tetapi masih dibela...., cuba kalau pelajar atau orang biasa... cepat saja bertindak...

    ReplyDelete
  4. Malaysia serba boleh,politik kurap yg di bawa oleh umno adalah politik najis,kenapa dan mengapa mengharap cereka begini mengapa terlalu bodoh berpolitik cara yg terkotor didunia,ingat rakyat bodoh percaya berita palsu mcm tu,ini akan membodohkan lagi kesempitan umno utk dipercayai oleh rakyat yg berpendidikan tinggi,hanya rakyat kpg,sawah,pak felda yg mundur kerana habuan subsidi saja menerima bulat2 rekaan dan habuan oleh pencacai umno yg bodo kini akan membuat DS Anuar semakin popular dimata rakyat yg intigradetedly share apart of power with PAKATAN than kick BARISAN forever...Amin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post