Tuduhan Liwat : Seluar dalam Saiful berada di rumah teman wanitanya

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Fitnah II bersambung semula hari ini dan pendakwa memanggil saksi terakhir mereka, Pegawai penyiasat DSP Jude Pereira. Berikut lintas langsung kronologi perbicaraan dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

9.06 pagi: Mahkamah mula bersidang. Pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira mengambil tempat di kandang saksi. Beliau sekarang adalah Ketua Bahagian Pendakwaan & Undang-undang Bukit Aman.

9.08 pagi: Jude mula bertugas dalam sebagai Ketua Bahagian Pendakwaan & Undang-undang Bukit Aman bermula 4 Januari 2011. Sebelumnya beliau merupakan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Brickfields bermula 1 Jun 2008.


9.10 pagi: Saiful keluar dari bilik saksi untuk dicam.

9.11 pagi: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar tiba di galeri mahkamah.

9.12 pagi: Menurut Jude, beliau menghubungi Superintendan Ku Chin Wah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur pada masa itu selepas mendapat tahu tentang laporan liwat itu. Ku Chin Wah meminta beliau menyiasatnya.

9.13 pagi: Jude memberitahu beliau berjumpa dengan Saiful Bukhari di Hospital Kuala Lumpur pada Jam 8.50 malam 28 Jun 2008 di Hospital Kuala lumpur.

9.16 pagi: Pada jam 9 malam menemui tiga orang doktor HKL-Dr Siew, Dr Razali, Dr Khairul-yang memeriksa pengadu.

9.19 pagi: Beliau bertemu doktor-doktor itu di Bilik Mawar, Hospital Kuala Lumpur.

9.20 pagi: Beliau turut ada bersama sepanjang pemeriksaan berlangsung. Pemeriksaan berlangsung dari jam 9.30 malam sehingga jam 11 malam.

9.21 pagi: Menurut Jude, yang memeriksa Saiful adalah Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Khairul Nizam. Dr Siew menerima dan membungkus spesimen yang diterima daripada kedua-dua doktor itu.

9.22 pagi: Spesimen darah pengadu turut diambil untuk laporan toksikologi.

9.28 pagi: Jude memberitahu menerima spesimen daripada doktor pada 12.30 pagi dan pulang ke pejabatnya di Brickfields pada jam 1 pagi 29 Jun 2008.

9.29 pagi: Menurut Jude, beliau turut merampas kemeja jenama Ralph Lauren biru muda daripada pengadu di hospital sebelumnya.

9.36 pagi: DSP Jude memeriksa pelincir jenama Johnson and Johnson yang dirampas daripada pengadu.

9.41 pagi: Jude memberitahu turut merampas seluar dalam biru hitam (blue black) kepunyaan Saiful dari rumah teman wanitanya. Ia diambil daripada mesin basuh di rumah teman wanita pengadu.

9.41 pagi: Kesemua eksibit yang diterima Jude sewaktu menyiasat kes disimpan di peti besi beliau di pejabatnya di Brickfields.

9.41 pagi: Beliau menanda eksibit yang diterima pada 1 Julai 2008.

9.47 pagi: Menurut Jude, pada 30 Jun 2008, beliau ke sebuah kondo yang dipercayai tempat kejadian di Damansara bersama sepasukan polis forensik.

9.49 pagi: Pasukan forensik jumpa sehelai bulu di unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara. Di unit 11-5-2 pula, pasukan forensik menemui sehelai duvet dan sehelai karpet.

9.52 pagi: Menurut Jude, beliau memasuki kondo tersebut dengan izin pemiliknya. Pemilik kondo, Hasanuddin Hamid keluar dari bilik saksi untuk dicam Jude.

9.54 pagi: Jude mengecam sehelai bulu yang diambil dari kondo dipercayai tempat kejadian.

10.10 pagi: Mahkamah berehat sebentar.

10.42 pagi : Mahkamah bersambung semula. DPP Yusof menyambung soal balas DSP Jude Pereira berkenaan 12 spesimen yang diterima daripada pihak hospital.

10.48 pagi: DSP jude memberitahu beliau menyerahkan spesimen ke Jabatan Kimia Petaling Jaya pada 30 Jun 2008. Ia diserah kepada Dr Seah Lay Hong di Jabatan Kimia.


Keadilandaily

10 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Heteroseksual ke Shaiful Bukhari ni.
    Memang dahsyat giler! Lepas kena liwat dia pi liwat pulak teman wanita sampai tertinggal seluar dalam kat rumah awek dia....
    Kah kah kah. Bodoh macam tenuk!
    Memang lawak bodoh kes liwat Saiful nih....Buang masa je. Baik dibubarkan saja kes mengarut dan bahlul ni....Buang duit negara!
    Buat mnalu negara 'Islam' saja.

    ReplyDelete
  2. begitu ler kalau manusia bertuhankan wang....lupa akan balasan Allah yang menantinya...

    ReplyDelete
  3. begitu ler kalau manusia yang bertuhankan wang.... Lupa akan balasan azab seksa Allah yang menentinya...

    ReplyDelete
  4. Kenapa sampai ambik seluar dalam saiful kat rumah teman wanita dia? Banyak lagi seluar dalam saiful kat rumah bapak dia. Agaknya seluar dalam tu je yang berjenama.. Yang lain tu cap ayam..

    ReplyDelete
  5. Supt Jude,
    1.kenapa sampai pakai 2 seluar dalam budak saiful ni pada hari kejadian tu. Kenapa tak kering2 setelah 2 hari, kena penyakit down syndrum kh, sampai pakaian sendiri kena sorok sana sorok sini.
    2. 1 helai bulu dijumpai, kenapa tak berbulu-bulu, kenapa tak bertabur bulu kat tilam , bantal, tawala , bilik air atas karpet. Mana bulu saiful, bulu anwar yg lain, bulu pemilik condo ni dan Orang lain yg menggunakan bilik ni. Supt jude terlupa nak tabur bulu2 anuar kerana bulu anwar tak banyak dalam simpanan polis. Kalau lah betul anwar 'bergelut' dengan saiful pada hari tu pasti banyak bulu yag jatuh.
    3.kenapa tim polis forensik tak datang kat kondo ni , ambil semua specimen jenayah... Kenapa jude yg temui?

    supt jude, Public can smell something fishy Already
    We don't buy it.......

    ReplyDelete
  6. Kepada semua yang buat andaian2 sendiri tu hanyalah untuk puas hati diri sendiri semata-mata aje..tiada isi langsung...kosong..tidak menbantu menringankan masalah...buat dosa kering aje...sebenar hanya DIA yang Maha Mengetahui setiap sesuatu...Seperkara kepada sesiapa yang dituduh salah nercaya akan dia menafikannya..ia hanya untuk melepas dirinya saja...inilah yang kita tidak tahu adakah dia lakukan atau tidak...kerana kita manusia biasa...yang menjadi mangsa akan menuntut hak..keadilan untuknya...jika ia fitnah..dendam dihatinya...

    Percayalah kita kepada ketentuanNYA dan bagi mereka yang percaya kepadaNYA dan kitabNYA akan dibantuNYA tanpa kita sangkakan dan akan keluarlah kebenaran dariNYA...bagi yang dituduh atau mangsa,antara mereka ini yang berani dan sanggup bersumpah didalam masjid dan memegang kitab Al Quran sahaja akan temui kebenaran dariNYA...percayalah akan azab bagi mereka yang mempermainkan kitab Al Quran akan diqada dengan cepat daripadaNYA.

    Jangan kita hairan kadang-kala kemenangan dan kekalahan yang berlaku dihadapan kita didalam..keadaannya itu seperti seronok@sedih@lucu@luarbiasa..ia tetap akan berlaku jua dalam keadaan yang kita tidak sangka2

    Anak Kg Pertama

    ReplyDelete
  7. Wahai mamat 12.24, hang ingat hakim, pendakwa raya , penguambela, saksi2 polis & doktor2 semua tak mengikut andaian, kan comman sense dan lojek tu adak beradek dengan andaian setelah di gabong dengan bokti2 fizikal dan keterangan saksi. Tugas hakim hanya menimbang berlandaskan credibility & konsistency sumbar sebelum menjatuhkam hukuman...dimana kita tidak mengunakan andaian? Augusten Paul, hakim dalam lewat 1 lebih terok didalam mengunakan andaian kata .... ' i think he did it' Ada kah ini kebenaran nya yang nampakkannya. Kenapa harus terserah kepada allah dan menunggu balasan diakhirat sedangkan islam dan perudanganya megharuskan hukuman didunia tak payah angkat kitab kat masjid kerana itu tidak dituntut dan tidak mengikut hukum syarak. Kita redha kepada kada dan kadar nya tapi tidak berusaha seperti yang dituntutnya jua. Ada kah itu Islam sebenar yang mudah diexploitasi, ditekan & dipedaya tanpa memikirkan antara baik dan buruk nya seumpama haiwan. Sia sia sajalah DIA memberikan kita otak untuk berfikir dan bertindak didunia bukan untuk berserah semata-mata. Waslm.

    ReplyDelete
  8. Supt. Jude lepas selesai kes nie kalau menang kes mungkin boleh naik Ketua Polis Negara plak la kot. Macam Musa Hassan dulu.

    -wakleman

    ReplyDelete
  9. Anon 8.51am

    Siapa kita dengan hakim lebih baik buat andaian? andaian hakim yang lebih baik sebab disokong dengan bukti..mereka membuat andaian pun di mahkamah dan kita buat andaian dlm blog..bukti pun tak dak...apa kita dapat bantu??

    ReplyDelete
  10. Anon 8:51: Sebenarnya hakim tak semestinya orang yang paling baik keputusannya. Terutama hakim yang ada perasaan bias dan buruk sangka. Itu tak ambbil kira hakim yang ada kepentingan peribadi.

    Jurilah yang paling baik untuk memberi verdict dalam kes civil macam ni.

    Tak percaya? Apa kelas penghakiman Agustine Paul? Rata-rata orang di jalanan tahu DSAI tak bersalah. Namun verdict "I think" dia menuju ke rah yang salah.

    Hakim tu manusia. Hakim tanpa iman dan integriti diri umpama virus berbahaya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post