Video Lucah : Eskay dakwa video seks ‘anugerah Allah’

Siam ni mula nak membelit dah.. Hari tu kata Video Lucah ini telah dirakamkan disebuah hotel di Ibu Kota Feb 2011 yang lalu.. sekarang dia bertanya pula sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand?

KUALA LUMPUR, 30 Mac — “Datuk T”, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengemukakan lima persoalan untuk dijawab Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil menyifatkan video seks didakwanya melibatkan ketua pembangkang itu sebagai “anugerah Allah.”

Dalam tulisan terbaru blog Kickdefella hasil satu pertemuan semalam, ahli perniagaan itu berkata beliau yakin semua yang berlaku sekarang adalah petunjuk Allah s.w.t.

Shazryl Eskay merupakan salah seorang daripada tiga “Datuk T” mengakui terlibat dalam pendedahan rakaman video seks pada 21 Mac lalu.

Pertemuan semalam turut dihadiri seorang lagi “Datuk T” iaitu Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ia disertai lima orang blogger dan seorang pengarang media alternatif.


Kata blog itu, Shazryl Eskay mengerjakan Haji pada tahun 2010 merasakan ini adalah “jawapan dari Allah s.w.t.”


“Saya mahu semua orang tahu. Saya tidak minat politik dan saya rakan karib Anwar. (Dari satu sudut) Saya lihat kehadiran Anwar dalam politik Malaysia, bagus untuk ‘check and balance’.

“Saya bukan ahli Umno dan mana-mana parti pun. Tetapi, saya suka bila pembangkang kuat supaya kepentingan rakyat terjaga,” katanya.

Bagaimanapun blog itu memetik Shazryl Eskay berkata, “tetapi Anwar bukan manusia yang rakyat kenal. Cukuplah rakyat ditipu. Anwar kena berhenti dan letak jawatan.”

Malah Eskay juga berkata, beliau tidak mahu penyokong-penyokong Anwar menyerangnya kerana jika mereka terus berbuat demikian, Eskay mendakwa dia akan bertindak balas.

“Jangan biar saya dedahkan lebih banyak,” katanya.

Jumaat lalu, Mohamad Mahti Abdul Rahim, bekas pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, Shazryl Eskay ada memberitahunya bahawa beliau akan menjatuhkan Anwar dari arena politik sebelum mempertontonkan satu rakaman video seks kepada media, 21 Mac lalu.

Rakaman video seks itu mendakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur China.

Menurut Mohamad Mahti, Shazryl Eskay marah kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu enggan menjadi saksi dalam kes samannya berkaitan projek jambatan bengkok yang diluluskan ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kes itu sedang berlangsung di mahkamah dan Megat Junid pernah menjadi menteri dalam Kabinet Dr Mahathir.

“Selepas beliau bercakap dengan marah mengenai Anwar, beliau mula bercakap buruk mengenai beliau (Anwar), berkata ‘saya akan menjatuhkan Datuk Seri Anwar, dengan apa jua cara pun,” katanya.

“Sekarang awak semua tanya Anwar lima soalan,” Shazryl Eskay dipetik berkata.

Menurut blog Kickdefella hari ini, soalan-soalan tersebut ialah..

“pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand? Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand? Ketiga, di hotel mana Anwar menginap? Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut? Dan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?”

“Jangan paksa saya dedahkan semua itu… suruh Anwar jawab dulu soalan itu sebelum (semua) serang saya” kata Shazryl Eskay.

“Awak semua balik dan tanya soalan ini di dalam blog,” kata Eskay kepada sekumpulan blogger dan penulis media alternatif.

“Saya tidak takut kepada Anwar…” akui Shazryl Eskay, yang mengakui kekuatan penyokong-penyokong Anwar tetapi akur bahawa di dalam dunia ini, ada yang lebih berkuasa.


The Malaysian Insider

11 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. rakyat tak kenal anuar memang lucu datok eskay ni.

    ReplyDelete
  2. Elok suruh Mamat ni mengucap dua kalimah syahadat sekali lagi kalau nak kekal sebagai orang Islam. Kalau tak biar dia masuk Melayu saja.

    ReplyDelete
  3. Eskay ni cakap melalut, tak sedar diri. Kalau dah siam tu mana nak tau malu. Dah tentu dia sendiri mengaku sebagai pelakun video seks, tapi siasatan masih dilengahkan. Kalau boleh tetap Anwar juga yang nak didakwa. Orang macam Eskay ni hanya nak ambil kesempatan untuk meraih kesenangan dibumi bukan asal-usulnya.Pandai pula cari regu berkomplot dengan penjenayah yang tersisih dari pertuduhan dimahkamah,sedangkan pada realitinya diketahui ramai lebih-lebih lagi dari ahli keluarga yang rapat dengan mangsa perogol. Yang siam muallaf ni pula kat mana belajar agama, datang sendiri kut! atau tak diajar dengan akhlak yang baik. Lalu jadilah fitnah dan penyampai ciri-ciri fitnah mengikut dendam dan emosi sendiri. Tongong nak mampus!!

    ReplyDelete
  4. kalau betul betul dah ada semua maklumat psl anwar gi thailand tak payah lah susah susah nak dedah kan video melalui editor.. nak tunggi penyokong anwar serang baru nak dedah? kah kah kah...

    kenapa eskay tak jawab tuduhan Mohamad Mahti Abdul Rahim, bekas pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub..

    ReplyDelete
  5. Aku cadangkan Datuk Eskay tubuh parti baru, 'Parti Lucah Nasional' dan bernaung sebagai parti komponen BN (Bodek Najib)

    ReplyDelete
  6. Masya'Allah, apa yang siberuk ni merepek sampai cakap ''video seks'' sebagai ''anugerah dari Allah'' yang dia sendiri adalah salah seekor lembu yang mengarang video terkutuk ni untuk menfitnah DSAI dan mengaibkan keluarga DSAI.
    Jangan senang sebut nama ALLAH bila membuat benda keji, balasannya amat berat. Kerana duit manusia sanggup jadi binatang hina..

    ReplyDelete
  7. Eskay jenis manusia parah,
    kelaur video sex jadi pengarah,
    Tak malu menyebut nama Allah,(swt)
    Durjana sungguh! Subhanallah!

    ReplyDelete
  8. NAKHODA UDIN, AGEN SIAMMarch 31, 2011 at 11:19 AM

    Hati2 dgn agen Siam...APCO/Israel...

    ReplyDelete
  9. Sudah terang lagi bersuluh. Satu dunia dah nampak muka Anwar pun taknak mengaku gak...kalau kongkek depan matapun konco2 Anwar akan nafikan. Biasalah kalau dah Fanatik. PKR parti Anwar.

    ReplyDelete
  10. Dalam ni cuma komen yang menyokong Anwar je yang kuar. Yang beribu membangkang dan mengutuk aktiviti zuna makhluk perosak ni tak kuar... Tak begitu bloger?..

    ReplyDelete
  11. kesian shaz....mengharapkan RM20 juta tapi tak dapat...balik thai jadi petani ajelah shaz....org pun tak kenal...hahahahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post