Video Lucah : Harussani bukan 'Syaitan yang Bisu'..

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tan Sri Harussani Zakaria menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.

“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya.


Kata Harussani, rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih.

“Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.

“Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar,” katanya.

Awal minggu ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai “syaitan bisu” kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Anwar itu.

Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh “Datuk T” awal minggu lalu amat dikesali.

Tiga Datuk T iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim — mengakui bertanggungjawab membuat pendedahan tersebut.

Ketiga-tiga individu tersebut terlebih dahulu menayangkan rakaman video seks itu kepad media di Carcosa Seri Negara dan Shazryl secara peribadi yakin lelaki pelacur dari China itu adalah Anwar.

Menurut Harussani, rakaman video seks itu tidak boleh dijadikan sebagai bukti. Ini kerana, jelas beliau, menurut perundangan Islam mana-mana jenayah yang membabitkan seks perlu mempunyai empat adil yang menyaksikan peristiwa itu berlaku termasuk perbuatan zina.

“Yang dilihat dalam rakaman video seks itu tidak boleh pakai, ia tidak boleh dijadikan bukti kerana ia boleh diubah atau dimanipulasikan.

“Kalau nak jatuhkan hukuman kita kena ada empat saksi yang benar-benar lihat dengan mata sendiri peristiwa itu berlaku bukan melalui gambar atau video.

“Kalau bawa ke mahkamah, video seks itu tetap tidak boleh dijadikan bukti kerana ia hanya rakaman dan menurut hukum syarak tetap kena ada empat saksi dan kalau tidak kita tidak boleh nak jatuhkan hukuman,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tetap berpendirian Anwar tidak boleh dituduh terlibat pelakuan seks tersebut kerana tiada saksi yang menyaksikan ia berlaku.

“Dalam soal jenayah seksual Islam menetapkan saksi empat mata dan rakaman tidak boleh dijadikan bukti, di sudut Islam kena ada empat saksi yang lihat peristiwa itu berlaku.

“Tetap kena ada empat saksi hidup yang tengok ia berlaku, kalau tiada atau tidak cukup sebagai contoh hanya tiga mereka kena hukum qazaf (tuduhan zina) kerana menuduh orang lain,” katanya.

Menurut beliau, rakaman video seks yang didakwa milik “Datuk T” tidak boleh dijadikan bahan bukti.

“Rakaman sama sekali tidak boleh dalam jenayah seksual dalam Islam, tetap perlu ada empat saksi dan orang yang jadi saksi juga perlu individu yang berkredibiliti dan tidak akan menukar pandangan mereka.

“Kita tidak boleh ikut rakaman sebab itu dalam Islam hukuman jenayah seksual ini berat dan syarat untuk jatuhkan hukuman juga berat,” katanya.

Tambah Juanda, individu yang membuat pendedahan rakaman video seks itu sepatutnya disiasat terlebih dahulu.

“Yang pertama sebarkan benda lucah orang itu yang harus disiasat dulu, tiada undang-undang atau agama yang membenarkan ia dipertontonkan kepada khalayak.

“Sepatutnya bila dapat rakaman itu mereka kena serahkan kepada polis bukan dedahkan kepada umum,” katanya. Beliau juga menggesa agar semua pihak termasuk parti politik agar menghentikan tuduhan yang bersifat peribadi.

“Tuduhan seperti ini baik di pihak parti politik mana pun kena elakkan tuduh dalam jenayah seksual, tuduhan seperti ini patut dihentikan,” katanya.

Polis telah menahan Abdul Rahim dan Shazryl berhubung pendedahan video seks itu pada Khamis lalu — bahan bukti termasuk rakaman video turut diserahkan.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Umno tidak terlibat dalam rakaman video seks itu.

Anwar juga telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan telah membuat laporan polis.


The Malaysian Insider

11 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Mamu dan mami2 aku adalah penyokong tegar umno. Setiap kali bila aku lahirkan rasa tak senang dengan apa yg umno dok buat..aku sure kena hamput..."hang tak baca suratkhabaq ka?"
    Kat mamu dan mami ooi...tolong pekiaq sat,macam mana chek nak baca utusan meloya... cakap ulama umno pun depa twist dan cut bila bunyinya tak kena gaya dan style depa.

    ReplyDelete
  2. la datuk Harussani pi komen kat utusan buat apa....kan media lain banyak lagi. buat la press conference barulah berani.

    ReplyDelete
  3. Mufti menyanggah pandangan sepakat,
    Syaitan bisu perangai keparat,
    Pandangan mufti tiada tempat,
    Itulah nasib Penyokong berkarat.

    ReplyDelete
  4. Ini 'Syaitan bin Bisu' mana ada berani buat press conference!!

    ReplyDelete
  5. ANWAR SHJ YG SALAH, UMNO MAKSUM!March 31, 2011 at 4:27 PM

    Bukannya Harussani tak tahu, org2 utusan ni, cner diorg buat kerja...

    Harussani sepatutnya buat press conference, ataupon sama2 naik pentas ceramah, beritahu perkara yg sebenar ikut hukum Islam...

    Sebaiknya, jumpa dgn Ummi Hafilda, Dato' Thailand, dan Ezam kotak yg berkotak2, utk nyatakan pandangan Islam...kalau tak nak ikut Islam, nak ikut cara Yahudi Apco? Atau cara utusan Meloya menghalalkan apa yg diharamkan, dan mengharamkan apa yg dihalalkan oleh Allah...

    RAKYAT yg bijak dpt tahu/sedar yg mereka(geng2 songkok tinggi) sudah menjatuhkan hukuman BERSALAH kpd Anwar, (atau mencipta suasana ke arah/persepsi masyarakat supaya menghukum Anwar MEMANG BENAR2 BERSALAH sebelum Hakim menjatuhkan hukuman...

    ReplyDelete
  6. Harusnya tak perlu tunggu mufti-mufti ni buat kenyataan. UMNO pun ramai juga ahli ilmuan Islam dan tokoh-tokoh agama. Semuanya diam kecual Zul Nordin saja yang mewakili tokoh agama UMNO (itu pun tak boleh pakai sebab harapkan Kopiah saja,tapi otak kosong). Mufti ni kalau nak buat kenyataan buatlah secara ramai-ramai, panggil media semua,jangan Utusan saja yang kita tahu penulisannya tidak betul. Dalam Utusan hanya boleh dibaca hal kemalangan saja. Lebih dari itu semuanya mengarut. even hal gossip artis pun di eksploitasikan. Itu lah UMNO ,tak habih-habih dengan skandal itu ini. Polis dah tak ada kerja lain dah. Lawyer pun dah tak nak ambil kes criminal dah..tak untung. Kes politik lagi buat profit lebih.

    ReplyDelete
  7. Sekarang baru Tan Sri sedar betapa bahaya nya Utusan Meloye...

    Komen Tan Sri (orang UMNgOk) pun dia orang boleh padamkan...inikan pula komen musuh2 politik UMNgOk...

    Kerana Tan Sri cuma mengatakan keaiban bagi Anwar...

    Fikir2kan Tan Sri...

    ReplyDelete
  8. Salam Tok Mufti,

    Maaf laa saya nak mencelah....adalah lebih baik jika Tok Mufti buat kenyataan dekat AKHBAR SINAR HARIAN sebab akhbar ini yang lebih telus dan tidak berat sebelah.
    Jika Tok Mufti masih mengguna Utusan Malaysia dan lain-lain media yang menjadi alat BN saya fikir berita tersebut tidak akan sampai kepada rakyat.

    ReplyDelete
  9. Tok Mufti saya fikir bertukar lah ke Akbar Sinar Harian sebagai media perantaraan...jika Tok Mufto masih mengguna media yang menjadi alat BN sampai kiamat rakyat takkan tahu hal yang sebenar.

    ReplyDelete
  10. Dato' Seri, elok lah berhenti cakap bagi pihak UMNO. bila dato kata telah beri kommen panjang lebar kat Utusan, tak semua komen tu keluar, atas sebab UTUSAN yang tahu, Kalau Dato' komen " infavour of the UMNO" nah muka depan keluar.
    elok lah tutup mulut dari komen hal hal politik .

    ReplyDelete
  11. jgn hina mufti hanya disebabkan politik...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post