
Shazryl Eskay merupakan salah seorang daripada tiga “Datuk T” mengakui terlibat dalam pendedahan rakaman video seks pada 21 Mac lalu.
Dua “Datuk T” ialah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.
R. Sivarasa berkata tiada pihak yang waras sanggup menjawab persoalan-persoalan sedemikian, yang seolah-olah memperlihatkan keberanian ahli perniagaan itu.
“Begitu juga, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dinasihatkan supaya tidak respons kepada kebodohan Eskay,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini.
“Jika Eskay ada dakwaan khusus untuk dibuat, maka dia harus membuat dan (harus) menghadapi kesannya, perundangan ataupun sebaliknya,” kata beliau lagi.
Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang berkata Shazryl Eskay nampaknya menikmati manfaat daripada imuniti disediakan Barisan Nasional (BN) daripada dakwaan jenayah meskipun secara terbuka mengaku melakukan jenayah memiliki video lucah dan mempertontonkannya kepada umum.
“Bagaimanapun sebarang tuduhan spesifik yang beliau pilih untuk lakukan akan dihadapi dengan tindakan perundangan yang sewajarnya dan tegas,” kata beliau lagi.
Blog Kickdefella memetik Shazryl Eskay berkata beliau mengemukakan lima persoalan untuk dijawab Anwar, Ketua Umum PKR sambil menyifatkan video seks didakwanya melibatkan ketua pembangkang itu sebagai “anugerah Allah.”
Menurut blog Kickdefella hari ini, soalan-soalan tersebut ialah “pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand? Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand? Ketiga, di hotel mana Anwar menginap? Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut? Dan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?”
“Jangan paksa saya dedahkan semua itu… suruh Anwar jawab dulu soalan itu sebelum (semua) serang saya” kata Shazryl Eskay dipetik blog tersebut.
“Awak semua balik dan tanya soalan ini di dalam blog,” kata Eskay kepada sekumpulan blogger dan penulis media alternatif.
“Saya tidak takut kepada Anwar…” akui Shazryl Eskay, yang mengakui kekuatan penyokong-penyokong Anwar tetapi akur bahawa di dalam dunia ini, ada yang lebih berkuasa.
The Malaysian Insider
Prangai macam babi gila
ReplyDeletekalau pelakon yg melakukan adegan seks dlm video itu yg wajahnya mirip DSAI maka siapa dia org yg mirip DSAI tu..maka sudah tentu lah dia yg melakukan perkara tersbt..dahsyat fitnah ni yer manusia x takut pd Allah harta byk tp x bersyukur..
ReplyDeleteRasul pernah berpesan, jangan menyerupai sesuatu kaum supaya tidak jadi seperti kaum tersebut. Pakaian dato ni pun dah macam paderi kristian. Kalau berani dedahkan dulu jawapan kepada soalan2 berkenaan anwar tu. Lepas tu rakyat akan nilai jawapan2 nya dari Anwar. Kalau dah berani dedahkan video, kenapa pulak teragak-agak nak dedahkan maklumat lain? dan memang, ada yang lebih berkuasa. Yang Maha Berkuasa itu akan menunjukkan kebenaran. Gaya dato ini memang sesuai sebagai agen yahudi@freemason@illuminati.
ReplyDeletekenapa eskay ada dlam video tu sebagai orang ketiga.......adakah video itu telah diedit seolah-olah nak tunjukkan yg eskay bukan aktor lelaki tu.....tapi sebenarnya mungkin dia.........
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!