Video lucah : Polis Tahan Dua Lelaki, Perolehi Bukti

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki berhubung video aksi seks seorang lelaki yang dikatakan membabitkan pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur warga asing.


Bukan mereka ini yang ditahan..

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Deputi Komisioner (DCP) Datuk Ghazali Md. Amin berkata, beberapa barangan yang boleh digunakan sebagai bukti turut dirampas daripada dua individu terbabit.


"Salah seorang daripada mereka memberitahu kami tentang lokasi penggambaran video seks itu. Kami telah menghantar satu pasukan forensik bersama para pegawai penyiasat ke tempat berkenaan.

"Kedua-dua mereka telah dibebaskan dengan ikat jamin polis sementara siasatan diteruskan," katanya tanpa mendedahkan identiti dua lelaki itu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis sedang mengenalpastikan individu yang dirakam dalam video itu selain individu yang merakamkan aksi seks tersebut.

Pada Khamis, dua daripada trio, "Datuk T" iaitu bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay telah menyerahkan video aksi seks seorang lelaki bersama jam tangan, yang dikatakan membabitkan pemimpin pembangkang kepada polis.

Polis turut mengambil keterangan mereka.

Individu ketiga "Datuk T" ialah bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.

Ketika ditanya kenapa dua individu tersebut tidak ditahan apabila hadir ke ibu pejabat polis, Ismail berkata: "Beritahu saya apakah kesalahannya (yang dilakukan oleh mereka)?"

Bagaimanapun, tambah beliau, polis akan menahan trio tersebut sekiranya mereka terbabit dan terdapat bukti yang mencukupi.

"Biarlah kami kenal pastikan sama ada mereka telah melanggar undang-undang terlebih dahulu. Polis boleh menahan mereka kemudian," katanya.

Ismail turut menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi liar mengenai perkara tersebut tetapi sebaliknya, menyerahkan kepada polis untuk menjalankan tugas mereka.

"Kami sedang menyiasatnya secara terperinci dan secepat mungkin," katanya.


mStar

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Ni pun nasib baik Datuk Johari yang hebohkan nama Datuk T ni.. Kalau tak, jangan haraplah polis nak war-warkan nama apatah lagi nak tangkap dorang ni..

    ReplyDelete
  2. MACAM TU LAH STATEMENT YANG SELAGU DIGUNA PAKAI....PIHAK POLIS AKAN MENJALANKAN SIASATAN TANPA MENGIRA PANGKAT...DEY PORAHHHHHH....PDRM MEMANG TAK BOLEH PAKAIIIIII

    ReplyDelete
  3. Tim forensik polis dikerahkan ketempat lokasi untk mendapat bukti lanjut. Aku tak heran mereka akan bawa balik tawala, gelas, cadar, carpit, berus gigi, gil ky, botol mineral, diuji positif DNA Anwar ibrahim... Kalau A-G mahu selamatkan komplot ini semua bolih jadi....sekali ketik najis dalam guni akan kata saya sudah semak Pendakwa ada kes, biar hakim yang akan putuskan. Kes akan dibuka. Terpesong kes asal....sial betul! ada saja muslihat mereka.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post