Zahid buat lawak lagi...

Kalau semalam Menteri Pertahanan Zahid Hamidi mendedahkan mengenai kononnya ujud usaha pembangkang untuk menghuru-harakan negara ini yang entah dari mana sumber maklumatnya dan beliau juga berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah bersiap sedia menghadapi apa juga tindakan di luar jangkaan yang akan berlaku dalam tempoh terdekat seolah olah ATM akan mempertahankan UMNO/BN. Sepenuhnya sila baca di SINI

Hari ini pula menurut Zahid Hamidi , melalui kata-kata Erdogan yang ditemuinya itu beliau melakukan siasatan dan mendapati wujud arahan untuk melindungi Anwar atas dasar ‘simpati’.


Beliau melakukan siasatan? Kah..kah..kah.. enjin jet yang macam tu besarpun bertahun-tahun dah hilang baru nak sedar macam mana pula siasatan mengenai Anwar ni cepat sangat hasilnya..


Ada arahan untuk melindungi Anwar atas dasar 'simpati' - dakwa Zahid Hamidi

MERLIMAU: Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan mengaku bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah tinggal di kediaman duta Turki ke Malaysia serta cuba mendapatkan suaka (perlindungan) politik di negara itu.

Perkara itu didedahkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika program ceramah di Merlimau Pasir malam tadi.

Menurut Zahid, melalui kata-kata Erdogan itu beliau melakukan siasatan dan mendapati wujud arahan untuk melindungi Anwar atas dasar ‘simpati’.

Sedangkan Zahid mendakwa, Anwar membohongi kepimpinan tertinggi Turki itu dengan kes liwat membabitkan pembantu peribadi Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu.

Anwar turut memberitahu kerajaan Turki bahawa kes liwat dihadapinya kini hanya ulangan kes seperti yang berlaku pada tahun 1998.

Namun melalui pertemuannya bersama Menteri Luar Turki Dr Ahmet Dovutoglu yang juga bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pula mendedahkan perkara sebaliknya.

“Pertemuan saya bersama Perdana Menteri Turki baru-baru ini, beliau akui Turki memberi sokongan moral kepada seorang tokoh pembangkang. Beliau kata Anwar pernah mahu terbang ke Turki dan pernah duduk di kediaman duta beliau ke Malaysia.

“Allah Maha adil…ketika satu majlis makan malam saya duduk sebelah Menteri Luar Turki dan tanya adakah Anwar kawan beliau?

“Dia kata ya, saya tanya selalu hubungi Anwar? Beliau kata ya tapi sekarang tidak selalu dan kali terakhir berhubung setengah tahun yang lalu. Tapi Anwar kata tiap-tiap bulan beliau hubungi Menteri Luar tersebut,” kata Zahid.

Kira-kira 150 penyokong hadir di ceramah itu yang turut disertai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan,Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan bekas Imam Besar Masjid Negara Datuk Firdaus Ismail.

Pada 2008, Anwar dipercayai berlindung di Kedutaan Turki selepas dituduh meliwat Saiful dan mendakwa mendapatkan perlindungan di situ.

Menurut Anwar, beliau mendapat maklumat daripada sumber kerajaan dan risikan kononnya Barisan Nasional (BN) merancang untuk mencedera atau mungkin membunuhnya serta mencederakan ahli keluarga atau penyokongnya.

Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata kes yang dihadapi Anwar kini bukan kes lama sebaliknya ia gangguan seksual yang dibuat ke atas seorang pekerja.

“Saya terangkan ini kes baru bukan kes lama, Najib juga tiada hasrat untuk aniaya Anwar. Ini kes yang beliau buat sendiri, yang melapor adalah Saiful bukan Saiful yang diarahkan…..dia (Saiful) jadi imam, Anwar Ibrahim jadi makmum,” katanya.

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. PUKULAN MAUT UNTUK PRK MERLIMAU & KERDAU

    Mari kita tumbangkan UMNO/BN, jadikan kes SAMAN EKOR ini penyebab kepada kekalahan mereka mutlak di PRU13.

    Jentera PAS di Merlimau dan Kerdau main isu SAMAN EKOR ini sehingga UMNO jadi hangit di sana, ini isu rakyat, ahli PR kena, ahli BN kena, ahli ATAS PAGAR pun kena.

    AYUH PERJELASKAN ISU INI KEPADA RAKYAT, PASTI AKAN MEMBERIKAN KESAN KEPADA KEDUA-DUA PILIHANRAYA INI. BIAR UMNO/BN MATI BERAGAN SELEPAS INI.

    ReplyDelete
  2. maaflah.. Pilihanraya kecil Merlimau dan Kerdau... tetap akan dimenangi oleh UMNO/BN, selagi setiap hati rakyat tak disemai dengan iman yg kukuh, pastinya akan tewas dengan kebendaan. Wang segalanya..

    ReplyDelete
  3. zahid nie menteri pertahanan m'sia atau menteri pertahanan B-END? cara cakap pun tak melambangkan etika tata tertib kesetiaan kepada raja berperlembagaan.

    Lihat ini:

    Lain-Lain Tugas Penting Yang di-Pertuan Agong-

    Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata

    Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan Pemerintah Tertinggi bagi Angkatan Bersenjata Persekutuan, seperti yang diperuntukan dalam Perkara 41 yang berikut:

    "41. Perintah tertinggi angkatan tentera.

    Yang di-Pertuan Agong ialah Pemerintah Tertinggi angkatan tentera Persekutuan."

    tidak tercatat dlm perlembagaan, Angkatan tentera b-end/umnok...yg ada ialah 'ANGKATAN DARAT - REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA/TENTERA UDARA DIRAJA/TENTERA LAUT DIRAJA di bawah perintah kuasa DIRAJA dan mereka bersumpah utk taat setia kepada raja bukan pada b-end or umnok!, minister of defence cuma menjalankan tugas mengetuai kementerian pertahanan yg di lantik oleh Yg DP Agong. Bukan utk dilantik berlagak lebih kuasa dari Yg DP Agong dengan sesedap mulut mengeluarkan kenyataan tanpa merujuk kepada pemerintah tertinggi angkatan tentera.

    ako rasa panglima angkatan2 tentera, jeneral2 sampai prebet mesti gelakan tahap pemikiran si zahid nie..alahai boleh hancur malaysia kalo di serang musuh dpt khidmat montori lalok b-end nie

    nielah salah satu contoh sikap politician b-end terutama umnok yg terlampau gilakan kuasa,pangkat seolah2 undang2 perlembagaan mereka yg punya, tak salah kalo zahid di gelar BIADAP PENDERHAKA...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post