Zahid Hamidi nie buat lawak ka?

JASIN 4 Mac – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada pihak pembangkang jangan cuba wujudkan pergolakan politik di negara ini seperti yang berlaku di beberapa negara Asia Barat dan Afrika Utara baru-baru ini.

Mendedahkan mengenai usaha pembangkang untuk menghuru-harakan negara beliau berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah bersiap sedia menghadapi apa juga tindakan di luar jangkaan yang akan berlaku dalam tempoh terdekat ini.


``Saya ingin nyatakan pihak tentera telah bersiap siaga jika ada sebarang ancaman dilakukan oleh pembangkang untuk menghancurkan negara kita.

``Ini kerana di beberapa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau, tokoh-tokoh pembangkang menghasut rakyat supaya menimbulkan kekacauan,'' katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) di sini hari ini.

Menurutnya, tindakan itu mendapat perhatian daripada ATM kerana usaha pakatan pembangkang itu cukup jelas cuba menanam bibit kebencian, menghasut dan membohong dengan tujuan menghasut pengundi di Kerdau dan Merlimau untuk menimbulkan kekacauan.


Lidah Rasmi UMNO

8 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. kah kah...bn pun ada juga yng jd pmbgkang gak...pr pun ada yg jadi pmbgkng...mna yang nk haru biru negara ni..jgn lupa..selangr,kedah,pinang,klntan tu..bn yng jd pmbgkng..mcm mna nk kira tu????ayuh bgun rakyat..tegak kan keadilan..sampi bila nk ditindas

    ReplyDelete
  2. Jika pilihanraya di cabuli dan disalahguna kuasa...

    Rakyat berhak menuntut dijalanraya.

    Kerana itulah sahaja cara yang terbaik untuk menuntut hak dan menjaga maruah negara dari diperkosa oleh sang penguasa yang zalim..

    ReplyDelete
  3. Siapa ancam siapa ni zahid?..takder pun pakatan kata nak hancurkan negara, cuma mulut busuk kamu berbau fitnah sendiri yg bercakap gitu. Duit rakyat hilang beratus billion, derhaka pada raja amat sinonim dengan perangai buruk b-end selama ini, maka siapa paling merbahaya kepada rakyat di negara ini?

    Askar melayu darat/laut/udara semua di bawah payung diraja dan YG Dipertuan Agung adalah sebagai ketua, bukannya kamu tu jendul! apa ingat angkatan tentera nie b-end yg punya? jangan derhaka beb!..nampak sangat ko tak layak jadi menteri pertahanan...amat merbahaya manusia seperti kamu pegang portfolio tu...

    Kami rakyat malaysia mohon kepada Yg DIpertuan Agung agar masuk campur dan menimbang balik kesesuain jawatan menteri pertahanan dengan si zahid nie. Semoga aman damai M'sia dari fitnah dajal.

    ReplyDelete
  4. kalau pembangkang nak buat huruhara dalam negara buat apa bersusah payah menyertai pilehanraya yang penuh dengan tipu helah dari pehak pemerentah, ini satu kenyataan yang tak masok akal dan bersangka jahat oleh saorang menteri.

    ReplyDelete
  5. Bodoh punya menteri pertahanan. Kat luar ni pun banyak bekas askar pencen. Tolong bagi tahu general ATM tu berjuang bersama rakyat atau bersekongkol dengan pemimpin zalim.
    Pilihan bagi mereka dan si tolol menteri jangan nak buat cerita bangang.

    ReplyDelete
  6. Menteri ini betul2 berfikiran dan berperwatakan macam Muammar Gaddafi... Ini satu UGUTAN kepada rakyat dengan menggunakan ATM/RAMD sebagai alat. Rasuah, tipuhelah, salahguna kuasa dan UGUTAN adalah cara BN untuk kekal bernafas di dalam lumpur. Lawan tetap lawannn!!!!

    ReplyDelete
  7. kalau pemimpin di landas yang betul lagi adil, apa yang BN perlu takutkan? Berani kerana benar, takut kerana salah.
    mungkin berlakunya kebangkitan rakyat di Timur Tengah membuat pemimipin resah dan ada yang terkencing dalam seluar.
    Mu buat elok, rakyat lena. Mu buat tak elokelok atau zalim, rakyat bangun.
    itu saja.

    ReplyDelete
  8. Ini bodoh punye statement oleh menteri pertahanan. Nampak sangat Be End ni otak senteng, pikir mcm budak-budak. Bila dah nampak mcm nak kalah, mula nak gunakan tenteralah, FRU lah, Polis lah. Penakut punya orang. Kalau Allah kata JATUH, maka tersungkur juga Be End suatu hari nanti. Tunggu dan lihat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post