Ketegangan berlaku apabila anggota polis cuba menghalang satu ceramah DAP di Kuching malam ini sebagai 'grand finale' kempen pilihan raya negeri Sarawak.
Ketika itu, orang ramai sudah memenuhi tempat letak kereta untuk mendengar ceramah tersebut. Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua menganggarkan jumlahnya melebihi 10,000 orang. Jumlah tersebut semakin meningkat dan dianggarkan mencecah 20,000 orang.
Ketika itu, orang ramai sudah memenuhi tempat letak kereta untuk mendengar ceramah tersebut. Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua menganggarkan jumlahnya melebihi 10,000 orang. Jumlah tersebut semakin meningkat dan dianggarkan mencecah 20,000 orang.
Keadaan menjadi riuh-rendah apabila seorang pemimpin DAP bertanya kepada ribuan hadirin "Polis mahu kita berhenti, ada mahu?" Orang ramai membalas “Tidak!” Sejurus kemudiannya, Tony mengumumkan yang mereka akan meneruskan ceramah tersebut, walaupun dilarang oleh pihak polis.
Bagaimanapun, beliau meminta para penyokong supaya tenang dan tidak menghina pihak polis.
Sementara itu, di Sri Aman, unit tujuh anggota anti-rusuhan dan kira-kira 20 anggota polis lain mengawal kawasan di depan pusat operasi DAP di situ, untuk menghalang perhimpunan parti itu malam ini.
Polis menafikan permit kepada parti itu untuk mengadakan perhimpunan akhir malam ini atas alasan ceramah tidak dibenarkan di kawasan terbuka di Sri Aman.
Bagaimanapun, DAP nampaknya sudah bersiap sedia untuk meneruskan perhimpunan tersebut. Orang ramai semakin bertambah memenuhi kawasan lapan di situ.
Sehingga jam 7.40 malam, jumlah dianggarkan sekitar 400 orang.

DAP Sri Aman gagal mendapatkan permit polis untuk mengadakan ceramah di tempat terbuka sepanjang tempoh berkempen dalam pilihan raya negeri Sarawak ini.
Ceramah terbukanya yang pertama diadakan dua malam lalu, juga diganggu oleh polis, tetapi dibenar diteruskan selepas puas berunding.
Pada jam 7.40 malam, Santiago merayu kepada seorang pegawai polis supaya membenarkan ceramah itu diteruskan untuk tempoh satu jam sahaja.

Ketegangan meningkat, dan suara-suara kedengaran dari kalangan orang ramai yang nampaknya tidak sabar dengan apa yang berlaku, dengan melaungkan "Kami mahu ceramah" dan "Undi roket untuk perubahan".
Selepas berunding, DAP akhirnya mengalah dan bersetuju untuk memindahkan ceramah tersebut ke sebuah restoran berhampiran.
Calon DAP bagi kerusi Simanggang, Leon Donald memberitahu orang ramai bahawa ceramah tersebut terpaksa dipindahkan ke Restoran Alisan berhampiran.
Polis mengumumkan melalui pembesar suara bahawa ia adalah satu perhimpunan haram, dan mengarahkan orang ramai beredar dalam masa lima minit.
Malaysiakini
Di Matang Jaya N6 Tupong,, ribuan datang mendengar ceramah dan terpegun mendengar Dr Hatta Ramli, mendengar srikandi PKR berucap... laungan jatuhkan BN bergema di Matang Jaya.... semoga jadi kenyataan..
ReplyDeleteAbg long!! DAP tak permit le..kan tu ceramah haram
ReplyDeleteHaram yg ni hukum ciptaan manusia.. kalau kuasa rakyat mendesak.. terpaksalah Polis halalkan.. Apa Polis nak takut? Bukan nak merusuh.. yg dtg pun bwk anak bini. ni saja masanya dlm tempoh 5 tahun nak tunaikn hajat mengundi parti pilihan..
ReplyDeleteYg takut sbenornya adalah BN sarawak. Takut lepas ni tek dapat lagi songlap, dan rompak hasil bumi sarawak.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!