Barang Naik?? Undilah Barisan Nasional lagi..

Artikel ini dipetik dari Media yang menjadi Lidah Rasmi UMNO iaitu Utusan Malaysia, mengisahkan akan rungutan seorang pengarangnya tentang harga barang yang kini melambung menekan rakyat marhaen..

Kalau dilihat pada akhir artikelnya beliau menulis "Kalau dicongak-congak hampir satu bulan gaji dipotong untuk cukai pendapatan sahaja".. hakikatnya jika dikira keseluruhan cukai yang kita bayar dari cukai pintu, cukai jalan, cukai perkhidmatan, cukai tanah dan income tax sendiri kita membayar sekurang-kurangnya dua bulan atau lebih pendapatan kita kepada kerajaan Barisan Nasional..

Tak apa.. lain kali Undilah Barisan Nasional lagi..




Kurangkanlah cukai pendapatan!

Oleh Azman Anuar

HARI ini kalau suri rumah pergi ke kedai runcit atau pasar, RM20 habis untuk belanja barang basah. Ayam atau ikan serta sayur cukup-cukup untuk hidangan makan tengah hari dan malam untuk perut lima orang satu keluarga.


Cuba bertanya kepada kaum wanita yang sering ke pasar atau kedai runcit. Jarang-jarang yang tidak merungut mengenai harga barangan sekarang.

Kalau ada kedai yang boleh jual barangan barang basah pada ‘harga runtuh’ setiap hari, mereka akan serbu. Untung orang yang tinggal berdekatan pasar borong sebab hari-hari dapat harga murah.

Tapi yang berjauhan, ‘hari-hari marah.’ Belanja dapur sahaja sudah melambung berkali-kali ganda. Apalah nasib golongan pertengahan, belanjawan harian meningkat.

Tinggal sebulan lagi, golongan ini juga perlu mengisi borang cukai pendapatan. Banyak dapat, banyaklah kena cukai.

Ada yang mengeluh. Kalau boleh kita mahu rakyat Malaysia dapat menikmati kembali barangan keperluan harian pada harga murah.

Tiga atau empat tahun lalu, harga seikat pucuk ubi baru 50 sen, sekarang RM1. Dahulu ayam daging baru RM3.80 sekilogram, sekarang melambung lebih RM7 sekilogram.

Cukuplah dua contoh yang menjadi makanan kegemaran orang Melayu. Nampaknya tak ada usaha mana-mana pihak untuk memperlahankan kenaikan harga barang.

Tak ada pihak peniaga yang hendak mengurangkan harga jualan mereka. Kalau boleh mereka mahu menaikkan harga jualan lagi.

Ini baru bab soal makan. Kalau masuk bab harga rumah, lagi menakutkan. Dengan pergerakan dan kenaikan gaji bagi golongan pertengahan tidak naik mendadak seperti harga rumah dan barang keperluan, mereka kena pandai-pandai berjimat.

Wang gaji bulanan kadang kala tak cukup. Ansuran rumah sewa atau pinjaman rumah dan kereta sudah menelan tiga suku gaji bulanan. Tinggal suku lagi untuk belanja lain-lain.

Mengharapkan simpati peniaga turunkan harga barangan mungkin sukar, sebab mereka ada banyak alasan. Kerajaan pun sudah penat merayu.

Tinggal pada siapa lagi tempat mengadu! Memandangkan setiap tahun Lembaga Hasil Dalam Negeri mengumumkan kejayaan mengutip berbilion cukai pendapatan, mungkin dalam pembentangan Belanjawan 2012 kerajaan boleh beri sedikit harapan baru.

Bagaimana kalau kerajaan menurunkan 50 peratus kadar cukai pendapatan individu.

Cukai pendapatan individu walaupun banyak dipotong tapi tidak sampai menjejaskan pendapatan negara.

Nampaknya cara ini dapat membantu golongan rakyat yang kena bayar cukai pendapatan.

Kalau dicongak-congak hampir satu bulan gaji dipotong untuk cukai pendapatan sahaja. Jika cadangan ini dilaksanakan bermakna separuh sahaja dikenakan. Mana-mana ruang jika boleh dikurangkan, lakukanlah.

Kerajaan tidak akan rugi, malah ‘beruntung’. Orang berbudi, ada balasannya. Percayalah...


Lidah Rasmi UMNO

10 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. TQ for sharing..
    mmm betul ker ?? so alternatifnya buku jingga ker?
    hahahahhha

    ReplyDelete
  2. dari hari dan saat ini suroh kerajaan kedah juga jangan naikan apa pun,,,3 tahun perenteh air naik dan kerna 20 sen raayat susah nak bayar bil,,dulu dekat sekarang jauh melebehi 20 sen,,dah ubah suai rumah pun bermasaalah,,,,kedah sejahtra,,

    ReplyDelete
  3. Jangan merungut tuan-tuan.Bersyukur lah kerana kalau tidak ada kerajaan BNUMCO takkan maju negara. Jadi kena besyukur dengan pemimpin umno terutamanya kepada pengundi yang berpuluh-puluh kali memangkah umno.
    Inilah dia KETUANAN MELAYU dan RAKYAT DIDAHULUKAN yang sentiasa dijaja oleh pemimpin dan pencacai najis umno.

    ReplyDelete
  4. mcm mana dengan org yg tidak berpendapatan tetap. semua naik pendapatan tak tentu. hasil ladang tak (bukan getah n sawit) tak naik turun adala. perbadanan yang ada nak kaut untung dari susah org ada la

    ReplyDelete
  5. Maju negara rakyat merana pun tak guna,bodo otak sempit,satu hari kau di U turn hutang keliling buntut ko than tercugap,pastu undilah BN sampai mati pun ditimpa hutang

    ReplyDelete
  6. ini kerana cukai kita di tetap kan pada harga brg yg belum dinaikkan.. contoh jika pengecualian rm1000 skg adalah pd harga myk lama.. sdgkan mcm mcm yg turut naik..

    so sudah smp rakyat dan anda .. bersetuju PAKATAN diberi undi utk memerintah..

    ReplyDelete
  7. Nak buat macam mana...

    Nama parti pun dah tahu...

    Parti Barang Naik (BN)...

    He he

    ReplyDelete
  8. pada anon 1:14pm .hang ni aku rasa baru keluar hutan simpan dalam ceruk pedu kot,yg kata susah nak bayar bil air.jgn jadikan alasan.mmg pejabat pos tak terima.tapi kalau hang survey betul2.la ni kaunter sada stp daerah ada.dan lagi satu setiap bank ada terima bil bayaran air dan elektrik.tak kan pekan hang tak ada bank kot.jd tak ada masalah kalau pej pos tak terima pun.sbb pejabat pos mengtekedarah duit org banyak sgt.semua nak kamsen.bukan naik 2kupang saripdoll oii tapi 2det aja stp gelen.jgn jadi buta kayu.aku keja toreh getah pun tak jatuh miskin dgn kesan kenaikan harga air tu.bodo piang!!!

    ReplyDelete
  9. Penyokong-penyokong BN a.k.a pengipas punggung sepatutnya meraikan kenaikan harga minyak, barangan & perkhidmatan kerana mereka telah membuat pilihan. Syabas!

    ReplyDelete
  10. Tahun 2010 saya dikenakan cukai RM1300 + cukai bulanan RM936 (RM78x12 bulan)=RM2,236. Jika ada bonus tahunan untuk pilihanraya maka ianya hanyalah mengembalikan cukai yg telah dibayar. Cukai ini akan digunakan untuk bina 100 tingkat bangunan yg bukan semua merasanya. Belanja pilihanraya. Belanja menteri2 ke luar negara. Kami mahu ia digunakan untuk bina jalan raya bertar di Sabah. di kampung saya yg masih mundur.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post