Selepas Utusan kini Berita Harian pula menyambung wadah menyebarkan fitnah bagi UMNO, cuba baca petikan berita dari Berita Harian ini.. jelas mereka bersungguh-sungguh mahu menjahanamkan kredibiliti Anwar.
Dalam kes Video lucah ini, polis berusaha bersungguh-sungguh untuk mengenalpasti individu didalam Video itu..
Agensi penyiaran Korea Selatan guna proses biometrik analisis video seks
KUALA LUMPUR: Sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks seorang lelaki didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wanita dipercayai warga asing, mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Ketua Pembangkang berkenaan berdasarkan perincian saiz tubuh beliau dalam rekod polis.
Keputusan analisis visual dan teknikal video berkenaan diperoleh oleh pasukan penyiasat khas yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani pada 10 April lalu selepas menghantar sampel rakaman berkenaan kepada agensi itu pada 4 April.
KEADILAN selar Berita Harian bawa agenda jahat Umno
KUALA LUMPUR: KEADILAN mengutuk tindakan akhbar arus perdana, Berita Harian yang tidak mencerminkan etika kewartawanan kerana melaporkan secara semberono kononnya individu dalam video seks fitnah sepadan dengan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Naib Presiden, N Surendran berkata, selepas meneliti laporan berita tersebut beliau mengesyaki pihak polis turut bersekongkol membocorkan maklumat yang seharusnya sulit kerana masih dalam tempoh siasatan.
“Ini merupakan modus operandi biasa dengan niat jahat yang dilakukan untuk mencalar imej seseorang dengan membuat tajuk berita utama secara sensasi untuk mengelirukan orang ramai.
“Tidak mustahil pihak polis turut bersekongkol dan mereka turut mempunyai agenda politik,” kata Surendran.
Pada tajuk utamanya hari ini, akhbar itu memetik sumber tanpa nama, kononnya sebuah agensi penyiaran terkemuka di Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut akhbar itu lagi, polis juga telah mengenalpasti lokasi video tersebut dirakamkan, iaitu di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur dan wanita terbabit dipercayai seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara.
“Akhbar tersebut tidak menamakan siapa, dimana dan apa kelayakan makmal atau pun penganalisis yang menjalankan kajian di Korea Selatan itu. Ia dilaporkan secara tergantung dan dibuat secara sensasi.
“Agenda Berita Harian ini adalah agenda Umno dan Barisan Nasional,” Ujar Surendran.
Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan terdapat individu atau pihak yang kononnya dilihat bebas dan berkecuali ‘dipasang’ (planted) oleh mereka yang mempunyai motif jahat untuk mencalar kredibiliti Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.
“Ada kemungkinan pihak polis sendiri yang melantik mereka (penganalisis) ini,” katanya
Sementara itu, Surendran menambah, isteri Ketua Umum, Datuk Seri Dr Wan Azizah sendiri telah memastikan bahawa individu dalam video tersebut bukan suaminya.
“Siapa lagi yang boleh mengesahkan tubuh seseorang, kalau bukan isterinya sendiri. Ini merupakan percubaan akhir pihak-pihak yang takut kepada kemaraan Pakatan Rakyat,” jelasnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11938

Yang peliknya, kenapa polis perlu kenal pasti "pelakon" dalam video itu.
ReplyDeleteKalau siasatan adalah berkenaan penayangan video lucah, tak kisahlah siapa dalam video tu, asalkan lucah cukuplah. Tak masuk akal langsung siasatan ni.
Aku makin keliru dgn sistem perundangan dan kehakiman di negara kita ini...
ReplyDeleteSebenarnya siapa yg boleh menjatuhkan HUKUMAN BERSALAH???
Adakah MEDIA? Adakah POLIS? Adakah HAKIM2?
Etika Kewartawanan dan etika menyiasat, mencari bukti...
Kenapa mesti/Adakah Media, Polis yg BOLEH MEMUTUSKAN SESEORANG ITU BERSALAH ATAU TIDAK?
salam buat semua,
ReplyDeletekalau diperhati kan selama ini isu kes anwar akan di dedahkan oleh akhbar atau tv3 secara bergilir gilir.. selepas utusan - berita harian - selepas BH pula TV# - dan seturus nya
Adapun tujuan pd pandangan saya ini utk mengealak dr kerugian sbb di baikot atau menyampah...
Kalau hny satu media saja yg mendedahkan maka parah lah syarikat media tsbt...
Assalam, aku setuju dengan pemerhatian Anon 11.40. Tapi kalau macam tu baik kita boikot semua saluran media milik "setan keris bersilang", lagi senang. Aku rasa dah ramai sedara-sedara kita yang boikot saluran-saluran media tersebut sebab serupa macam membaca akhbar Haaretz, Yediot Ahronoth dsb serta menonton siaran TV Israel seperti Channel 1 dan Rashut 2. Apa yang perlu dilakukan adalah memperluaskan lagi kempen memboikot saluran-saluran media berkenaan sehingga mereka jatuh bangkrap dan merempat!
ReplyDeleteyang dipaparkan BH ni x semestinya betul. sama la macam harakah dan sekutunya tu.. sama je semuanya..
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!