Budak tadika lebih Cerdik dari Nazri Aziz.

PARIT BUNTAR, 7 April: Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz sebagai lucu dan tidak masuk akal.

Ini kerana beliau menafikan bahawa isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai individu yang ‘bukan pakar’ untuk mengenali susuk tubuh Ketua Pembangkang itu yang merupakan suaminya berhubung isu fitnah video seks.

“Adakah beliau (Nazri) sudah tidak ada modal sehingga mengeluarkan kenyataan sebegitu sedangkan kanak-kanak sekolah tadika pun tahu individu yang paling hampir dan kenal benar dengan Anwar sudah tentulah isterinya yang bersama ke mana jua beliau pergi,” katanya ketika ditemui di sini.


Datuk Seri Dr Wan Azizah dipetik sebagai berkata menafikan bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video berkenaan dan menimbulkan kemungkinan ia didalangi oleh BN.

Khalil yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menempelak tindakan menteri BN itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana dengan mudah mengenepikan hujah isteri Anwar berhubung penafian tersebut.

"Saya ingin bertanyakan kepada Nazri, kalau pengakuan seorang isteri mengenai susuk badan dalam video itu bukan suaminya, dari siapa lagi kita ingin percaya?" soalnya.

Dalam pada itu, Khalil yang juga Adun Titi Serong membidas ungkapan Nazri yang mengatakan “Wan Azizah bukanlah pakar yang menentukan identiti pelaku itu” sebagai hujah yang tidak boleh diterima langsung dan ini merupakan satu lagi hujah untuk melindungi individu tertentu yang merancang video fitnah itu.

“Umno BN terdesak untuk menang di Sarawak, itulah isu dan topik sebenarnya,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa video tersebut merupakan satu lagi tindakan desperado Umno BN untuk menipu rakyat Sarawak dengan harapan Pakatan Rakyat ditolak dan bagi memenangi hati rakyat di negeri tersebut untuk memperoleh kemenangan pada 16 April nanti.

“Sebagai rakyat Sarawak yang bijak, seharusnya perkara ini dipandang serius dengan menolak BN dan seluruh komponennya pada pilihan raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Beri undi kepada Pakatan Rakyat adalah tindakan bijak bagi menyelamatkan Malaysia dari terus ditadbir oleh BN yang tidak putus-putus menyusahkan rakyat dengan kenaikan harga minyak serta barang dan merosakkan masa depan negara yang tercinta ini,” katanya.


Harakahdaily

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Dari zaman Dr. Mahathir lagi aku tengok Nazri ni bukan ada tokoh dan karisma pun nak jadi ahli politik. Menteri apa lagi. Tak tak tahu la nasib dia ni sentiasa baik. Mana2 PM pun suka dengan dia yang cukup pandai membodek dan mengampu..

    ReplyDelete
  2. Apalah menteri ni! Bukankah apabila berlaku kematian yg tubuh simati tidak dapat dikenali, maka ahli keluarga akan diminta untuk mengenalpasti tubuh itu. Orang yg paling kenal susuk tubuh seseorang itu semasa kecil ialah yg menjaganya, dan setelah ia dewasa dan berumahtangga tentunya, isterinya. Kalau sekadar susuk tubuh, tidak susah untuk isteri mengenali suaminya.
    Nah, terbukti bahawa UBN hanya ingin mengaibkan DSAI dan keluarganya. Kalau dah figur seperti Rahim Thamby Chik yg membuat tuduhan, usahlah kita sibuk untuk membahaskannya. Kredibilitinya sudah hancur di mata khalayak. Saya yakin DSAI akan lulus cemerlang di dalam ujian ini. Ganjarannya 'Rakyat' akan berjaya bersama DSAI! Dato Seri Anwar Ibrahim, teruskan usahamu, dan jangan pedulikan 'makar' puak yg durjana ini. Pasti 'MAKAR' Allah, akan menelanjangkan semua kelibat. Allah adalah sebaik-baik melakukan 'MAKAR'! Dato Seri Dr. Wan Azizah , hadapinya dengan tabah. Kami sentiasa mendoakan kalian. Kasihan sungguh saya kepada Nazri Aziz! Kasihan sungguh! Silap demi silap dipamerkan kepada khalayak! Kesian......!

    ReplyDelete
  3. Aku sokong..aku sokong...tapi cuba panggil budak2 tadika pula jumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam 1minit kemudian suruh pula budak tadika tu tengok video 1:47 pula..Agak apa pula budak tu akan kata!!

    Moral: Video tu tiada lagi usur seks sebab anak2 Datin seri Wan Azizah pun tengok juga.

    ReplyDelete
  4. Ini botak xlama je lagi boleh bersuara mengunakan lidah yang kontot tu dan kuar tv nak tunjukkan yang dialah paling macho. Ingat, apabila Bendera Be End diturunkan, masa itu anda harus ingat, kami sebagai rakyat akan pastikan kerajaan baru korek semua rekod-rekod anda yang disimpan jadi perkasam agar biar anda sedar lagit itu tinggi ke rendah. REFORMASI!!!

    ReplyDelete
  5. ROTWEILLER NI MEMANG MACAM TU. KALAU KAK WAN TAK LAYAK NAK KENALPASTI SUAMI DIA, HABIS SIAPA YANG LAYAK? TAKKAN NAK SURUH ANAK NAZRI! MASA ZAMAN MADEY ,ROTWEILLER NI BODEK MADEY,PASTU BIL;A MADEY RETIRED, DIA KUTUK MADEY PUJI DOLAH NGANTUK, BILA DOLAH PENCEN ,DIA PUJI NAJIB NGAN ROSMAH PULAK, KUTUK DOLAH. MEMANG DASAR PEMBODEK BESAR.

    ReplyDelete
  6. anguk2 geleng2 ikut telunjuk, bodek keliling, mamat ni memg dr dulu wat statment mcm org kurang akal, malu 1 malysia ada org mcm ni jd mentri.

    ReplyDelete
  7. menteri paling gampang dalam umno...nazri aziz jenis anjing tak kira siapa kecuali tuan dia...aku ingat lagi masa dia bela anwar waktu first anwar dipecat...lepas tu siap tunduk sambil baca skrip kat tiwi3 sokong mahathir pecat anwar. bila che det turun dialah paling garang menyalak kat org tua tu...nazri aziz..gampang dalam umno...ko jaga sikit kelakuan anak ko tu..dah lebih dari gampang aku tengok

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post