‘Bukan Cina sahaja, Melayu juga tak sokong kerajaan

Muda Mohd. Noor

Kisah pengundi Cina yang menyokong pembangkang khususnya DAP bukan baru. Cuma ada pihak tertentu yang membesar-besarkannya setiap kali parti pemerintah kalah dalam pilihan raya.

Dan gesaan ‘menghukum’ masyarakat Cina juga sudah lali didengar. Lantas masyarakat Cina dicap sebagai warga yang tidak berterima kasih dan perlu dihukum.

Pada PRU 1969, masyarakat Cina menyokong DAP dan menyebabkan kekalahan besar Barisan Nasional (BN) di kawasan bandar dan akhirnya mencetuskan 13 Mei 1969.


Pada PRU 2008, masyarakat Cina berbondong-bondong menyokong pembangkang sehingga DAP berjaya menawan Pulau Pinang.

Dalam pilihan raya negeri Sarawak yang baru berlalu, calon DAP menang dengan cemerlang. Sebaliknya calon SUPP kecundang satu demi satu.

Pada pengamatan pemerhati politik trend pengundi Cina menyokong pembangkang akan berterusan sehingga PRU akan datang.

Ini bermakna parti Cina dalam BN seperti MCA dan Gerakan menghadapi masa depan yang gelap. Dan sebaliknya para pemimpin DAP ternyata gembira dengan sokongan pengundi Cina di Sarawak.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan ia petanda baik kepada parti dalam PRU ke 13.

Tetapi menghukum pengundi Cina semata-mata kerena mereka tidak menyokong parti kerajaan tidak semestinya akan menyebabkan mereka kembali menyokong kerajaan, beliau dipetik sebagai berkata.

Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, beliau juga menghukum kaum Cina yang tidak menyokong kerajaan BN tetapi mereka tetap menolak parti kerajaan.

Mesti diingat bukan kaum Cina sahaja yang tidak menyokong parti kerajaan. Orang Melayu juga ramai yang berfikiran sama.

Orang Melayu tolak Umno

Di Kelantan, Perak, Kedah dan Selangor, orang Melayu menolak calon Umno secara besar-besaran. Kedah dan Kelantan dikuasai PAS, musuh ketat Umno.

Pada PRU 1999, orang Melayu di Terengganu menumbangkan kerajaan BN pimpinan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad yang menjadi menteri besar sejak tahun 1978 lagi.

Maka Dr Mahathir menghukum kerajaan PAS Terengganu dengan menghentikan pembayaran royalti minyak yang dianggarkan RM800 juta setahun kepada negeri itu.

Begitu juga nasib orang Melayu Kelantan yang membantu PAS memerintah negeri itu sejak tahun 1990. Kerajaan Pusat telah meminggirkan Kelantan semata-mata kerana Umno kalah di negeri itu.

Penganalisis politik tempatan menganggap menghukum pengundi Cina yang tidak sealiran mereka adalah tindakan yang sama sekali bertentangan dengan amalan demokrasi.

“Apakah demokrasi negara kita sama dengan beberapa negara Timur Tengah di mana penentang dihukum? Era hanya kerajaan sahaja yang benar sudah berlalu. Jika rakyat tidak suka dengan kerajaan, mereka tentu tidak sokong.

“Mengapa orang (pengundi) Cina tidak sokong kerajaan? Kerana mereka tidak terkongkong dengan kerajaan, mereka kumpulan yang berdikari dan berfikiran terbuka,” kata seorang penganalis Zulkifli Hassan.


Free Malaysia Today

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Aku dari dulu lagi memang tak sokong parti BN nih, walaupun bapa aku orang UMNO.Aku pegawai kerajaan dan tak pernah pangkah BN.Semasa aku menjadi ahli ABIM aku sokong Anwar.Tapi...bila Anwar masuk UMNO aku pula terus jadi ahli PAS.Aku adalah antara orang yang paling gembira apabila ANwar keluar / dipecat dari UMNO.Orang Melayu sokong UMNO kerana mengharapkan benda (RM ).Kalau dah tak ada kuasa nanti UMNO akan reput sedikit..demi sedikit.Tak seperti PAS...dari lemah dan menjadi lebih kuat.Perahatikan sejarah kemenangan PAS dalam pilihanraya.Aku tak pernah kecewa kalau PAS kalah dalam pilihan raya.Bagi aku Allah belum mengizinkan.UMNO jangan jadi BEBAL kalau PAS sokong DAP dan DAP sokong PAS.Itu amalan dalam sebuah negara demokrasi.Kita mencari yang terbaik.

    ReplyDelete
  2. a'kum...saya sgt bersetuju dgn pandangan anda diatas..biar dr lemah jd kuat..bkn rebah.

    ReplyDelete
  3. Parti Bini Najib bie ingat orang MELAYU skrg nie mcm orang MELAYU zaman mak bapak dia orang kah boleh dok kena tipu....nie musibat2UMNO org MELAYU zaman millinium skrg nie dah pandai2 tau dan boleh membezakan mana yg baik dan mana yg buruk...cuma pecacai2 UMNO aja yg tak sedaq diri lagi tuuuu....

    ReplyDelete
  4. sokong la barisan nasional wahai seluruh bangsa melayu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post