
Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malek Abul Kassim berkata demikian sebagai mengulas dakwaan pemimpin Umno dan BN yang senantiasa mengkritik setiap usaha kerajaan negeri membantu masyarakat Melayu di sini.
Beliau berkata, sehingga ini konflik yang timbul adalah bikinan Umno dan BN yang tidak dapat menerima hakikat mereka adalah pembangkang yang sah.
Katanya, sejak tiga tahun pemerintahan kerajaan negeri, masalah tanah perkuburan di Jelutong yang telah sekian lama tidak dapat diselesaikan semasa BN menerajui negeri ini, telah berjaya diatasi apabila kerajaan negeri membeli sebahagian dari tanah tersebut untuk diperuntukkan sebagai tanah perkuburan di Jelutong.
"Manakala para huffaz mendapat pengiktirafan setiap tahun dari kerajaan negeri. Ini tidak pernah dilakukan sebelum 2008 yang lalu. Peruntukan untuk hal ehwal agama Islam turut ditambah sejak 2008 dari RM12.5 juta sehinggalah kepada RM63.21 juta dalam tahun 2011.
"Kampus dari dua buah universiti terkenal di Timur Tengah akan diwujudkan di Pulau Pinang tidak lama lagi bagi memberi kemudahan kepada pelajar yang ingin mendalami ilmu mereka dalam bidang agama Islam dan juga penyelidikan," katanya lagi.
Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Maung, turut menyeru pemimpin Umno dan BN supaya menjadi pembangkang yang baik dan bermoral di negeri ini.
Menyentuh mengenai premis perniagaan milik peniaga Melayu yang dirobohkan, beliau berkata, masalah itu bukan perkara baru kerana ia turut berlaku semasa era pemerintahan Umno dan BN sebelum ini.
Harakahdaily
Ha! Tajuk rencana ni memang 100% tepat dan memberi kesan mendalam. Harus di ringkaskan dalam bentuk bullet point seperti buku jingga. Kepada pemimpin2 & pendukung2 kebenaran dan keadilan dalam pakatan rakyat..kalau boleh dicetak dan diedarkan di semua pintu2 masuk masjid diseluruh PENANG sebelum solat Jumaat.
ReplyDeleteGua caya lah sama lu YB Malik....kita bila dah jadi pemimpin kena buat kerja bukan tau bercakap tapi tak tau nak buat kerja mcm pemimpin UMNO yang do ada lanie....yg dok buat hingaq tu adalah puak2 melayu UMNO aja sebab tak besa jd pembangkang...Tu lah orang tua2 dok kata pemimpim nie bila dah pegang kuasa lama2 dia jadi gila mereyan dgn harta dunia....aku juga seorang MELAYU tapi MELAYU tak tak jual diri macam MELATU UMNO HARAM JADAH
ReplyDeleteAntara PR dan BN jauh berbeza...
ReplyDeletePemimpin PR - siapa rakyat yg tidak makan? rakyat mana yg tiada tanah?
Pemimpin BN - siapa rakyat yg belum kena makan.? tanah mana lagi nak dimakan?
Itulah realitinya
BN gila kuasa. Sanggup fitnah sana sini.Demokratiklah sikit.Jgn buat kacau. Bagi rakyat hidup aman. Kalau PR elok, kata elok. Kalau betul PR tak elok, kita tukar kepada parti yang lain plak nnt..hihi
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!