
Bercakap di hadapan lebih 3,500 hadirin di Ampang, Selangor semalam, Anwar menyentuh tentang video seks yang dikaitkan dengannya serta perbicaraan kes liwat kedua, dengan menggambarkannya sebagai dua perkara lawak.
"Sekarang bila orang tengok saya, tengok perut, tengok muka, tengok perut, tengok muka.
"Jadi bila makan, (isteri saya Datuk Seri Wan) Azizah (Wan Ismail) kata, 'jangan makan banyak sangat'," katanya sambil ketawa.
Sama ada beliau terjejas dengan sumpah laknat yang dibuat oleh ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah beberapa jam sebelum itu, nampaknya tidak.
"Saya dalam Umno lama, saya kenal mereka semua. Kata Islam tetapi sembahyang tidak. Nak angkat sumpah, tapi dah berhenti arak belum?
"Nak sumpah beritahu suruh dia berhenti rogol dulu," katanya kepada hadirin yang rata-rata orang Melayu.
"Anwar ini kalau seks tak ada kerja lain. Sekejap depan, sekejap belakang, ke tepi, ke tengah. (Datuk Seri) Najib (Razak) adalah yang paling moral. Sheikh Najib dan Sheik ar-Rahim," sindirnya.
Anwar merujuk kepada dakwaan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik yang didakwa merogol pada tahun 1994. Pertuduhan terhadapnya di mahkamah bagaimanapun kemudian digugurkan.
Rahim dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) turut mencuri perhatian apabila muncul bersama Eskay ketika menayangkan video seks kepada sekumpulan wartawan pada 21 Mac lalu.
Tu lah aku kata boleh ke org yg mengaku dia ada dlm video tsbt buat angkat sumpah.. sb dia sendiri buat kerja berdosa tu..
ReplyDeletewalaupun betul dia tp dlm video wajah dia tak jelas... sipelaku yg jelas pun org boleh kata Anwar dan bukan Anwar apa lg yg tak jelas..
Lebih baik angkat sumpah mengatakan dia adalah indv dlm video tanpa melibatkan anwar..
Dia mtk Allah laknat kan dia jika dia berbohong tp kdg kdg pada pandangan aku yg jahil ni - org mcm ini (mungkin aku jugak..) nak dpt laknat dr Allah pun susah sbb tak layak.. disisi Allah kita nobody dan dipandang hina... Wallahhualam.. Allah sj yg maha mengetahui segala galanya
Tu sbb hidup kita di takuk sama je dr dulu...
Aku pun setuju dengan Anon 8.29am. Kalau Allah nak tunjuk apa2 tanda pun atau nak jatuhkan laknat ke atas seseorang kena tengok dululah orang tu macamana. Kalau cara hidup kita selama ini tidak berpaksikan agama, layak ke kita nak dilaknat oleh Allah dek kerana sumpah kita. Hidup mereka yang tidak tenang jiwa, bercelaru fikiran, rasa tak pernah cukup, anak2 berantakan pun dah dikira laknat dari Allah juga tu..
ReplyDeleteaikk. kata tak kenal eskay... lepas tu kata kenal plak. lagu mana bang nuar
ReplyDeleteGko kena tak Najib tp gko tak pernah jumpa dia kan...
ReplyDeleteMcm MNasir kata sape tu Mahthir..?
Dia kenal Mahthir tp dia tak kenal Mahthir??
Kalau org tny aku kenal tak SK yg akan sumpah tu aku akan jwb kenal pd hal tak pernah pun aku jumpa dia..
Hrp ANON 1:50 berpuas hati dgn penjelasan ini .. salam
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!