Gerakan tak yakin langsung BN boleh dapat undi Cina semula

Meskipun Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan begitu yakin bahawa masyarakat Cina akan beralih menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang, namun Gerakan Pulau Pinang tidak bersependapat.

Sebaliknya Ahmad diberitahu jalan tunggal mendapatkan sokongan bukan Melayu, tidak kira daripada masyarakat Cina atau kumpulan minoriti yang lain adalah dengan melayan mereka dengan cara hormat.

Menurut ketua biro undang-undang dan hak asasi manusia Gerakan Pulau Pinang Baljit Singh, masyarakat Cina tidak akan kembali ke BN hanya kerana kerajaan membekalkan mereka dengan 'kemudahan kelas pertama'.


"Henti labelkan kami sebagai pendatang, kaki botol, mata sepet, pelacur, tidak tahu berterima kasih dan pelbagai label yang lain.,” katanya,

"Apa yang kami perlukan adalah pemimpin yang rendah diri dan bukannya pemimpin bongkak.”

Dalam laporan Bernama semalam, Ahmad berkata Umno yakin masyarakat Cina di seluruh negara terutama di Pulau Pinang akan kembali menyokong BN dan terus mengukuhkan kedudukan parti itu sebagai parti pemerintah di Malaysia.

Katanya, walaupun sokongan daripada masyarakat Cina ketika ini dilihat merosot, beliau yakin perkara itu tidak akan berpanjangan.

"Saya percaya orang Cina adalah kumpulan masyarakat yang menghargai apa yang telah dibuat oleh kerajaan dan mereka juga antara yang menerima kemudahan kelas pertama kerana tinggal di bandar,” katanya.

Baljit juga berkata kerajaan mesti serius menangani gejala rasuah dan kronisme jika ingin mendapatkan sokongan bukan Melayu semula.

"Lakukannya dalam semangat 1Malaysia sebenar... ia tidak harus semata-mata retorik atau kata-kata manis. Dalam hal rasuah, tangkap ikan yang besar dan bukan yang kecil sahaja.”


Malaysiakini

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. UMNO SI TUA BONGKAKApril 26, 2011 at 9:52 PM

    UMNO BAK ORG TUA BERMULUT 'HUDUH' CELUPAR,BADAN PENUH BERPENYAKIT TERDUDUK DI KERUSI RODA TETAPI MASIH EGO & BONGKAK DGN TRADISI KETUANAN MELAYU KEGEMILANGAN SILAM BERSINDROM PENAFIAN, MASIH INGIN MENGEKALKAN BUDAYA LAMA MENTAATI MEMBUTA-TULI KETINGGALAN ZAMAN, MASIH MERASAKAN DIRI BETOL & BENAR 110% MANAKALA FIKIRAN ORG2 MUDA/ POLITIK BARU ZAMAN CYBER YG DEMOKRATIK DI LABEL SBG ANCAMAN YG INGIN MENGHAPUSKAN KETUANAN MELAYU & AKAN DI TENTANG HABIS-HABISAN...

    SEDARLAH UMNO...CARA BERPOLITIK KETINGGALAN ZAMAN UMNO INI AKAN MENYEBABKAN RAKYAT YG MASIH ADA SEDIKIT HORMAT PD UMNO AKAN AKHIRNYA BERTUKAR MENJADI MELUAT MENYAMPAH PD SI TUA YG MASIH TAK SEDAR2 DIRI...TAK BERUBAH PERANGAI MENDABIK DADA BERCERITA MEMINTA RAKYAT BERSYUKUR & BERTERIMA KASIH PDNYA SAMPAI BILA2!

    INI TAHUN 2011 LAH WAHAI UMNO! KALAU KAMU TAK NK BERUBAH, TUNGGULAH..KAMI SEMUA RAKYAT TANPA BELAS KASIHAN LG, AKAN MENGHUMBANKAN KAMU DGN KERUSI RODA MU ITU KE DALAM LUBANG SAMPAH SEJARAH...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post