Sarapan????
Semalam Lidah Rasmi UMNO menyiarkan satu berita dari Bernama mengatakan Najib Yakin BN mungkin menawan kembali Pulau Pinang dari Kerajaan PR sekarang..
Tetapi tidak semena-mena hari ini presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon menafikan kenyataan Najib itu sambil menjelaskan pemimpin nombor satu negara itu tidak akan mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. (baca di SINI)
Kata Koh Tsu Koon, Najib sendiri menafikan laporan yang dipetik dari Bernama itu..
Ohh.. maknanya Bernama telah memutarbelitkan kenyataan Najib itu.. Atau mungkin ketika Najib mengeluarkan kenyataan itu beliau berasa bangga dengan begitu ramai yang menyambutnya..
Cuba tengok keliling Najib tu.. penduduk atau pembodek? lagi satu kalau Sarapan banyak macam atas meja macam tu.. orang Penang kata Mentekedarah! bukannya makan.
Tetapi setelah menyedari kesemua yang berada dikelilingnya itu memakai baju yang berlogo 1Malaysia iaitu para pembodeknya sahaja beliau malu untuk mengaku bahawa BN mungkin menawan kembali Pulau Pinang..
Secara jujurnya aku menyokong jika Najib berkata sambutan memberangsangkan terhadapnya.. faham betul-betul “sambutan memberangsangkan”.. bukan dari rakyat Pulau Pinang tapi kerahan tenaga..
Memang memberangsangkan sambutan yang diberikan terhadap Najib jika beliau datang ke Pulau Pinang, paling memberangsangkan yang aku pernah tengok ialah pada tahun lepas ketika beliau melawat Politeknik bagi melancarkan program apa nama tah.. aku dah lupa..
Ditepi jalan dihadapan Politeknik bersusun berpuluh bas sekolah, habis kakitangan kerajaan dikerah, semua kakitangan Politeknik tidak dibenarkan bercuti.. dan semua pensyarah terpaksa berada di Politeknik sehingga Najib balik.. bukan saja pensyarah malah para pelajarpun tidak boleh pulang ke kampong pada hari lawatan Najib tu..
TKM 1 P.Pinang Dakwa Sambutan Lawatan Najib Hambar
SHAH ALAM 3 APRIL : Walaupun menafikan menunjukkan minat secara langsung untuk menawan kembali Pulau Pinang, namun kenyataan Perdana Menteri bahawa sambutan masyarakat di Pulau Mutiara itu begitu memberangsangkan terhadapnya, begitu melucukan.
Ini kerana kata Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman, kehadiran Najib seringkali disambut hambar penduduk walaupun acara sambutannya meriah.
“2,000 orang yang datang tapi tumbangkan kerbau lembu 10 ekor, ayam beratus-ratus ekor... itu pun bawa budak MRSM, politeknik, penuntut USM datang dengan
bas. Penduduk tempatan tak sampai banyak itu.. orang-orang yang datang ini adakah dengan kehadiran seorang Perdana Menteri?
“Dan yang keduanya orang yang hadir itu adalah orang yang dibawa.. bukan orang yang duduk di situ. Kalau begitu, ia adalah sambutan yang tidak seberapa seperti yang didakwa oleh BN,” kata Mansor kepada Tv Selangor.
Semalam Najib dipetik sebagai berkata, beliau yakin BN dapat merampas semula Pulau Pinang ekoran sambutan baik yang diterimanya dari rakyat Pulau Pinang ketika turun ke negeri itu.
"Suasana memihak kepada perasaan inginkan perubahan dan walaupun ia di peringkat sentimen, kita mahukan sentimen itu diterjemahkan dalam bentuk sokongan," kata Najib yang dipetik Bernama.
Walau bagaimanapun, tidak semena-mena hari ini presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon menafikan kenyataan Najib itu sambil menjelaskan pemimpin nombor satu negara itu tidak akan mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.
Katanya, Najib sendiri menafikan laporan yang dipetik dari Bernama itu.
Koh juga menyifatkan masih terlalu awal untuk membincangkan rancangan menawan Pulau Pinang.
Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula dipetik sebagai berkata, Pakatan Rakyat tidak kisah dengan laungan Najib sebaliknya bertekad untuk melipatgandakan usaha untuk membawa perubahan di Pulau Pinang.
“Pulau Pinang (pimpinan) PR akan mengadakan siri pertemuan di seluruh negeri untuk memperbaiki prestasi dengan menggandakan usaha kami demi (memberi) perkhidmatan lebih baik bagi rakyat dan (menjamin) urus tadbir baik untuk berhadapan dengan tekad Datuk Seri Najib Razak mahu menawan balik Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.
“Sama ada ada perubahan angin di Pulau Pinang yang akan membolehkan BN menang balik Pulau Pinang, itu tidak penting,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan media.
TVS News
Kata Najib Suasana memihak kepada perasaan inginkan perubahan dan walaupun ia di peringkat sentimen, kita mahukan sentimen itu diterjemahkan dalam bentuk sokongan," .. selama berpuluh tahun apa yang hang buat UMNO? sejak zaman mahathir, Paklah dan Najib (sekejap je). Mana pergi kemajuan oleh orang melayu?
ReplyDeletewow byknya makan pagi ayoyou
ReplyDeleteDipetik Bernama Online, Najib yang juga Presiden Umno berkata ketika beliau turun padang, ada rakyat yang membisik ke telinganya dan mengeluh bahawa golongan peniaga gerai di Pulau Pinang menghadapi tekanan dan sukar mencari rezeki sedangkan perkara seperti itu tidak pernah berlaku ketika negeri di bawah pentadbiran BN.
ReplyDeleteKahhh...kah..kah...satu lagi statement yg syok sendiri.....aku tak nampak pun rakyat yg pi bisik kat telinga dia yg dok mengatakan golongan peniaga melayu sukar nak mencari rezeki kat astaka Tmn. Tun Sardon tu....yg dok membisik tu semua pecacai UMNO...tengok kat photo tu pun dah tau dah...rakyat atau pencacai2 Najis nie....hg pi lah balik kat Sri Perdana pikiaq mcmana nak bagi kurangkan masaalah beban yg rakyat kena tanggung dgn bermcm2 kenaikan harga barang lah ngokkk....apa punya bangang punya PM lah yg kami dapat...orang Penang kata kat Najib...KEPALA TOYA
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!