Hah!! Taib kata Hishamuddin bodoh?

Kalau Taib Mahmud menyifatkan tindakan meletakkan cap pada kitab Injil versi Bahasa Malaysia, yang ditahan Kementerian Dalam Negeri, sebagai “idea bodoh” dan tidak seharusnya diguna pakai di Sarawak..

Secara tidak langsung Taib mengatakan Menteri Dalam Negeri itu bodoh kerana menghasilkan idea bodoh.. dan Najib juga sekaligus bodoh kerana bersetuju dengan idea bodoh Menteri Dalam Negeri yang bodoh itu..

Dan mereka yang menyokong orang-orang yang bodoh itu memang lebih bodoh kerana telah diperbodohkan oleh orang-orang bodoh!!


Keputusan cap Alkitab idea bodoh, kata Taib Mahmud

MUKAH, 9 April – Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan tindakan meletakkan cap pada kitab Injil versi Bahasa Malaysia, yang ditahan Kementerian Dalam Negeri, sebagai “idea bodoh” dan tidak seharusnya diguna pakai di Sarawak.


Awalnya, Kementerian Dalam Negeri memutuskan untuk melepaskan lebih 35,000 naskhah Alkitab dengan mengenakan tag khas dan nombor siri tetapi diubah kemudian di bawah 10 formula penyelesaian yang diumumkan minggu lalu.

Sambil mendakwa tindakan Kementerian Dalam Negeri ke atas Alkitab itu sebagai mengarut, Taib (gambar) berkata beliau telah melahirkan pandangan mengenainya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika lawatan ke Sarawak baru-baru ini.

“Saya memberitahu beliau bahawa ia harus dihentikan dan Najib berkata ‘ya, saya setuju’,” kata Taib kepada pemberita selepas membuka bangunan baru gereja Katolik St Peter dan St Paul di sini hari ini.

Isu semasa ini juga dilihat sebagai bahan kempen utama pada pilihan raya negeri ke-10 Sarawak, yang sedang berlangsung.

Pengundian adalah pada Sabtu depan.

Taib berkata, tindakan meletakkan nombor siri pada Alkitab, sebagai mana disyorkan oleh Kementerian Dalam Negeri, adalah tafsiran salah undang-undang oleh pegawai-pegawai peringkat bawahan.

“Perdana Menteri juga bersetuju,” kata Taib sambil menambah, pertikaian ini telah selesai.

Masyarakat Kristian berhadapan dengan pertikaian isu Alkitab yang ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang dan Kuching.

Dalam ucapan penuh emosional pada majlis pembukaan bangunan baru gereja, Taib juga berkata, beliau terganggu dengan ketegangan yang tercetus antara masyarakat Islam dan bukan Islam, yang turut menjejaskan keharmonian tradisi yang wujud di kalangan penduduk berlainan kaum di Sarawak.

“Biar tidak ada lagi (soal) syak-wasangka antara Kristian, Muslim, Buddha, Hindu. Hari-hari penindasan sudah berlalu.

“Tiada pemaksaan dalam (amalkan) agama (masing-masing). Saya mengatakan perkara yang sama kepada orang Islam,” kata Taib.

Sarawak dilihat sebagai masyarakat lebih toleran berbanding di Semenanjung. Kewujudan keluarga berlainan kepercayaan adalah perkara biasa di mana kedua-dua ibu bapa menganut agama masing-masing walaupun selepas perkahwinan.


The Malaysian Insider

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Politik oh politik. Hari ni kata bodoh besok kata bagus. Pakatan Rakyat ke, BN ke dua-dua sama saje lohong nya. Buat keputusan mengikut keuntungan politik yg akan dicapai. Prinsip tetap mmg takde, walaupun prinsip tu akan mempertahankan kesucian agama Islam tu sendiri. Yg Pakatan Rakyat skg jadi batu api utk melaga-lagakan kapir haprak dgn Islam.

    ReplyDelete
  2. Biarkan mereka memperbodohkan antara satu dengan yang lain. Sedikit-sedikit Allah dah tunjukkan

    ReplyDelete
  3. Wah! bukan main marah Bapak Kenyalang ni. Bukan apa, dia dah tempah 50K naskah edisi cetak rumpak Alkitab untuk dijual dengan harga yang murah, tiba-tiba KDN dengan secara langsung hanya meluluskan edisi alkitab yang sudah dicap siri bilangan sahaja yang boleh dijual. Apa rasinolnya, Najib cetak 50K tapi ada siri bilangan , mohydin cetak 50K juga . KM marah lah sebab dia mau nyaga untung sikit pun BN pusat kacau. Bagi kaum iban diSarawak, mereka suka sangat sebab ia serupa wang ada siri bilangan, ada nilai yang terpelihara dan identitinya sendiri. Jadinya siapa yang marah pasal apa?

    ReplyDelete
  4. Jangan rakyat Sarawak ditupu sekali lagi oleh Peh Moh dan najib. Ini semuanya sendiwara pilihan raya. Habis pilihan raya, kamu akan nampak wajah mereka yang sebenar. BN akan layan kamu dengan polis, FRU, ISA dan MACC.
    Cuba lihat dan tanya diri sebelum mempercayai Najib:
    1) Apa sudah jadi dengan Altantuya?
    2) Apa sudah jadi dengan Teoh Beng Hock?
    3) Apa sudah jadi dengan pegawai kastam yang mati di MACC?
    4) Bagai mana negeri Perak boleh ada menteri besar haram?
    5) Mengapa Taib tidak disiasat oleh MACC sedangkan report polis dan report MACC menggunung tingginya?
    6) lain-lain.....

    ReplyDelete
  5. Aku nak tanya pulak kat kamu Anony 10.27PM dan Anony 10.34PM.

    Adakah kamu berdua ni terlibat secara langsung dengan mana-mana parti politik?...

    Terlibat maksudnya kamu memegang jawatan sekurang-kurangnya Ketua Bahagian atau lebih tinggi dari itu la.

    Sekiranya kamu hanya penyokong atau pengundi atas pagar atau daftar sebagai pengundi pun belum, baik kamu tak payah komen apa-apa la pasal politik.

    Baik kamu diam-diam je,sebab itu lebih baik untuk kamu berdua, oarng yang tak menyokong mana-mana parti politik ni, istilahnya orang tiada pendirian.Tambah lagi kalau tak pernah daftar sebagai pengundi atau tak pernah pengundi pun.

    Kenapa perlu sesebuah negara mengamalkan siasah yang termaktub dalam perlembagaan?....

    Sebab untuk menubuhkan sesebuah kerajaan pungutan suara rakyat perlu dibuat mmelalui undi. Nak undi siapa?....macam mana?....tentulah kena tubuhkan kumpulan-kumpulan yang dipanggil parti politik....ada faham?...

    Setiap parti politik ada manifesto atau program rancangan untuk pembangunan rakyat secara am.

    Kemudian bergantunglah pulak semua tu kepada keupayaan ekonomi untuk melaksanakannya.

    Kenapa UMNO ditentang?...kerana mereka mengamalkan rasuah tahap cipan....salah guna kuasa...memperkayakan kroni, rakyat pergi mamposlah.....takkan harga minyak petrol sampai RM1.90 kamu tak rasa apa-apa,kamu berdua dapat diskaun ke?...kenapa perlu minyak ni dijual kepada rakyat sendiri dengan harga begitu?...tol pula mcm mana?...harga barangan pengguna lain cerita lagi....semua itu ada kaitan, bukan dia terjadi begitu saja, belum lagi cakap pasal AP. Kamu tahu ke apa itu AP?..

    Cuba semak harga petroleum di negara-negara arab atau Venezuela berapa?.....sedangkan kita sama taraf dengan mereka sebagai negara pengeluar minyak dunia.

    Malah Petronas terlibat dengan kerja-kerja pengeluaran melalui usahasama dengan negara luar yang membawa pulangan lumayan.

    Cari dan galilah maklumat melalui media tanpa sempadan ni untuk tambah pengetahuan, bukan 24 jam dengan Facebook, twiter dan lain-lain tiada faedah, sayang je mak bapak kamu belanja bulan-bulan bayar streamyx dan sebagainya, sedang kamu membazirkan masa.

    Renung-renungkan....

    ReplyDelete
  6. win win malaysiansApril 10, 2011 at 7:26 PM

    wahh begitu punya kerepaklah anon 10:55 wa cayaluu bro` syabas.....ini la semangat pro bkn semangat 46 beb waa sokong luu

    ReplyDelete
  7. marah lagi bro,tambah lagi

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post