Haram baca Utusan, tegas Dr Haron Din


KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini disaran tidak membeli dan membaca Akhbar Utusan Malaysia kerana media tersebut boleh dikategori sebagai “haram” dari sudut Islam, tegas ulama terkemuka tanahair, Profesor Datuk Dr Haron Din Al Hafiz.

Menurutnya, mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah, cubaan mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram untuk dibeli dan dibaca.


“Islam adalah agama penyatuan, agama perpaduan, agama yang saling hormat menghormati dan agama yang memberi rahmat kepada sekelian alam.

“Islam menegah amalan menyebarkan berita yang tidak baik seperti mengaibkan orang lain. Hukum Syarak menegah segala amalan yang dibawa oleh mulut atau pun media seperti ini,” jelas beliau.

Kenyataan Haron Din itu disiar dalam akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan yang boleh diperolehi di pasaran mulai hari ini.

Menurut Dr Haron, Al-Quran juga menyatakan “Maka sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan berita-berita yang keji (menjatuhkan maruah seseorang), maka bagi mereka itu azab siksa di dunia dan di akhirat.

Menurutnya lagi, berdasarkan hukum Fekah yang di sebut dalam kitab Fekah, Manhaji menyatakan, haram ke atas orang Islam menyebarkan berita keji ke atas orang Islam, tidak kira sama ada peritiwa itu benar atau sebaliknya.

“Kalau berita itu palsu ia adalah suatu fitnah jahat yang mengundang bala Allah yang segera. Kalaulah ia benar maka ia membuka ruang fitnah yang mengundang pelbagai keburukan, sedangkan sepatutnya ia menutup perkara tersebut.” jelas beliau.


http://www.keadilandaily.com/?p=12261

9 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Bro... media pencacai UMNO pasti akan memberi paku buah keras pada PR iaitu jika Utusan Malaysia menfitnah, bagaimana dengan suara keadilan dan Harakah.. kena jawab ni bro..

    ReplyDelete
  2. Biarkan lah dia, pencacai umno ini tak akan puas( senang di hati) buat selama2 kerana mereka memiliki penyakit Phd...kerna mereka yakin apa yg mereka tulis tu tidak benar dan rakyat dan orang PR tidak akan peduli seperti angin lalu, serupa cerita 'faction' dan 'tale' - kisah donging dan hayalan.

    ReplyDelete
  3. Cuma ingin bertanya kepada YB Datuk Dr Haron Din...bila nak isytiharkan Harakah dan Suara Keadilan tu haram. Sama dan malah lagi dasyat fitnah dan pembohongan yg menghasut perpecahan umat islam. Bagaimana pula parti PAS yang mengkafirkan sesama Islam pulak tidak ke haram menyokong parti sedemikian rupa.
    Mohon YB Datuk Dr jawap persoalan ini....

    ReplyDelete
  4. JGN BERPERANGAI SPT YAHUDIApril 26, 2011 at 9:07 PM

    Kepada Onanimous April 26, 2011 5:02, 6:08, & 6:52 PM, yg aku rasa org yg sama...

    BEGINILAH KOMEN ORG2 UMPORNO YG TAK NAK BERUBAH, YG TAK AKAN BERUBAH, DAN YG TAK BOLEH BERUBAH DULU, KINI DAN SELAMA2NYA YG MERASAKAN APA YG MEREKA BUAT ADALAH BETOL 110% WALAUPON TERANG-TERANGAN TINDAKAN MEREKA HUKUMNYA ADALAH HARAM, CONTOHNYA BERI LESEN JUDI BOLA, & FITNAH MENGAIBKAN PERIBADI ORG SECARA TERBUKA, DAN TERANG2 MENUDUH DSAI BERSALAH, SEBELOM DI BUKTIKAN BERSALAH...INI ADALAH HARAM, TAPI UMNO TETAP KATA HALAL... KENAPA MENGAMBIL PERANGAI MCM YAHUDI WAHAI UMNO??? ADAKAH ANDA DI AKHIRAT NANTI SUKA KALAU DI BANGKITKAN BERSAMA ORG2 YAHUDI?

    ReplyDelete
  5. jawapan kepada pas mengkafirkan orang umno,
    kebiasaan orang umno mengatakan
    1,politik tak masok dalam agama,(menapikan malaikat yang mencatet amalan baik dan burok)
    2, tak boleh laksana hukum islam kerana negara ini masyarakat majmud(menafikan ALLAHSWT bersifat dengan ilmu) dan ada orang umno mengangap politik sekadar didunia ini sahaja,kalaulah fahaman ini menjadi aktikad sesaorang maka rosahlah akidahnya(imannya) tak kira siapa dia.

    ReplyDelete
  6. bro 5.02pm - dulu aku respect utusan melayu dalam tulisan jawi(kau bleh baca ke?)itulah satu2nya yang bapak aku baca untuk mengetahui apa2 yg belaku dlm dan luar negara tanpa memikirkan utusan melayu milik UMNO walaupun keluarga aku bukan keluarga UMNO.sekarang, aku dah buang jauh2 akhbar ni.utusan sekarang ni hanya layak dijadikan akhbar parti UMNO dan tidak layak dijadikan akhbar arus perdana lagi.boikot UTUSAN MALAYSIA-Pemesong fikiran rakyat

    ReplyDelete
  7. UTUSAN MELAYU adalah bingkisan coretan PARTI UMNGOK. So kepada anda yang bukan ahli songkok tinggi ni, lebih baik xyah pandang pun. Wat semak jek, lebih baik kita naikkan mutu akhbar kita. Dari pada beli akhbar bungkus nasi lemak tu yang semua didalamnya adalah DONGENG. Biar wartawan UTUSAN MELOYA ni gulung tikarlah....wakakaa padan muka. :P

    ReplyDelete
  8. Salam,
    kepada Anon 26 april 6:52. Bila pulak harakah dan suara keadilan menghasut,memfitnah dan memecahbelahkan rakyat? boleh berikan contoh? kalau fitnah dah lama harakah kena saman dek UMNO. dan bila pulak PAS mengkafirkan sesama islam? Tlg baca kitab akidah muslim, yang kata penghantarnya ditulis oleh mahathir sendiri, kita tak menghukum, tapi memberitahu hukum! Kata imaam Malik, jika nak mengkafirkan seseorang,hendaklah berfikir 100 kali. jadi saudara jangan senang2 nak menuduh PAS mengkafirkan sesama islam. Tapi nak tanya sikit, kalau kita mempermainkan hukum Allah dan mempersendakan rasullullah itu apakah hukumnya ya? dean kalau kita ragu dengan hukum Allah apakah hukumnya?

    ReplyDelete
  9. Membuat perkara yang bertentangan degan agama Islam, Alqoran dan hadis
    adalah menjurus kepada kapir. Jangan imgat kita semat dalam hati kita mengatakan awak kafir. Itu hak Allah tapi sesama manusia ada hal tentang tegor menegor walaupun nampak kasar.Awak nak terima terima lah. Hal ini tetap terjadi dalam hal kata mengata.Dia mendapat habuannya apabila menegor, dia lepas ,awak macamana.wallah u Alam...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post