Isteri Anwar yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kata video itu merupakan "bukti paling jelas" bahawa suaminya bukanlah lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur itu.
Itu kata Kak Wan.. tapi para pencacai UMNO tetap mengatakan bahawa lelaki itu adalah Anwar seolah-olah mereka lebih mengenali Anwar sendiri dari Wan Azizah.. adakah mereka merasakan diri mereka itu lebih rapat dari seorang isteri kepada Anwar?
Mereka berkata lelaki itu adalah Anwar seolah-olah merekalah yang tinggal sebumbung dan tidur sebantal dengan Anwar..

Padahal mereka itu berjumpa pun tidak pernah.. Bak kata seorang pemimpin UMNO sendiri yang tidak setuju dengan fitnah ini.. macam Haram Jadah!!
'Ia bukan Anwar', kata Wan Azizah
Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafikan dakwaan bahawa beliau adalah lelaki dalam video seks yang sebahagian daripadanya telah disiarkan di internet semalam.
Isteri Anwar yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kata video itu merupakan "bukti paling jelas" bahawa suaminya bukanlah lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur itu.
Beliau berkata, keluarganya telah memutuskan untuk menonton video yang disiarkan di Internet itu dan mendapati jelas bahawa susuk badan lelaki berkenaan terlalu berbeza dengan susuk badan Anwar.
Wan Azizah memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini.
Turut hadir di sidang akhbar tersebut ialah pengerusi DAP Karpal Singh, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan anak perempuan Anwar, Nurul Izzah. sementara itu, dalam kenyataannya, Dr Wan Azizah Keluarganya telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998.
"Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik," katanya.
Namun, tambah beliau, jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.
"Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut. "Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.
"Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.
"Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang," tambahnya.
Oleh itu, kata Wan Azizah, mereka sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah dan menolak sekeras-kerasnya politik sedemikian. sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Malaysia untuk bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor.
"Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara," katanya sambil menambah bahawa dalam menghadapi dugaan ini, mereka yakin ada hikmah di sebaliknya.
"Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 – ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara. "Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya.
"Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina," katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan tersebut, dan sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran.
Malaysiakini

Masih ada talian hayat terakhir utk DSAI..adalah bersumpah dengan nama Allah di dalam masjid..dan minta live show at TV seluruh negara,baru rakyat percaya...sesiapa tengok pun youtube tu..over 90% nampak DSAI...memang rakyat tak pernah lihat tubuh DSAI dari pusat hingga leher tanpa baju, tapi alasan DSWA belum cukup utk menafikan DSAI watak dlm youtube tersebut.
ReplyDeleteAnak Kg. Pertama..
ReplyDeleteCadangan aku buat hang.. belajar Ugama sikit lagi.. Sabtu dan Ahad kalau free masa pagi tu.. pergilah dengar kuliah Ustaz Mutalib di An Nahdoh In tu..
Dak pun jenguk-jebguklah Masjid Batu tu..
INSAFLAH.........
ReplyDeleteADAKAH ANDA SEDAR BAHAWA ANDA DAN UMMAT ISLAM YANG LAIN TELAH BERTELAGAH SESAMA SENDIRI? BUKANKAH ALLAH swt MELARANG UMMATNYA BERTELAGAH? ALLAH swt TELAH MEMERINTAHKAN SEKIRANYA ADA PERKARA YANG BERTENTANGAN ANTARA DUA PUAK HENDAKLAH KEMBALI KEPADA AL-QURAN DAN HADITH.
ADAKAH ANDA SEDAR BAHAWA AGAMA ISLAM ITU SUDAH TERCEMAR DAN DICEMAR OLEH UMMAT ISLAM SENDIRI. KALIAN LEBIH MENGUTAMAKAN SUMPAH LAKNAT DAN SEBAGAINYA, TETAPI KENAPA UNDANG-UNDANG QAZAF DIKETEPIKAN? DALAM QURAN JELAS MENYATAKAN BAHAWA TUDUHAN ZINA MEMERLUKAN EMPAT(4) SAKSI YANG TIDAK DIPERTIKAIKAN KESAKSIANNYA.
JANGANLAH KITA HANYA 'BERAGAMA' HANYA PADA NAMA SAHAJA SEDANGKAN YANG DITUNTUT OLEH AGAMA KITA KETEPIKAN. WAJARKAH KALIAN MENGAIBKAN SESAMA ISLAM SEMATA-MATA MENGHARAPKAN KEMEWAHAN DI DUNIA??
INGAT DAN SEDARLAH WAHAI SAHABAT-SAHABAT SEAGAMA(ISLAM) ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI LAGI MELIHAT.....JANGAN DISEBABKAN BEBERAPA PUAK HABIS SEMUA HAMBA-HAMBA ALLAH KHUSUSNYA UMMAT ISLAM ITU SENDIRI DILAKNATI OLEH swt. INSAFLAH......KUN FAYA KUN KATA ALLAH swt.
alhamdulillah.....lega buat penyokong DSAI. buat anwar haters, cuba lagi kalau kamu nak tanggung DOSA ftnah yg lebih buruk dari membunuh. pencacai umno ingat hari ini w azizah akan mohan cerai dari DSAI......LOL
ReplyDeletepolis kena bagi tahu video ni camnna boleh terlepas ke youtube, sebab trio kata dah serah kat polis!!!!!!!!
@Anak kg Pertama, "sesiapa tengok pun youtube tu..over 90% nampak DSAI"
ReplyDeleteaku rasa mata kau btul, kalau tengok video 1 minit lebih tu.
Aku ni peminat fanati DSAI, tak tahu lah, klu aku tengok youtube tu 60-40.
mata aku kata btul, tpi hati aku kata tidak,
tapi video yg kluar kat youtube adalah propaganda politik UMNO je untuk tambah persepsi buruk kepada DSAI bukan untuk membuktikan pelakunya DSAI kerana video tu macam dah di cut untuk mengambil bahagian muka yang macam DSAI(tapi kabur)dan terlalu pendek, 1 minit lebih je
Kalau btul Video tu nak membuktikan pelakunya DSAI, kenapa tak tunjukkan separuh atau penuh videotu, klu tak silap aku 22 minit.
Aku minta satu je kat penyokong UMNO, kalau selepas ni TERBUKTI video tu fitnah, ko Orang kena masuk PR,(GUNA AKAL SIKIT, buat apa sokong Parti UMNO yg kaki fitnah dan INGAT KITA AKAN MATI)
Dan kalau btul TERBUKTI pelakunya DSAI, AKU HARAP ko Orang kena ramai2 masuk PKR,(tak mau PKR bleh masuk PAS@DAP) kerana kita sama2 jatuhkan DSAI yang gila sex tu(sebab banyak ahli PKR rabun/buta Mata),Sebab apa masuk PKR, sebab kebanyakan pemimpin UMNO memang dah teruk dan rosak, sanggup mengguna cara keji untuk terus berkuasa, walaupun kebanyakan pemimpin UMNO kaki betina, mabuk dan Rasuah, dia tutup keburukan dia dan buka keburukan musuh dia menggunakan perangkap/godaan/imbuhan(termasuk cina doll tu, D Askay punya kerja, dia dan D Rahim pun kaki tu juga)
BERSAMA2 KITA MEMBEBASKAN MALAYSIA DARI MANUSIA KEJI DAN JIJIK MENJADI PEMIMPIN KITA.
ps/ kepada @Anak Sungai Derhaka,
aku ni bleh dikatakan hari2 kat sini, aku nak bagi cadangan skit, klu bleh tak payah guna "Read more »"
klu bleh guna post penuh je kat HOME, contohnya 5 @ 6 post penuh kat HOME,
sebabnya senang nak baca dan yang paling penting nak jimat bandwith broadban aku hehe, dah la "My Blog List" melanjut sampai kat bawah, kalau buka satu2 post, ia akan loding benda sama je semua kat sitebar tu,
harap @Anak Sungai Derhaka bleh pertimbangkan
sekian, Salam
Aku selalu pi dua2 masjid sejak aku kenal masjid batu dan masjid papan..tapi aku tak pernah pun nama hang pun?
ReplyDeletecadangan kepada pihak yang berkenaan agar segera pergi ke hotel tu (suruh eskay tunjuk bilik) pi sita tilam, cadar, sarung bantal, towel dan karpet kat bilik tu dan buat DNA test. rasa2 masih baru lagi tak sampai sebulan. yang dulu tu dah bertahun pun boleh dapat DNA lagi...
ReplyDeletecadangan kepada pihak2 yang berkenaan agar segera ke hotel yang disyaki tempat video tersebut dirakam (suruh dato eskay tunjuk bilik) sebab dia yang jumpa video tu.. sita semua barang dalam bilik tu, tilam, cadar, sarung bantal, tuala mandi , karpet dan sebagainya... boleh buat DNA test.. rasanya masih baru lagi tak sampai sebulan.. yang dulu dah bartahun pun boleh....
ReplyDeletebangun lah orang islam,sampai bila kita nak diperbodoh kan oleh kerajaan yang ada sekarang,berfikirlah dengan akal fikiran bukan dari hati,sudah terang dan nyata semua ini satu fitnah,mahukah anda semua terlibat sama untuk menangung dosa fitnah ini di akhirat,berjuang sekarang agar kita tenang di akhirat kelak....
ReplyDeleteAku yang tak pernah jumpa DSAI pun berani mengatakan bahawa makhluk dalam video bodoh tu BUKAN DSAI. Makhluk yang nak main dengan betina tu agak tough jugak. Selalu aku tengok gambar DSAI dalam Internet tak de la tough macam tu. Setahu aku DSAI ini kurus orangnya. Kepada setan-setan yang merancang konspirasi bodoh ini, baik ko hentikan sebelum Allah SWT mengirimkan bala kepada kamu. Kepada saudara-saudara seperjuangan sekelian, diminta jangan berhenti berdoa kepada Allah SWT sehingga terhapus kefasikan dan konspirasi angkara sahabat-sahabat azazil di bumi Malaysia ini!
ReplyDeleteUmno kantoi. Another ' CECAKMAN 3 ' in a making
ReplyDeleteAku pun was2 mulanya tapi bila tengok video tu aku kompom kan itu bukan Anwar.. Celaka punya UMNO/BN..
ReplyDeleteanak kampung pertama,
ReplyDeletekalau perhati pada hujah kamu sah kamu menganut islam hadhari betaubatlah sebelum terlambat.
anak kampung pertama,
ReplyDeletekalau perhati pada hujah kamu sah kamu menganut islam hadhari betaubatlah sebelum terlambat.
Aku dah taubat tak sokong PR..
ReplyDeleteAku dulu sokong BA (Barisan Alternatif) sebelum ia tukar ke Pakatan Rakyat...pasal banyak yang tak betul in PR..maka aku mula kenal siapa musuh dan siapa kawan dan siapa banyak buat pembohong dan juga siapa harus dilawan...hari ni aku bersama perjuang اب ت
Hang dah taubatka Anak Kg Pertama??
ReplyDeleteHang jangan nak kona.. tadi beria-ia kata Anwar pelakon Video lucah tu.. Aku akan publish satu video yang menjawab segalanya..
Hang tunggu..
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!