Itu bukan Anwar - Nurul Izzah

Nurul Izzah Anwar - naib presiden PKR dan anak sulung Datuk Seri Anwar Anwar - sekali lagi mengulangi bahawa orang dalam video seks - sebahagian lagi daripadanya disebarkan di internet hari ini - bukan bapanya.

Nurul menegaskan bahawa beliau serta keluarganya berdiri teguh bersama Anwar, dan mengulangi bahawa pelakonnya bukan ketua umum PKR itu.

Beliau menyifatkannya sebagai satu usaha jijik untuk memusnahkan semangat berjuang mereka serta reformasi yang sangat diperlukan di negara ini.

"Kami tidak akan tunduk ataupun takut dengan taktik sedemikian," kata Nurul Izzah dalam pesanan teksnya kepada Malaysiakini.


Klip kedua video seks muncul, Eskay beri sampel DNA


KUALA LUMPUR, 27 April – Satu lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang telah dimuat naik dalam laman Internet.


Sedutan klip video dengan durasi satu minit 47 saat itu menampilkan seorang lelaki dan wanita dalam keadaan bertuala dan kemudian berbogel sebelum lelaki itu memakai seluar.

Klip video tersebut dimuat naik pada Rabu di dalam laman ‘Youtube’ dan laman web blogger Papagomo, www.papagomo.com kira-kira 1.30 tengah hari ini, lapor Bernama Online.

Sebelum ini pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama tersebar luas di Internet.

Pada 21 Mac lalu, tiga individu yang menggelarkan diri mereka “Datuk T” telah mendedahkan kewujudan video seks yang didakwa mereka membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang.

Terdahulu, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang mendedahkan video seks yang pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini memberi sampel DNA beliau kepada pihak polis.

Eskay berkata beliau telah diminta datang ke Bukit Aman untuk memberikan sampel DNA itu dan juga untuk memberi keterangan tambahan untuk membantu siasatan kes video seks itu.

“Saya secara sukarela telah memberi sampel DNA kepada pihak polis untuk membantu siasatan kes video seks,” katanya kepada pemberita di luar pintu masuk Bukit Aman.

Katanya, beliau berada di Bukit Aman dari pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari dan turut ditanya beberapa soalan oleh pihak polis.

Eskay berkata beliau akan mengadakan satu sidang akhbar esok untuk memberikan situasi terkini mengenai video itu.

The Malaysian Insider

6 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. YANG TUNJUK GAMBAQ TOK WAN HANG BUAT APA? KALAU HANG JANTAN TUNJUK VIDEOLAH. BODO HANG NI, NUAR SEDAP HANG DAPAT DOSA TIPU!

    ReplyDelete
  2. Yang bodo tu hang Luncai.. kalau hang nak tengok video hang tengokla kat blog penyokong UMNO kat sebelah tu..

    ReplyDelete
  3. Biarkanlah siLuncai bangang tu terjun dengan labu2-nya...barkan...biarkan...biarkan mampus..orang munafiq, fasiq penyokong umno ni tak perlu dilayan.

    ReplyDelete
  4. Sampai skg tempat nya kat hotel ke kat Apartment?? Tak jawab.

    Eskay kata Anwar selalu g Thailand.. jd kat Thailand ke kat Msia??? Sb Eskay kata tny Anwar berapa kali dia g Thailand jd pd aku rakaman tentulah kat Thailand..

    Kenapa Polis tak tunjuk jam omega yg dikatakan kepunyaaan Anwar??

    Kes senang mcm ni mkn masa se bulan??? Kalau betul lah Anwar dah selesai dah... dan Anwar mempunya masa yg cukup lama utk lari atau membuat strategik ...

    Kalau anwar buat kita kata tak buat kita tak dpt dosa sbb kronologi dan maklaun 3 ekor tu fasik saksi yg boleh diragui

    Tapi kalau anwar tidak melakukannya tp kita kata dia buat.. dgn hny bersandar pd bukti vidoe aje.. sdgkan lebih byk yg tidak terjawab maka ada share dosa tau..

    ReplyDelete
  5. ALJUBURI
    Kepada para pemuja peliwat tegar , mereka nie , waima nampak kote ANwar masok dlm jubor mak bapak derang pon derang takan ngaku Anwar yang suntut..mereka akan katakan ini fitnah dan konspirasi jahat dari UMNO..hehehe..kesian kat derang nie..

    ReplyDelete
  6. UMNO SEMEMANGNYA KAKI FITNAH.......

    TAK MALU KE KALAU AGAMA LAIN DAH BERSUARA?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post