Jahatnya laporan Utusan ni..


Berita dari Lidah Rasmi UMNO yang dijadikan headline ini jika dibaca sekali lalu ianya hanya menceritakan kejayaan yang telah dicapai oleh pihak Polis dalam gerakan membenteras judi di Pulau Pinang..

Adakah itu sebenarnya tujuan Lidah Rasmi UMNO itu? Ada tujuan lain sebenarnya...

Bagaimana perasaan anda jika anda adalah salah seorang dari 114,668 orang warga emas yang telah dan akan menerima sumbangan RM100 dari Program Penghargaan Warga Emas (PPWE) Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada hari Sabtu 23Hb. Dan juga Ahad (24hb) yang lalu?


Pasti akan timbul keraguan dalam diri anda tentang dari mana datangnya wang yang diberikan kepada anda itu setelah terpandang headline Lidah Rasmi UMNO itu.. kerana ketika program penghargaan Warga Emas ini dilancarkan tahun lalu sebuah blog Pro UMNO telah menyebarkan fitnah mengatakan wang untuk sumbangan kepada Warga Emas itu datangnya dari hasil judi.

Berasaskan dakwaan dari blog itu Pemuda UMNO Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan kononnya dana dari kelab lumba kuda digunakan untuk membayar wang Ihsan itu..

Kemudiannya Lidah Rasmi UMNO telah menjadikannya satu berita disambung pula dengan gerakan mengutip kembali wang tersebut oleh beberapa ADUN dari UMNO dimulakan oleh ADUN Penaga iaitu Datuk Azhar.

Kutipan demi kutipan telah dilakukan oleh mereka setelah berjaya memperdaya warga emas yang menerima sumbangan itu dengan mengatakan ianya datang dari hasil judi.

Malangnya hingga kini tiada satu senpun telah dikembalikan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang..

Mereka berjaya memperdaya warga emas itu kerana warga emas tersebut tidak membaca laporan dari portal berita on-line yang kebanyakkan mereka baca ialah media cetak terutamanya Lidah Rasmi UMNO iaitu Utusan Malaysia..

Oleh itu mereka tidak mengetahui bahawa Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah berkata, rakyat yang menerima bantuan kerajaan sebenarnya tidak haram walaupun dana yang diperoleh pihak berkuasa adalah daripada pelbagai sumber termasuk judi yang menjadi amalan kerajaan pusat dan sesetengah kerajaan negeri.

“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram, sebabnya mereka bukan berjudi... mereka (hanya) mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” tambah Dr Mohd Asri..

Jadi sekarang adalah jelas tujuan Lidah Rasmi UMNO itu menjadikan ‘Pulau Pinang lubuk judi?’ sebagai headline adalah untuk menimbulkan perasaan ragu-ragu atau was-was dalam hati Warga Emas Pulau Pinang yang telah menerima sumbangan RM100 itu…


Pulau Pinang lubuk judi?

• Aktiviti judi didapati semakin menjadi-jadi di Pulau Pinang apabila kian banyak tangkapan dilakukan, terbaru polis berjaya menumpaskan satu sindiket judi bola haram membabitkan taruhan sehingga jutaan ringgit.

• Sindiket yang beroperasi di sebuah pangsapuri di Jelutong itu tumpas setelah polis berjaya menahan tujuh lelaki dan dua wanita ketika mereka leka mengambil pertaruhan dalam talian.

• Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, dalam serbuan awal pagi semalam, polis merampas tiga buah komputer riba, kerusi serta meja ala kasino.

• Pada Khamis dan Jumaat lepas, polis berjaya menahan 50 orang yang sedang berjudi di Tokong Batu, Jelutong dan Tanjung Jaya, Jalan Raja Tun Uda, Pulau Pinang.

PULAU PINANG 24 April – Bermodalkan komputer riba dan talian Internet di sebuah pangsapuri sebagai pusat operasi judi bola haram, satu sindiket di Jelutong di sini mampu memperoleh nilai pertaruhan mencecah jutaan ringgit sehari.

Namun, sindiket itu yang dipercayai beroperasi sejak tahun lalu tumpas apabila diserbu sepasukan anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut awal tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pertaruhan dijalankan dengan pembelian cip melalui akaun bank penjudi.

“Setiap pemain dibenarkan bertaruh hingga RM10,000 dalam setiap pertaruhan.

“Pertaruhan boleh mencecah RM300,000 dalam satu permainan atau hampir RM1 juta apabila terdapat tiga permainan dalam sehari,” katanya di sini hari ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah malam, seramai tujuh lelaki dan dua wanita termasuk seorang wanita warga China berusia 30-an dan 48 tahun ditahan ketika leka mengambil pertaruhan dari dalam talian.

Kesemua mereka dibawa ke IPD Timur Laut untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6 (1) dan Seksyen 4 (1)(C) Akta Rumah Perjudian Terbuka serta Seksyen 6 (3) Akta Pertaruhan.

Polis turut merampas tiga buah komputer riba dan kerusi serta meja ala kasino.
Kong Meng juga melahirkan penghargaan kepada pihak yang membuat aduan mengenai sindiket berkenaan dan meminta orang ramai berbuat demikian jika mengesyaki kegiatan seperti itu berlaku di kawasan mereka.

Pada Khamis dan Jumaat lepas, polis berjaya menahan 50 orang yang sedang berjudi di Tokong Batu, Jelutong dan Tanjung Jaya, Jalan Raja Tun Uda, Pulau Pinang.


Lidah Rasmi UMNO

16 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Ha..ha..kenapa nak kata UMNO jahat? betul UMNO yang kata? orang tua kata macam ni "tak betul tak kata le diorang"

    Hari ni kapal mewah yang didalamnya ada mini kasino berlabuh dekat padang kota lama, dahulunya time (BN), kapal ni tak benar orang Islam naik. tapi lepas DAP menang terus orang Islam boleh naik atas kapal tu,faham2lah bila dah dapat naik kapal tu!!!

    kalau ASD seorang benar pejuang keadilan, sila senarai kembali manifesto DAP time kempen PRU 12 di Penang, lepas senarai apa dah DAP/PR tunaikan? saya cabar ASD!!!

    ReplyDelete
  2. awatla ngok sangat puak2 ni bukankah duit yang dirampas tu hak kerajaan pusat bukan kerajaan tempatan kalau majlis kerajaan tempatan buat boleh depa kata tu duit judi mana perenah kita dengan duit yang dirampas tu di bagi pada kerajaan negeri bodoh piang depa ni itu lah kalau dah ungnongok selama2nya dok angok

    ReplyDelete
  3. Tak beragama ke orang PR!! dengan terus menuduh UMNO tanpa periksa, kalau nak tahu benar atau tidak silalah pergi IPK Pulau Pinang, mereka ada KPI, minta tengok...dalam KPI ada rekod KPI yg lalu untuk kita boleh melihat accomplishments yang sudah dirancang pada KPI yg lalu...lepas ni janganlah komen kata KPI tu main tulis aje...ingat ini IPK bukan geng RELA.

    ReplyDelete
  4. Cibai la Utusan Meloya.. cecita pasal pusat judi tersohor kat 1M'sia nih.. Genting Highland, Pahang Darul Casino.. cecita skit berapa juta transaksi judi kat Genting tu.. cecita adakah benar Sultan Pahang ini taik judi nombor 1M'sia.. celaka Utusan Meloya ni.. muka depan cita pasal judi.. muka belakang berbaris keputusan judi nombor ekor..

    ReplyDelete
  5. BODOH UTUSON! Kalau tak nak PPinang jadi lubuk judi...hang suruh Barisan NAJIS haramkan judi di seluruh Malaysia!!! Toto, 4D, Magnum, Loteri - HARAMKAN. BODOH!!!!

    ReplyDelete
  6. Kalau dh munafik tu munafiklah jgk..kali ni pi lah bagi lagi duit kt Azhar tu..

    ReplyDelete
  7. Barangkali yang dimaksudkan dengan Utusan Zionis ini adalah negeri Pulau Pinang jadi lubuk judi yang tak berlesen dengan kerajaan. Padahal syurga perjudian terbesar yang berlesen di Malaysia terletak di negeri Pahang! Itu baru yang berlesen, yang tak berlesen pula barangkali lebih banyak tapi sengaja disembunyikan daripada pengetahuan umum. Apa-apa hal pun oleh kerana akhbar yang melaporkan berita itu setaraf dengan akhbar Haaretz, Yediot Ahronoth dan sebagainya maka lebih kita jangan mempercayainya kerana dikhuatiri akan merosakkan rasionalisma kita.

    ReplyDelete
  8. Buat Anon 8:44 am tu..

    Hang faham atau tak apa yang aku sampaikan tu.. bukan bukan mempertikaikan kerja polis..

    ReplyDelete
  9. Kepada anon 12.56am...

    Yang menjadi persoalannya ialah kenapa UMNO bersikap munafik dan juga double standard.. andaikan semua negeri dibawah UMNO tidak ada aktiviti perjudian, tidak menjadi kehairanan jika UMNO bangkitkan soal berjudi ini. Apalah Pulau Pinang jika hendak dibandingkan dengan negeri-negeri lain terutama Pahang yang ada aktiviti perjudian.

    Sukar untuk menyekat aktiviti perjudian jika hanya negeri sahaja yang berusaha sedangkan kerajaan persekutuan tidak ambil peduli.. sama seperti kes curi pasir di Selangor, Jika harapkan kerajaan pakatan memang tak selesai. Polis (dibawah kuasa persekutuan) juga perlu bertindak.

    anda fikir-fikirkan sendiri anon..

    ReplyDelete
  10. Encik Anak Sungai Derhaka.. Anon 8:44 am tu dia bukan tak paham.. tapi sebenarnye Anon 8:44 am tu tak abis sekolah dulu.. tu pasai la jadi pencacai pengangkat najis gerombolan UMNO

    ReplyDelete
  11. Duit warga emas pun UMNO nak sapu? Wow...very low class!

    ReplyDelete
  12. yang aku tahulah kalau haram masa mana pulak taukeh tu nak bg duit pd kjaan ngr.. nama pun judi tak berlesen..

    kalau melayu dah naik kapal main judi mana pegi nya hujah melayu pp ketinggalan dlm ekonomi...

    Manifesto - ekonomi berkembang tu lah LGE bg duit tu.. naik bas free menyeberang jembatan.. naik kan elaun kafa.. mcm mcm lg

    Ada kjaan ngr BN yg bg duit mcm LGE... oops ada... masa praya kod?? Logiknya mcm ni lah klau LGE boleh bg rm100 pd semua warga mas mungkin tak de masallah nak bg pd yg sgt memerlukan...

    Laaayaaaan

    ReplyDelete
  13. penyokong umno memang boduss,jahil murakab

    ReplyDelete
  14. umno bodusss,jahil murakab

    ReplyDelete
  15. polis, kastam, jpj dan banyak lagi penguatkuasa termasok hakim semuanya terletak dibawah kementerian kerajaan pusat yang merentah negara malaysia,sepatutnya orang umno/bn rasa malu sekiranya ada perjudian yang tak berlesen dibiarkan berluasa walau pun berlaku dinegeri pr merentah kerana kuasa mutlak terletak kepada kerajaan pusat.

    ReplyDelete
  16. Ada anjing bodoh sedang menyalak.. kah..kah..kah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post