KEADILAN menang kerusi pertama DUN Krian

SARATOK: KEADILAN berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri N34 KRIAN dengan memperoleh majoriti kira-kira 3,000 undi.

Keputusan tidak rasmi itu diumumkan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali, di laman twitternya.

Kerusi berkenaan yang ditandingi empat penjuru, menyaksikan Calon KEADILAN, Ali Anak Biju menang di 45 peti undi dan hanya kalah di tiga peti undi sahaja.

Beliau menewaskan Liman ak Sujang dari SNAP, Datuk Peter Nyarok ak Entrie dari BN-SPDP dan Banyi ak Beriak (bebas).

DUN Krian mempunyai kira-kira 10,800 penggundi dengan lebih 90 peratus pengundi adalah dari kalangan kaum Iban.

DUN ini terletak dalam Parlimen Saratok.


Azmin, sebelum ini berkata, selepas berkempen di 61 kawasan yang melibatkan 250 rumah panjang di kawasan Krian, sambutan daripada masyarakat terutama kaum Iban terhadap KEADILAN dan Pakatan Rakyat adalah di luar jangkaan.

“Kita Optimis KEADILAN akan menawan DUN Krian pada pilihan raya kali ini,” katanya sebelum ini


Keadilandaily

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. PKR perlu memberi segala bantuan segera seperti buat jalan , titi kelinik persendirian dan sebagainya, bukan hanya air lior saja. Segala sponsor perlu dicari dan segala kewangan mesti diperuntokan.Jadikan ia dun contoh .

    ReplyDelete
  2. Jangan lupa juga berikan geran tanah kaum Iban di Krian dengan kadar segera! Sebab isu tanah yang disensaikan...beruntunglah orang-orang Krian?

    Semua bantuan tuan2 dan puan2 sila ajukan kepada KERAJAAN PKR SELANGOR...jangan berurusan dengan kerajaan Sarawak.HARAP MAKLUM.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post