Kerana UMNO, Negara dah jadi negara tak berakhlak’

KUALA LUMPUR, 6 April — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata Malaysia kini seolah-olah sudah menjadi negara yang “tidak berakhlak dan tidak bermora”l apabila ada pihak yang sanggup membenarkan rakaman dan gambar pelakuan aksi seks didedahkan kepada umum menerusi media.

Tegas Harussani, tindakan pihak tertentu termasuk media arus perdana menyiarkan gambar aksi seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang bertentangan dengan Islam.

Selain itu, tambah beliau, tindakan mengaibkan seseorang melalui pendedahan rakaman video seks adalah haram di sisi Islam.

“Buka rahsia dan aib orang adalah haram, kalau nak tuntut keadilan tuntut di mahkamah... bukan dengan dedahkannya kepada umum.


“Negara sekarang dah jadi negara yang tak berakhlak... dah jadi tidak bermoral, kenapa jadi macam ini? Kalau nak bawa ke mahkamah, tapi sekarang pun kita belum dapat pastikan lagi siapa dalam video itu,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Justeru beliau menggesa agar semua pihak berhenti daripada membangkitkan isu itu.

“Hentikan, hentikan... buat apa nak cakap benda aib orang lain ini. Buktikan di mahkamah kalau nak cakap, biar mahkamah tentukan.

“Tapi ia belum pasti boleh buktikan kerana orang yang buat pertuduhan kena bawa empat orang saksi kalau tidak dia boleh dikenakan hukuman qazaf iaitu sebat 80 kali, benda ini tidak jelas... saya dah tengok akhbar hari ini, gambar lelaki dalam video itu tidak jelas dan tiada siapa yang boleh buktikan ia adalah Anwar,” katanya.

Rakaman video seks itu dipertontonkan kali pertama kepada media di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Sejak kelmarin rakaman video seks yang didedahkan “Datuk T” tersebar dimuatkan dalam YouTube dan beberapa blog pro-Umno.

Klip itu yang panjangnya 107 saat menunjukkan dua lelaki dan seorang wanita berada di sebuah bilik sebelum aksi seks dengan pelacur berkenaan, didakwa dari China.

Rakaman asal yang dipertontonkan kepada media di hotel Carcosa Seri Negara dua minggu lalu dilaporkan panjangnya 21 minit.

Klip video hitam putih itu turut membawa jalur warna putih di bahagian bawah dengan tulisan Thailand, yang tidak terdapat pada rakaman yang didedahkan kepada media sebelum ini.

Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dilaporkan mengakui diri mereka sebagai “Datuk T” - menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks itu.

Sementara itu, Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid berkata, pendedahan dibuat “Datuk T” itu adalah satu fitnah dibuat dengan tujuan untuk menjatuhkan imej Anwar yang juga Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh.

“Ini adalah satu fitnah, betapa rosak moral orang Islam di Malaysia... fitnah telah berleluasa.

“Sepatutnya kita tahu bahawa fitnah dosanya lebih besar daripada membunuh, negara sudah jadi porak-peranda kerana fitnah yang dibuat ini,” katanya. Malah Persatuan Ulama Malaysia (PUM) juga menyifatkan tindakan pihak tertentu termasuk media arus perdana menyiarkan gambar aksi seks yang dikaitkan dengan Anwar bertentangan dengan norma masyarakat Melayu dan Islam.

Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Md Nor berkata, pihaknya kesal dengan tindakan itu dan menyifatkan langkah tersebut berniat jahat dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya.

“Atas nama apa alasan sekalipun penyebaran ini adalah satu tindakan jahat, fitnah dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya malah menyalahi etika kewartawanan yang serius.

“Trend membuka aib dan menyebar fitnah bukan norma budaya Melayu Islam, malah menyalahi undang-undang dan etika mana sekalipun di dunia ini,” katanya.


The Malaysian Insider

8 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. salam,..
    jika begitu mengapa masih bersama dengan kerajaan bn tan sri?..tidakkah itu bersubahat sama?..ajaklah teman2 mufti seluruh malaysia letak jawatan..kerana tidak mahu bersubahat dengan kemungkaran..!!..takut? ..gaji hilang?..risau tak makan?..rezeki siapa yang kasi?..bn ke?..jangan cakap ajer..tak berakhlak..lihat akhlak diri sendiri dulu tok mufti?sekarang...apa lagi bertindaklah...ade berani ke??

    ReplyDelete
  2. Saya cuma pemerhati perkembangan politik semasa negara kita - bukan ahli mana2 parti politik. Tapi saya hairan kenapa alim ulama kita tidak bersuara sedikit pun bila DS Najib dan DS Rosmah dituduh terlibat secara langsung dalam kes pembunuhan Altantuya.

    Tidak ada pun kecaman, nasihat dan sebagainya daripada mana2 mufti atau ulama tersohor yang secara terbuka mengecam tindakan2 pihak2 musuh politik DS Najib. Tuduhan2 yang dilemparkan ke arah DS Najib dan Rosmah bukankah mengaibkan mereka? Jadi bila terkena pada DS Anuar barulah dianggap mengaibkan?

    PAS satu, mufti2 pula satu dan PUM satu lagi. Bilakah agaknya kita manusia biasa di negara ini boleh memperakukan tentang kredibiliti ulama2 kita? Kepada siapakah yang kita harus bergantung dalam hal2 dan persoalan2 berkaitan agama islam di negara kita ini?

    Ramai orang di Malaysia macam saya yang kini semakin bingung dan tersasul. Tolonglah!

    ReplyDelete
  3. Jangn biarkan kebingungan terus menguasai fikiran anda kerana takut nnti ianya bertukar menjadi kebengongan.. lebih parah jika sampai tahap kebangangan.. Kalau anda masih berada di atas pagar.. kiri buaya berlambang dacing dan kanan kuda berlambang pas, lompatlah ke kuda tersebut secepat mungkin.. InsyaAllah anda akan jumpa ulama2 yang ikhlas dalam menegakkan Islam

    ReplyDelete
  4. Anon 3.17 dan 3.23:

    Nasihat mufti adalah kerana isu ini diketengahkan dalam media ARUS PERDANA dan bukan sekadar dalam internet/youtube. Kes Altantuya TELAH dibawa ke mahkamah, walaupun tiada penyelesaian apabila sampai ke tahap rekod imigresen Altantuya masuk ke malaysia "ditiadakan" @ hilang dan razak baginda dilepaskan tanpa perlu membela diri. Nampak sangat jahil dan amatur sampai nak menyamakan kes video lucah tayangan perdana di Carcosa, Youtube dan Media Arus Perdana dengan kes altantuya di mahkamah. Saya gembira kerana pihak mufti ini akhirnya boleh buka mata dan hati melewati isu-isu yang lebih besar dan bukan sekadar isu yoga, poco-poco, cerita hindustan dan jersi manchester united. Harap-harap para mufti akan nampak dan berfatwa juga tentang isu-isu salahguna kuasa, rasuah, murtad, pembaziran wang rakyat, judi (berlesen dan tanpa lesen), kekejaman, penindasan, penipuan, tahanan tanpa bicara dan banyak lagi isu besar yang amat sinonim dengan kerajaan BARISAN NASIONAL dan UMNO APCO. Faham???

    ReplyDelete
  5. Mufti berfatwa untuk Islam,
    Supaya umat tidak karam,
    Kenapa sekarang baru dikalam,
    Masih takut dengan si putar alam?

    ReplyDelete
  6. Saya sudah taubat......

    ReplyDelete
  7. anaon3.23,
    Saya tak setuju dengan komen saudara. Isu DSN dengan anwar jauh berbeza. anwar di fitnah jelas oleh semua media perdana didalam negara. Najib tak pernah dituduh membunuh Altantuya ataupun dituduh berzina dengan Altantuya...cuba saudara ingat betul2 memang tak pernah...tak pernah dalm media rasmi mana2 parti PR dan lebih2 lagi tak pernah dalam media perdana. Yg rakyat ketengahkan dalam blogsite2 ialah menuntut penjelasan mengenai hubung kait Najib dan Rosmah dalam kes kematian Altantuya. sampai sekarang pun kita tak tahu apakah mtif Azilah bunuh Altantuya.. mustahil orang bunuh ornag lain tak ada motif..tapi itulah hakikatnya di malaysia ni.Razak baginda terbabit secara terus dengan kes Altantuya tapi bebas...dan oleh kerana akrabnya Razak baginda dengan perjanjian jual beli kapal selam dan juga pengelibatan Najib, sebab tu Najib terheret sekali dengan kes Altantuya. Dan oleh kerana soalan2 ini tak terjawab langsung melainkan dengan sumpah laknat Najib (Dlm islam mana ada)yg dia tak kenal Altantuya. Tapi akhbar perancis membuktikan yg Najib memang kenal altantuya. Sekali lagi sya k=nak tegaskan yg Najib tak pernah dituduh membunuh altantuya...Najib tak pernah difitnah... cuma pengelibatan Najib dalam kes altantuya di persoalkan..sampai hari ni tak terjawab. jadi tak perlu mufti masuk campur..sebab fitnah tak berlaku pun...cekup berbeza dengan isu fitnah anwar sekarang ni kan???

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum...

    Saya rasa terpanggil untuk mengulas sama... Kenapa kita nak menghentam ulama-ulama ? Masing2 mempunyai pandangan tersendiri. Dalam Islam pun dah kata yang Halal Jelas dan yang Haram pun jelas, ada di antara keduanya yang mutasyabihat (keraguan)...tinggalkan yang mutasyabihat kerana bimbang jatuh kepada yang haram. Jadi tak perlulah nak mengutuk satu sama lain....Dalam hadis nabi pun ada menyebut. Seseorang saudara yang mengumpat tentang saudaranya yang lain, segala amalannya seperti api yang memakan kayu api. Yang menang jadi arang dan yang kalah jadi abu.
    Hormatilah para Ulama....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post