
Bagaimanapun beliau bukanlah Ketua Pembangkang di Parlimen iaitu Anwar Ibrahim tetapi adalah Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, dan jika ditakdirkan beliau meninggal dunia sekalipun tiada PRK akan berlaku ..
Azhar Dimasukkan Ke Hospital
Oleh WINNIE YEOH
GEORGE TOWN: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim yang sepatutnya menghadiri sidang Dewan pada Jumaat selepas digantung enam bulan dimasukkan ke hospital.
Azhar, 65, dikejarkan ke hospital swasta di Butterworth selepas mengadu sesak nafas di rumahnya di Penaga, awal pagi Khamis.
Beliau dipindahkan ke sebuah hospital swasta di sini beberapa jam selepas keadaannya dilaporkan stabil.
Azhar yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi kemudiannya dipindahkan ke wad pesakit biasa.
"Saya mengalami masalah pernafasan dua hari lalu akibat jangkitan di bahagian paru-paru.
"Saya akan menghadiri sidang Dewan bermula Selasa jika doktor mengesahkan kesihatan saya bertambah baik.
"Jika saya masih belum sihat, Dr Hilmi Yahaya (Teluk Bahang) akan mengambil alih tugas selaku Ketua Pembangkang buat sementara waktu," katanya.
Pada Isnin, Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga tetap mempertahankan pendiriannya untuk mengkritik polisi pentadbiran yang diamalkan pemimpin DAP di negeri itu.
Menurutnya, beliau akan terus mengkritik corak pemerintahan kerajaan negeri yang disifatkan sebagai 'politik perkauman ala Ketua Menteri Lim Guan Eng'.
Azhar turut digantung daripada menghadiri sidang Dewan selepas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Pulau Pinang mendapati beliau bersalah kerana mengeluarkan kata berbaur hasutan dalam persidangan pada Mei tahun lalu.
mStar
Kalau kiok, waris dia boleh dapat wang khairat kematian sebanyak RM1000 dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang? Atau takkan dapat sebab dia tak mau wang yang dikatakan wang judi.
ReplyDeleteItulah wang beribu2 yang telah dikutip katakan nak pulangkan duit judi kpd kerjaan negeri pun tak nampak habuk. Sudah lesap? MACC tidurke?
ReplyDeleteAllah dah bagi peringatan pun masih
ReplyDeletetakbur lagi.Ingatkan nak bertaubat.
Manusiax yang tidak takut dengan
janjix ALLAH!
jenis ni mana reti psl islam, dengar Azan org bersiap2 nak pi masjid, dia ni boleh bantai dok bergelak sambil isap rokok. aku tengok perangai dia masa kenduri umah pak menakan aku. anak aku tanya aku, "dia ni org islam ka abah?" aku jawab " kesiannnn kat dia..."
ReplyDeletenasib baik umprono nie tak jadi yb tempat aku...malu aku dapat yg mcm nie..............
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!