Kisah Sebenar Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee... bacalah...

Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara.

Pembawaan carita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut.

Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.(gambar sekolah Al-furqan, tempat kejadian )


Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti, “Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )

“Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” – JPM Malaysia -

Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut. Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku.

Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.

CERITA SEBENAR

Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh ‘membunuh’)menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebanar kejadian.

“ adik saiful(arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis(gambar hadiah yang dimenangi).

Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal diasrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7.

Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian.

Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang.

Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan. Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan.

Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil.

Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang.

Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.

Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi kehospotal, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.

Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8pagi hari ahad.” Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h.

Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai kerumah Abang Zamri(ayah angkat adik saiful).

Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful.

“ dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri.

Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa.

Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang. ( gambar Abang Zamri, senyum tanda terima kasih ) Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi.

Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul.

Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporanforensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak.

Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meniggal akibat kekurangan oksigen.
Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan.

Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya.

Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’ peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga berat sebelah.

Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.

GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat.

GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutunya kepada yang zalim.



Rombongan GAMIS kerumah arwah adik saiful, bergambar bersama abang zamri

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia

37 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Begitu ketakutan media UMNO, asal ada kaitan dengan Ustaz maka bagi mereka adalah kaitannya dengan PAS. Hentam secukup2nya dan burukkan sehabis2nya semata2 nak burukkan PAS. Aku masih ahli UMNO tapi bukan penyokong UMNO lagi. Anak aku pernah belajar di Tadika KEMAS 4 bulan tapi tak pandai apa pun kecuali menyanyi. Tapi bila aku masukkan ke PASTI, bukan setakat pandai 3M malah pandai pulak baca doa dan solat. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. Tu dia..kena tang depa, " jangan libatkan politik melampau dalam kes ini". Kena tang pihak seberang jerit sampai nk kuar anak tekak..dasar hipokrit dan politik melapau dari PAS...ahakksss..kena pihak dia , yg salah pon betuiiii noo..

    ReplyDelete
  3. tapi kenapa pulak uztaz tu ikat tangan budak tu. kalau betul la dia mencuri, takkan sampai macam tu sekali. lagi satu, kurang oksigen pada otak arwah, takkan korang nak kata arwah cekik leher dia sendiri sampai mati?

    ReplyDelete
  4. bila polis tembak mati arwah Aminulrasyid dulu, atas bawah depan belakang dia kena balun. tak cukup dengan tu saja, KPN, PM, kerajaan semua kena hentam. padahal, waktu tu arwah boleh la dikatakan bersenjata (kereta yang dipandu dalam keadaan merbahaya).

    sekarang ni bila kena batang hidung sendiri, boleh pulak cakap;

    "Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’ peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga berat sebelah."

    padahal waktu tu arwah sehelai sepinggang je, berhadapan dengan manusia yang jauh lebih tua dari dia. Masya Allah, tobat la pakcik2 PAS oi....

    ReplyDelete
  5. yang memfitnah akan menerima habuannya di saat kematian, di dalam kubur, di Padang Mahsyar dan juga di Neraka. Jika dulu fitnah disebar dari orang ke orang tetapi hari ini fitnah disebar ke berjuta orang hanya melalui mass media! Kesian pd yang memfitnah akan azab yg akan ditanggungnya nanti...... wallahualam

    ReplyDelete
  6. Apa pun utk seorang USTAZ berumur 26 TAHUN mengikat tangan dan mengurung seorang BUDAK berumur 7 TAHUN.. telah menunjukan sesuatu yang TIDAK BETUL.. Jika ada pihak masih MEMPERTAHANKAN tindakan USTAZ ini amatlah menyedihkan kerana ini menunjukkan sesuatu YANG LEBIH TIDAK BETUL.. TANGUNG JAWAB KITA MENDIDIK dan MELINDUNGI anak2 ini.. jgan lupa tangungjawab haya kerana mahu berpolitik..

    ReplyDelete
  7. At least media arus perdana x hentam kaw2 kes nie. Dan tiada pn pemimpin politik BN yg menyalahkan Parti Pas 100% dlm kes nie. Bayangkanlah klu kes ni terjadi di sekolah kerajaan, MasyaAllah..xtaw la apa nk kata.. Pasti hari2 memekik yg bkn2. Ntah2 dh bt demontrasi suruh tubuh suruhanjaya diraja.

    ReplyDelete
  8. sudahla BN, penjajah bangsa.. kasi org len la pulak memerintah.. serabutla pencacai UMNO semua nie..aku x nk dgr cerita merapu korg..

    ReplyDelete
  9. alah cerita nak nak bela sapa nie??

    ReplyDelete
  10. kes macam ni pun nak masuk politik jugak ker?? ramai betoi yang jadi penagih candu politik hari ni, bawak2 berubat la melayu oii, tak kira la dari UMNO, PAS atau PKR sekalipun..

    ReplyDelete
  11. ALJUBURI
    Huahahaha..begitu la kisahnya para Pengikut wali trompah membenarkan apa jua juak2 pakatan mereka lakukan, waima membunuh sekali pon halal bagi mereka tetapi tidak pada sedara sebangsa & seagama yang tidak sealiran parti dgn mereka..Masa polis tembak arwah budak yg nyata membahyakan keselamatan awam..bukan main kecoh seluruh negara di gegarkan oleh juak2 parti sesat ni, tapi bila kena kat batang hidung sendiri, sentiasa mencari jln untuk menghalalkan.

    ReplyDelete
  12. Kepada para penduduk malaysia berhati hati dgn media kerajaan umno bn apco mereka biasanya mudah memutar belit cerita yg sebanar. Mereka ada lah berita penipu politik umno bn apco.

    ReplyDelete
  13. Tetapi kes polis tembak mati arwah Aminulrasyid dgn ustaz mana lebih kejam. Polis tlh beri latian secukup cukupnya.

    Isu yg perlukan dibincang ialah certia yg tidak benar diada adakan.

    Kematian arwah saiful tidak ada kesan lebam jd kemungkinan disbbkan oleh sawan (kurang oksigen- bukan didera atau dipukul) . Kesilapan ustaz mengikat tgn dan mengurungnya terlalu lama Ustaz tersebut tidak berada di tempat masa

    kes arwah amirul dikepong ditembak bertalu talu sdgkan tidak ada tembak balas...

    Lu fikirkanlah sendiri.. sbg PM sepatutnya mempertahankan arwah amirul dan kenyataan KPN yg mempertahan Polis..

    ReplyDelete
  14. hmmmm, tak habis2 dgn cerita2 dusta, fitnah dan mcm2 lg..... aku dh jemu bebeno dgn puak2 umngok ni...

    ReplyDelete
  15. Tolonglah letak politik sebelah dalam kes ini....

    aku pun tertanya-tanya kenapa ustaz tu ikat tangan arwah dan tinggalkan dia 2 jam, budak tu 7 tahun je!!!1, tak betul tu. Aku pun tertanya Ustaz tu terlatih tak utk jadi cikgu di sekolah? ......kita tunggu siasatan polis.

    aku pon tak setuju media mensensasikan (mungkin sampai fitnah) berita utk lariskan jualan paper dia orng.

    ReplyDelete
  16. Di kurung dalam bilik sehingga mati? Ya Allah kesiannya. Cuba bayangkan, Pelajar tu baru 7 tahun sudah tentu bermacam-macam perkara yang menakutkan bermain di dalam minda beliau apabila dikurung sedemikian. Ada kemungkinan juga beliau menangis lalu memanggil-manggil nama ustaz itu dengan suara yang pilu dan mendayu-dayu penuh hiba, meminta tolong untuk dibebaskan, memanggil-manggil nama mak beliau yang telah meninggal dunia untuk datang menolong,tetapi tiada sesiapa yang datang menolong, sebagai usaha beliau mungkin mengetuk-ngetuk pintu, menendang-nendang pintu dan mungkin berusaha untuk keluar seperti memanjat lalu jatuh kepala dulu dan berlakulah pendarahan dalam otak.
    Kesian betul.

    Maaf zakap, perbuatan mengurung kanak-kanak seusia itu boleh dikatakan tidak berperi kemanusiaan dan tidak boleh dimaafkan.

    GAMIS, usahlah nak membela ustaz berkenaan, cuma nasihatkan beliau supaya bertaubat dan membayar ganti rugi kepada keluarga murid berkenaan.

    ReplyDelete
  17. jgn asyik nak berpolitik ja,serahkan aja kes ni kepada pihak polis..semoga kebenaran dapat ditegakkan,keadilan diberikan kepada yang berhak...apapun saya tak setuju dengan perbuatan yang dilakukan oleh ustaz tu.cuba bayangkan budak baru berumur 7 thun dilakukan sedemikian,sepatutnya budak tu dididik,diberi kasih sayang dan asuhan,,bukan dilayan seperti tahanan didalam ISA...pikir2kan la..kla perkara begitu terjadi keatas anak kita...

    ReplyDelete
  18. saya nak beri komen sikit ikut akal fikiran dan bukan ikut perasaan/ parti politik.

    1) Tindakan ikat tangan dan kurung budak 7 tahun tidak bagus dari segi psychology - jadi ustaz tu mungkin perlu diberi kursus utk jadi cikgu yg lebih baik

    2) cerita versi GAMIS ini ada yang tak logiknya. kita tahu report post mortem mengatakan cause of death adalah kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak.
    cerita versi GAMIS ini ada menyebut arwah dijumpai dalam keadaan menggigil ? mungkin tengah sawan.
    Dari segi perubatan sawan boleh disebabkan oleh kecederaan/ pendarahan dalam otak. Tidak semestinya tiada lebam tiada berlaku penderaan. How do u explain pendarahan dalam otak tu? adakah arwah menghantuk kepala beliau sendiri ke dinding???? I doubt it. Walaupun kedengaran kejam, cerita dari media lebih logik dari cerita versi GAMIS. wallahualam.

    ReplyDelete
  19. pembetulan..dia bukan mengurung..dia meletakkan arwah di bilik dia yg ada katil semua...bukan di kurung dalam bilik serupa jail...dan ustaz tu ikat tangan budak tu sekejap je pun.bukan nye dia tak buka ikatan tu masa arwah tu di kunci dalam blik..dan arwah dalam bilik tu hanya 2 jam sahaja..cube la baca betol2 pd yg nk wat analisa..

    ReplyDelete
  20. kalau dah tak beri keluar bukan kurung namanya? dalam artikel tu pun berkali-kali sebut kurung and ustaz tu pun pegi mintak maaf dgn keluarganya ckp dia kurung (bukan saya ckp artikel ckp). saya sudah baca dengan teliti.

    kalau ye pun nak bela ustaz tu jgn bremosi sangat. sila baca dan analisa dengan fikiran terbuka. awak ada ke dekat situ kata ustaz tu ikat tangan tu sekejap saja? kalau kita tak tahu baik jgn komen. komen hanya pada fakta. faktanya adik saiful mati kerana kekurangan oksigen dan pendarahan otak. Kenapa tiba-tiba pendarahan otak boleh terjadi?? terhantuk kuat/dihantuk ??? wallahualam.

    ReplyDelete
  21. parti politik tidah wajar dilibatkan dalam hal ini. biarlah ustaz itu diadili seadilnya. bergelar ustaz tidak semestinya tiada cacat cela. mungkin ada masalah mengawal emosi dan sebagainya. kita cuma manusia biasa.

    ReplyDelete
  22. Ala...apa nak di bincang kan. Ini kan kes bunuh. Biar polis jalankan tugas la. Lu siapa?

    ReplyDelete
  23. slm semua ..walau apapun yg terjadi semua adalah ketentuan Allah
    so jgn judge terlalu awl..kt tidak tahu situasi sebenarnta
    hanya Allah yang mengetahui

    ReplyDelete
  24. nak tau jugak depa kata bilik tu merangkap bilik tidur ustaz tu..lao sesak nafas kerana bilik tu myb xmunasabah coz ustaz tu pun akan sesak nafas masa tidur..ape yg terjadi masa tu allah jer yg tahu..

    ReplyDelete
  25. bodoh mcm tenuk sapa sokong perbuatan ustaz ni termasuk penulis blog ni,GAMIS,org tukang share link, n MAnGKUK2 PUAK PAS,PKR, DAP UMNO MCA MIC! ni Bukan BODOH dah..Ni TAHAP BANGANG MCM LEMBU! Kalu mangsa tu adik aku Sorang2 aku cari yg bg komen BANGANG KT CNI..Aku bg penyepak!!! OTAK TAHAP TENUK...

    ReplyDelete
  26. Tahniah.... melayu vs melayu, keep it up.

    ReplyDelete
  27. Orang PAS ni kalau babi pakai logo Pas pun dia sokong. Kalau dah ustaz tu boleh disabitkan dengan kematian budak, biarlah dia bertanggungjawab. Ada pulak yg tolol nak tolong bela buat apa. Biar Polis siasatlah. Sejak bila penulis ni jadi penyiasat persendirian. Ada ka boleh ikat tangan budak umur 7 tahun sebab dituduh mencuri. Otak tak ada ka?

    ReplyDelete
  28. Kita berbalik kpd isu artikel iaitu cerita sebenar telah ditokok tambah.. semasa dibaca pertuduhan situduh tidak membuat sebrg pengakua..

    Dan sy yakin TIDAK ADA SESIAPA PUN yg sokong perbuatan ustad ini

    Saya percaya ustad ni terlalu komited dgn tgg jwb nya dan apabila perkara ini terjadi maka diluar kawalan.. itu sbb kita susah nak cari guru atau ustad yg betul betul komted..

    ingat tak.. pernah seorg cikgu di marahi kerana menghukum murid nya rendam dlm kolam berjam jam... Akhirnya murid murid tu sendiri yg minta maaf krn guru terbbt mmg bagus..

    Ada dua tiga kes anak mati dlm kereta yg ditutup tingkap dimana ibu atau bapa terlupa Berapa ramai ibubapa yg kurung anak dlm rumah sesama cuti sekolah??? Pernah satu kejadian 2-3 anak mati dlm kebakaran..

    Sekali lg kematian arwah sgt sgt dikesali... satu pengajaran yg mahal utk kita semua,,

    ReplyDelete
  29. Nak tanya sikit pada yang buat komen di sini...sedap sangat bercakap masing-masing tu.
    KAMU SEMUA ADA TENGOK KE KEJADIAN TU SAMPAI BERTEKAK MACAM ORANG KURANG SIUMAN NI.

    ReplyDelete
  30. Klu kena kt batang hidung pnulis sndri, bru tau lngit tggi rndah!!time tu ko nk slahkn sape plak??

    ReplyDelete
  31. Sila baca dengan jelas , Ustaz tersebut letakkan murid tersebut di bilik ia sendiri dan tali pengikat tangan telah dibuka sebelum ia tinggal murid tersebut di bilik tersebut.

    Jika kata jangan bersuara sebab tiada di tempat kejadian maka jangan pula menghukum,ada kat tempat kejadian juga ke?

    Laporan surat khabar sekadar menulis,surat khabar ada tunjuk print skrin laporan kematian?

    Laporan surat khabar yang mengatakan ada pukulan , adakah penulis surat khabar tersebut ada tunjuk laporan kematian yang mengatakan kematian akibat dipukul?

    Laporan kematian belum disiapkan tapi surat khabar dah tulis dulu.

    Kepada yang menghukum ustaz tersebut sebagai pembunuh kena ingat di AKHIRAT akan bertanggungjawab atas kata-kata.

    ReplyDelete
  32. oohh.. mcam tu rupenye.. baru tahu.. ustaz ni di fitnah la plak...

    ReplyDelete
  33. aku heran masa teoh beng hock mati ... pemimpin pas siap pegi tahlil pegang lilin lagi .... eemmm si nizar .... tapi dalam kes ni tak nampak plak pemimpin pas sibuk sedangkan ini berlaku disekolah kelolaan pas ... tapi aku respek lah dengan pas perlis pasal berani minta maaf kejadian ni berlaku ... pemimpian pas yang lain buat buta jer ... tak lah bising macam time cina yang songlap duit kontraktor melayu tu mati kat pejabat SPRM !!!!

    ReplyDelete
  34. tak logik langsung cerita kat atas...saya doktor pun tahu....adik tu dahlah no known tu have epilepsy aka sawan.... hanya kalau kepala die dihentakkan jer baru berlaku pendarahan.. ramai patient saya kene sawan tapi x de sampai kena pendarahan otak... fikirlah secara logik..

    ReplyDelete
  35. apa2 pn media perlu lebih bertanggungjwb dgn statmnt yg d keluarkan..jgn dok mereka2 cerita,media..jgn jdkan isu ini sbgai medan untuk mghentam pihak2 tertentu..kalau cerita yg hangpa buat tu x betul jwbla d sana nnt..

    ReplyDelete
  36. pas sdng berjinak2 utk jd pembunuh...

    ReplyDelete
  37. allah maha besar. hanif @ child killer kene 30 tahun.
    allah masih kesihan kan dia. kalau tidak elok di rejam sampai mati.
    allahuakbar!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post