Kritik Hadi : Pemuda PAS ‘jangan naik minyak’ - Aziz Bari

KUALA LUMPUR, 20 April — Prof Abdul Aziz Bari menasihatkan Dewan Pemuda PAS supaya tidak “mengamuk dan naik minyak” ekoran pandangannya bahawa Presiden mereka Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini dilihat sebagai liabiliti kepada parti komponen Pakatan Rakyat itu.

Justeru tegas penganalisis politik ini, Dewan Pemuda PAS khususnya kepimpinan Wilayah Persekutuan seharusnya memastikan kemenangan pemimpin yang mereka fikir baik.

“Dewan Pemuda PAS Wilayah (Persektuuan) tak perlu melenting. Mereka kena faham konsep dan implikasi kepemimpinan dalam politik moden berperlembagaan hari ini,” kata ahli akademik ini.


“Mungkin Dewan Pemuda Wilayah berasa PAS sekarang hebat. Itu hak mereka. Tetapi tak perlulah mereka mengamuk.

“Saya fikir elok mereka bekerja untuk memastikan kemenangan pemimpin yang mereka fikir baik,” kata beliau dalam satu kenyataan balas hari ini.

Semalam, pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Herman Samsudeen turut menyanggah pandangan Aziz sambil berkata, jika benar beliau menjadi liabiliti, sudah lama PKR dan DAP telah memutuskan hubungan dengan PAS.

“Selain itu, pandangan Aziz yang asyik mengulang isu kekalahan PAS di Terengganu pada 2004 untuk memalukan presiden PAS tidak ubah seperti pandangan budak tadika sahaja.

“Ia jelas menunjukan kelemahan bacaan politik beliau yang mana, di bawah kepimpinan Presiden hari ini, PAS berjaya menguasai dua negeri iaitu Kelantan dan Kedah walaupun gagal menguasai Terengganu pada 2008, malah jumlah kerusi PAS di Parlimen pada 2008, bertambah tiga kali ganda iaitu 24 kerusi dari tujuh kerusi pada 2004,” katanya.

Sebagai presiden kata beliau, keupayaan prestasi beliau dilihat berdasarkan keupayaan parti di seluruh negara bukannya di Terengganu sahaja.

“Dan, ia sudah cukup membuktikan kebangkitan semula kepimpinan PAS di bawah presiden,” katanya.

Kata beliau, Aziz juga kelihatan agak bingung ketika mendakwa Hadi adalah punca kegagalan 16 September.

“Di tadika manakah fakta ini diperolehinya? Adakah beliau ada membuat kajian ilmiah tentang hal ini sebagai profesor atau sekadar menggantungkan lidah beliau pada hujahan berasaskan persepsi.

“Nampaknya beliau sengaja mengkambinghitamkan presiden PAS dengan pelbagai tuduhan liar, hanya untuk melampiaskan nafsu amarahnya yang tidak ketahuan punca,” kata beliau lagi.

Pemimpin-pemimpin PAS mempertahankan kepimpinan Hadi sambil menegaskan pemimpin veteran itu bukan liabiliti kepada parti Islam sepert didakwa Aziz.

Sebaliknya, mereka sebulat suara berkeyakinan Hadi yang telah menerajui PAS sejak 2002 masih releven untuk menjadi pemimpin nombor satu parti itu ekoran kejayaan yang telah dicapai semenjak mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan at-Tantawi pula berkata alasan yang diberikan Aziz itu adalah perkara yang akan sentiasa dibangkitkan setiap kali menjelang pemilihan parti itu.

Dalam kenyataan hari ini, Aziz juga berkata, ramai yang akur bahawa ruang yang ditinggalkan oleh Fadhil tidak dapat diisi oleh Hadi.

“Fadhil hebat kerana beliau meninggalkan landasan yang hari ini menjadi asas Pakatan Rakyat. Sebaliknya, Hadi mempunyai imej yang berbeza. Walaupun belum ke tahap meninggalkan Pakatan golongan ini sudah pernah mengungkit kedudukan mereka dalam Pakatan,” kata beliau.

Oleh itu kata beliau, mereka yang mahu perubahan dalam negara perlu menyokong perubahan dalam PAS.

Katanya, perubahan dalam negara sukar untuk berlaku tanpa sistem dua parti yang mantap. PAS di bawah Hadi tidak peduli konsep ini.

“Meskipun Hadi dan kumpulannya menjerit-jerit untuk menggantikan Umno mereka tidak bekerja untuk membina sebuah sistem yang perlu ke arah itu. Sebab itu Umno senang dengan mereka,” katanya lagi.

Aziz berkata, sesiapa yang berjawatan dalam politik perlu akur bahawa prestasi mereka sentiasa dinilai dan dikritik.

“Siapa raja, baik putera raja, ulama, cendekiawan dan lain-lain, perlu akur bahawa mereka tidak lagi kebal dari penilaian dan kritikan,” katanya lagi.

Aziz menambah, “komen saya mungkin keterlaluan bagi mereka” tetapi bagi mereka yang prihatin tentang perlunya perubahan, komen itu boleh dipertimbangkan.

“Komen saya berdasarkan pemerhatian dan suara yang dizahirkan oleh pemimpin dan ahli parti. Saya tak perlu dedahkan siapa mereka. Itu kerja parti, termasuk Dewan Pemuda Wilayah, untuk menyiasatnya,” katanya lagi.

Soal Aziz, jika Presiden Umno boleh dikritik, mengapa tidak Presiden PAS.

“Lagipun PAS sudah mendakwa yang ia bersedia mengganti Umno. PAS juga mendakwa ia parti untuk semua, termasuk orang bukan Islam.

“Dengan itu PAS perlu inklusif, bukan eksklusif. Mengamuk dan naik minyak bila dikritik bukan ciri parti politik,” katanya.

Aziz juga berkata, beliau tidak mengkritik Hadi atas dasar peribadi, sebaliknya mengkritik prestasnya kerana ingin melihat PAS parti penting.

“Ia bukan sahaja parti utama Pakatan Rakyat tetapi ia parti yang senior dan mempunyai banyak ahli, khabarnya sejuta. Ertinya PAS parti terbesar dalam Pakatan Rakyat,” katanya.

Sebab itu katanya, Umno sentiasa gelisah dengan PAS dan cuba mencari jalan untuk menggoncang kesetiaannya dalam Pakatan Rakyat.

“Sikap dolak dalik Presiden PAS dalam isu 16 September semua orang tahu. Begitu juga dengan gagasan kerajaan perpaduan,” katanya.

Aziz juga mengaitkan kritikan terbaru ini dengan prestasi parti-parti komponen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya negeri Sarawak, Sabtu lalu.

“Cuba bandingkan perancangan DAP di Sarawak. Mereka bekerja sejak tahun yang lalu. Saya rasa PAS tidak berbuat begitu.

“Mereka sepatut menang di Beting Maro. Dalam soal ini, siapa yang patut menanggungnya?” katanya.

Beliau seterusnya memberikan analogi “jika pemain gagal bermain dengan baik pasti ada yang tidak kena dengan sistem permainan dan taktik yang dipakai.”

“Dan, siapa yang hendak dipersalahkan? Jawabnya jurulatih atau pengurus pasukan. Kita akur bahawa menukar ketua tidak semestinya menghasilkan keputusan yang positif.

“Tetapi kita mesti mencuba. Kita tidak boleh mengekalkan pengurusan yang prestasinya hambar,” katanya lagi.


The Malaysian Insider

11 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. saya amat bersetuju dengan ulasan prof aziz beri.saya juga menyeru kepada ahli dan pemimpin PAS yang syok sendiri tu bermuasabah jangan dok ghah dengan ahli yang banyak tapi dok takuktu juga minda mereka berubahlah mengikut aliran masa kalau hendak ambilalih PUTRAJAYA.

    ReplyDelete
  2. Saya setuju pendapat Aziz. Hadi masih ingin bersetubuh dgn UMNO.

    ReplyDelete
  3. hai aziz nie ..nak bodek pun bertemapt la...dap dan pkr nak gunakan pas nie untuk kepentingan mereka dan memecahkan undi non chinese.pastu bersahabat baik pulak dengan anwar yg sah sah akhlaknya hancur.lebih teruk dari orang munafik.inilah berkat semayang hajat orang pas.akhirnya video yg selama 20 mint dan jam omega itulah penamat bagi anwar.tabkbir!

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Saya menyokong pandangan Dr aziz Bari, supaya pemuda pas tidak melenting dalam pandangan beliau tentang presiden PAS TGHH. Tetapi saya amat tak bersetuju jika dgn alasan kekalahan pilihanraya, maka presiden PAS perlu ditukar.Aziz Bari berhak memberi pandangan, dan DPP AS mestilahlah menjawabnya dengann gay ilmiah.Baca dan teliti bagaiamana TGNA telah melontarkan pandangan beliau dalam isu ini.Tetapi saya merasa bimbang, kerana muktamar semakin hampir, maka isu2 sebegini mula kedengaran.Pimpinan PAS harus menangani persoalan ini secara bijak, jangan diberi ruang sedikitpun,kepada musuh untuk memanupulasikan isu2 ini. Mintak tolong kepada pimpinan,jangan celupar mult ketika berhadapan dengan reporter musuh, seperti utusan lucah,berita hairan dan sekutu2 ahzabnya.Adalah lebih elok anda berkata "no komen" atau lebih tepat lagi, jangan layan terus surat khabar2 itu.Anda akan untung dan PAS tak aakn rugi satu uit pun.Saya suka dengan jawapan Datuk Husam musa,ketika memberi ulasan baru2 ini, ringkas, padat dan tidak peluang untuk dimanupulasikan.Cukuplah buat kesilapan bodoh, kita dah hampir PRU 13, kasihanilah penyokong yang berjuang sejak dulu lagi, tanpa penat lelah, menghabiskan harta benda, demi untuk islam.Saya menyeru kepada pemimpin yang gatal hendak bercakap depan wartawan, bercakaplah depan cermin ,rakam, dan anda palay dan hayatilah suara anda sendiri.Usahlah dilayan kerenah Dr Aziz Bari, selama ini pun saya lihat tiada yang membanggakan dari statement dan ualasan beliau dari sudut undang2.

    ReplyDelete
  5. anon 10:42,

    lau berhujah semata2 nk tunjuk kebodohan, baik la duk diam2...

    malu la wei Malaysia ade rakyat mcm ko..patot Malaysia makin lama makin jauh ketinggalan...

    ReplyDelete
  6. Abu Abdurrahman Kg JawaApril 21, 2011 at 12:14 AM

    Mungkin tak ramai yang berani bersuara dan berpendapat seperti Dr Aziz Bari. Tahniah dan terimakasih.

    Bagi kami yang tidak bersuara (atau malas untuk melayan karenah) ini juga mempunyai pandangan bila melihat tindak-laku pemimpin-pemimpin muda PAS ini. Kami cintakan Islam tapi tidak semestinya mencintai pemuda PAS (atau orang lama PAS) yang seperti ini. Bila ditegur melenting gila dan tidak melihat dunia nyata. Perlu lihat seerah (mungkin salah tarbiyyah kot) lagi nampaknya.

    Mesti diingat betul-betul pemimpin-peminpin muda PAS ini juga menawarkan diri secara tidak langsung untuk memimpin negara suatu hari nanti. Kalau sikap macam kebudak-budakan bila menangani isu-isu seperti diketengahkan oleh Dr. Aziz kami pastinya akan 'form opinion' atau mempunyai tanggapan bahawa pemuda Islam dari PAS tidak matang. Bagaimana mahu memimpin negara nanti, atau mahu membawa Islam setinggi-tingginya kalau ini cara mereka berhujjah atau menangani isu-isu yang timbul. Mungkin lebih lunak atau lebih muhasabah diri diambil apa yang diutarakan dan difikirkan.

    *Orang Lama Yang Sayangkan PAS

    ReplyDelete
  7. “Selain itu, pandangan Aziz yang asyik mengulang isu kekalahan PAS di Terengganu pada 2004 untuk memalukan presiden PAS tidak ubah seperti pandangan budak tadika sahaja.

    ========================================

    Kah kah kah...

    Bukankah kita perlu belajar dari pengalaman???

    Agaknya mamat ni tak pernah dengar ungkapan "PENGALAMAN ADALAH GURU YANG TERBAIK!!!".

    Sebagai contoh, dalam iklan mencari pekerjaan kita selalu jumpa ayat, "Calon yang mempunyai kelayakan dan pengalaman akan diberi keutamaan."

    Mungkin pengalaman tak diperlukan oleh mamat pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah.

    Kah kah kah...

    ReplyDelete
  8. Hadi telah jilat ludahnya kembali. Dulu dia kata umno kafir. Sekarang dia tidur pula dengan parti kafir tu.Hadi akan menjahanamkan Pas. Dia adalah sebaris dengan Pak Lah. Kaki tidur dan kuat menyokong fahaman Assabiyah. Memang manusia yang munafik dan tak berguna pada rakyat. Orang hendak manjahanamkan kerajaan yang melakukan maksiat dia pula nak menjadi talian hayat untuk umno untuk terus menyuburkan maksiat dan rasuah. Tak guna punya melayu.

    ReplyDelete
  9. Benar, pemuda PAS mesti reform, jangan harap serban je tebal( bukan niat kutuk serban tp mungkin kerana serban dah berat malas nak bergerak)

    PAS perlu tranformasi bermula dari pemuda//

    ReplyDelete
  10. PAS sebagai parti satu ugama tidak berimej menarik kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya. Sekiranya PAS ingin lebih dari sekadar menjadi jaguh kampung, PAS mestilah menerajui satu parti gabungan yang mantap dan bertanding di atas tiket parti gabungan. Dengan lambang bulan semata-mata, PAS tidak akan mendapat undi besar orang bukan Islam dan tidak juga daripada sebahagian undi orang Melayu. Jagalah dari mimpimu wahai PAS!

    ReplyDelete
  11. Saya sokong sepenuhnya pendapat Dr Aziz.

    Hadi dan Ketua Pemuda Pas patut letak jawatan. Mereka berdua ni memang pemalas. Asyik bagi arahan je.

    Liabiliti kepada PAS.

    Tetap undi PR.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post