
"Sehingga kini kita tidak tahu apa-apa lagi tentang hal ini sehinggalah kita diberitahu hari ini, namun kalau adapun kita akan kekal bersama Pakatan Rakyat," kata Guan Eng ketika ditemui sejurus selepas sidang medianya di Ibu Pejabat DAP hari ini.
Pagi tadi, Harakahdaily menyiarkan laporan kononnya Umno sedang berusaha untuk mendekati DAP untuk dipelawa menyertai BN.
Menurut sumber itu, usaha ini diperhebatkan lagi ekoran kemarahan Umno terhadap MCA yang mengajak masyarakat memboikot lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia.
Ia juga dibuat selepas Umno mendapati pengaruh DAP semakin kuat khasnya selepas pilihan raya Sarawak baru-baru ini. Ia juga satu tindakan Umno untuk mengawal MCA dan menghantar mesej kepada MCA bahawa Umno mempunyai alternatif yang lain.
Harakahdaily difahamkan, Umno telah menggunakan keluarga terdekat pemimpin DAP sebagai jambatan mereka namun tidak dapat disahkan maklumat ini.
Namun ketika ditemui hari ini, Lim Guan Eng menafikannya dan berkata DAP tidak tahu menahu mengenainya.
"Bagi saya, ia hanya usaha pihak lawan kita mahu memecahkan hubungan antara Pakatan Rakyat," kata Lim Guan Eng kepada Harakahdaily.
Beliau juga berkata, DAP bukan sehari dua ini berjuang di negara ini tetapi telah mencecah 40 tahun.
"DAP akan tetap setia bersama rakan-rakan kita," kata Guang Eng kepada Harakahdaily.
Beliau tidak menolak, ada pihak yang cuba menabur fitnah dalam hal ini kononnya DAP mahu bersama Umno dalam Barisan Nasional (BN).
Boikot Utusan Malaysia
Sementara itu, Guan Eng enggan melayan cadangan MCA agar semua rakyat negara ini memboikot akhbar Umno, Utusan Malaysia.
"Itu semua wayang sahaja... saya tidak minat wayang antara MCA dan Umno ini. Dulu masa tahun 1987 pun macam ini. Media siarkan MCA dan Umno bergaduh, namun yang kena tangkapnya kita (dalam Operasi Lalang 1987)," kata Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Beliau mengulas cadangan pemimpin MCA agar semua rakyat negara ini memboikot Utusan Malaysia ekoran cadangan seorang editor akhbar itu untuk mengadakan kempen "1 Bumi, 1 Melayui".
UMPORNO LAMA KELAMAAN SEMAKIN KEHILANGAN KAWAN..& MENCIPTA SEMAKIN RAMAI MUSUH! KALAU SEBELOM NI MUSUH UMNO HANYALAH PAS, PKR, DAP, PRM, TP SKRG, DGN MCA, LEPAS NI MUNGKIN GERAKAN... PBB (USAHA MENJATUHKAN TAIB MUBARAK)
ReplyDeleteINI SEMUA KERANA SIKAP TIDAK MAHU BERUBAH, MASIH MENGEKALKAN PERANGAI LAMA YG MERASAKAN DIRI BETOL 110% ARROGANT, ANGKUH SOMBONG, MENYALAHGUNAKAN KUASA, TIDAK PERNAH BERTERIMA KASIH KPD RAKYAT YG MEMBERI PELUANG KPD UMPORNO MEMERINTAH SELAMA 53 TAHUN!
UMPORNO AKAN SENASIB DGN PARTI NAZI & JEPON YG MENCIPTA MUSUH & KEBENCIAN AKAN MENYEBABKAN SELURUH MUSUH2NYA BERSATU MENGHANCURKANNYA.
UMPORNO SUDAH BERTEMU & SAMPAI KE JALAN MATI...TIDAK ADA LAGI JALAN UNDUR MELAINKAN TERJUN BUNUH DIRI BERKUBUR BERSAMA SINDROM PENAFIAN YG TAK BERKESUDAHAN...
Benarkah UMNO sedang mendekati DAP untuk menjadi parti sekutunya..mimpi ngeri lah orang yang buat berita ni...benarlah sabda Rasullah bahawa fitnah akan banyak di akhir zaman...PKR..Pasti Kalian Rebah di PRU13
ReplyDeleteUmno Memang Nazak Oiiiiii!!!!!! :P
ReplyDeleteAnon 11:23 PM, PKR atau PR x kan rebah malahan bertmbh kuat yg akan rebah tersungkur ialah UBN/UMPORNO yg hidup atas fitnah yg di cipta, mrk gitu takut dgn manusia bernama ANWAR sbb jika manusia ni jd PM sudah pasti kaki2 rasuah, betina, salahguna kuasa memang tak slmt lah sbb itu berbagai2 usaha dilakukan supaya manusia ini di hapuskan dari arena politik negara...kamu duk dlm kelambu mana kamu nak dgr cerita ni pd kamu itu adalah fitnah..kmdn pandai nak petik sabda Rasulullah saw sememang nya Baginda bersabda demikian memang pun berlaku kamu lihat sj lah fitnah terbesar abad ini dgn kes2 liwat yg dicipta dan mutakhir kes video seks sdgkan kes video seks ini thn 1999 dah di keluarkan tp xleh nak buat apa2 kmdn sikeluarkan semula, sebagaimana yg diberitahu oleh bekas pengarah JSJ datuk mat zain ibrahim dlm surat terbuka nya kpd IGP/KPN tan sri ismail omar..hidup datuk mat zain krn keberanian datuk menceritakan kebenar5an kpd rakyat supaya rakyat tahu perkara sebenar siapa yg salah guna kuasa yg diamanahkan oleh Allah swt..PR akan menguasai persada tanah air barulah keadilan dpt ditegakkan.setuju dgn 8:48 PM
ReplyDeleteAnon 8:37am
ReplyDeleteMemang benar setiap manusia ada kelemahannya..baik dlm BN or PR, kenapa DAP di PP tiada mendakwa bekas pemimpin BN dulu di PP pd hari ini..dulu bila ceramah kata itu ini rasuah dlm BN PP..dan nak dakwa bila jadi pemerintah PP..tapi hingga hari ini takda pun,Kenapa? serupa di Kedah...Azizan main tarik tali pula katanya akan dedah penyelewengan time BN perintah jika UMNO kacau PAS kedah mereka hari ini..adakah PAS menggunakan cara untuk pertahankan kesilapan PAS, kalau hendak menegak kebenaran tak perlu nak ugut2..terus serah pada SPRM...jangan jadi bangau kurus..hanya salah org lain.
Adooi ANON 11:08...
ReplyDeleteMmg masuk kategori melayu mudah lupa..
Igt tak debat LGE dgn Khoo secara langsung.. berapa kalai LGE kata mereka menghilangkan file.. Bukan di PP je tau.. Selangor tu pun sangkut satu je sbb harga rumah terlampau mahal...
Praya 13 ni pun tentu tentu dah ready angkut semua file .. tp kalau PAKATAN dpt parlimen semua tu tak jd masalah...
Hal ni sebenarnya mudah nak dijwb sendiiri oleh ANON 11:08 kalau guna otak berfikir...
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!