Dulu Teoh Beng Hock.. sekarang pegawai Kastam pula.. esok atau lusa siapa pula?? Kata orang.."Dead man can't talk..." jadi baca dan fahamilah kenapa ada ayat itu..
KUALA LUMPUR, 6 April – Kawasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini menjadi tumpuan rakan-rakan Ahmad Sarbani Mohamed sebaik sahaja mendengar kematian penolong pengarah Kastam itu, yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pagi tadi.
Bagaimanapun kebanyakan mereka yang kelihatan terkejut dan sedih melahirkan satu pandangan yang sama – mustahil bagi pegawai Kastam itu (gambar) yang berusia 56 tahun – boleh mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi.
Dengan berpakaian Kastam Diraja Malaysia sejumlah kakitangan agensi itu berhimpun di kawasan hospital sementara menunggu hasil bedah siasat.
Sesetengah pula didapati tidak dapat mengawal perasaan.
Keluarga Ahmad Sarbani pula kelihatan “mengawal” isteri dan lima anaknya, yang diiringi ke bilik menunggu dewan mayat dengan muka mereka ditutup bagi mengelak dirakamkan oleh media.
Saudara-mara juga enggan memberi sebarang komen kepada pemberita yang membanjiri kawasan bilik mayat.
Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad memberitahu The Malaysian Insider, dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian penolong pengarah itu.
“Saya sangat rapat dengan dia dan dia seorang yang rendah diri. Saya merasakan tuduhan SPRM ke atasnya mengarut. Jika benar, tunjukkan bukti.
“Cara mereka menyoal siasat dia tidak adil,” katanya.
“Dia hanya dijadikan kambing kerana seseorang,” kata Ridzuan,bekas pemberita ini, yang berusia 46 tahun.
Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah.
“Malam tadi dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.
“Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (hari ini), untuk menghantar dokumen,” katanya lagi.
Seorang lagi rakannya, Ashaari Isa juga yakin Ahmad Sarbani bukan seorang yang boleh mengambil tindakan membunuh diri.
“Itu yang SPRM mahu berkata, tetapi bagi mereka yang mengenali dia secara peribadi adalah mustahil (boleh membunuh diri),” katanya lagi.
“Personaliti dan tingkah laku dia adalah bukti dia seorang yang kuat beriman,” kata ahli perniagaan berusia 57 tahun ini.
Justeru kata Ashaari, dia mahu SPRM menjelaskan mengapa seorang pegawai kanan Kastam sanggup untuk membunuh diri dan mahu ditunjukkan rakaman CCTV kepada umum.
Ashaari, yang memandu dari kampung Ahmad Sarbani di Perak, dengan rasa marah menafikan bunuh diri sebagai punca kematiannya.
“Lelaki dari kampung saya tidak akan membunuh diri, tetapi kami bunuh orang,” katanya dengan nada beremosional.
Ahmad Sarbani merupakan sebahagian daripada 62 orang menjadi radar Operasi 3B sejak minggu lalu dan dia mati dipercayai selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini, pagi ini.
Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu.
SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai kastam di seluruh negara.
Sebahagian besar daripada telah dibebaskan sementara menanti siasatan susulan.
Pada satu sidang media di sini tengah hari tadi, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata mangsa ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 pagi tadi.
Ahmad Sarbani telah dibebaskan oleh SPRM selepas diikat jamin Sabtu lalu.
Mustafar berkata mayat pegawai itu ditemui di aras bawah, selepas didapati tidak kelihatan di bilik dia diminta menunggu pada pukul 10.15 pagi.
Kata beliau, Ahmad Sarbani datang ke bangunan SPRM kira-kira 8.26 pagi tanpa sebarang temu janji dengan pegawai siasatan.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada sidang media itu, SPRM berkata, “antara pukul 10.15 pagi hingga 10.20 pagi satu kejadian telah berlaku di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur di mana seorang individu telah ditemui meninggal dunia.”
“Individu yang ditemui meninggal dunia ini dikenal pasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, berumur 56 tahun, seorang Penolong Pengarah Kastam,” kata kenyataan itu.
SPRM mengesahkan bahawa Ahmad Sarbani adalah antara pegawai kastam yang telah ditahan pada 1 April lalu di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Klang.
“Penama tersebut setelah membantu dalam siasatan yang melibatkan Operasi 3B iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, telah dilepaskan melalui jaminan pada 2 April, pukul 12.30 tengah hari.
“Penama tersebut telah pun meninggalkan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas dilepaskan melalui jaminan tersebut,” kata kenyataan itu lagi.
Katanya, Ahmad Sarbani telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seorang diri dengan menunggang motosikal dan meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya.
“Oleh kerana pegawai-pegawai sedang bermesyuarat, maka penama berkenaan telah menunggu di lobi pejabat sehingga pukul 9.30 pagi.
“Penama tersebut kemudian telah diiringi oleh seorang pegawai ke bilik pejabatnya untuk mendapatkan pegawai penyiasat menemui penama tersebut. Pegawai yang mengiringi penama tersebut telah berada bersamanya dalam bilik pejabat pegawai berkenaan,” katanya lagi.
Kenyataan itu menambah, lebih kurang 10.15 pagi, pegawai yang mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat.
“Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan,” tambah kenyataan tersebut.
“Setelah mencari dalam kawasan pejabat, seorang pegawai telah terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat satu bangunan pejabat ini.
“SPRM telah pun memaklumkan kejadian ini kepada keluarga si mati dan pihak pengurusan jabatannya serta menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk mengambil sebarang tindakan,” kata kenyataan itu lagi.
The Malaysian Insider

ASD kau ada faham ke dengan ini...
ReplyDeleteBeriman kepada qadar ialah membenarkan dengan sesungguhnya bahawa yang terjadi (samaada baik atau buruk) itu adalah atas qadha’ dan qadar Allah.
Seperti firman Allah,
Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri. (al-Hadid 57: 22-23)
Anonymous....lu pun ada faham ka, setiap yang berlaku didunia in dihukum mengikut syariat dan bukan nya hakikat....lu bercakap soal hakikat, kalau cakap macam hang ni diambil kira, tak payahlah ada hukum syariat..iaitu hukam balas bunuh..wa ingat lu cakap serupa lu faham agama saja...nak tunjuk handal ke...cibauk..atau lu yang buat semuat ni...nampaknya SPRM dah ada pembunuh bersiri..setiap kali ada yang mati kat pejabat ni..mesti semua pegawai sedang mesyuarat...kami rakyat Malaysia mengharapkan siasat dan tangkap orang yang mengendali P.Pengarah kastam yang mati ni....kami tak mahu penyaisatan seperti kes tiong beng hock....kami mahukan orang yang cctv yang ketika kes ini berlaku...
ReplyDeleteAnon 12.50 am,
ReplyDeleteKo faham ke apa itu qadha' dan qadar? Sesuatu itu memang telah diTENTUkan Allah. Tak ada sesiapa yang nak nafikan tapi mesti ada SEBABnya.. Sesuatu takkan berlaku tanpa sebab musabab. Eh, ko faham ke tak ni?
Anon 12.50 am:
ReplyDeleteRasullullah SAW pernah lari dari qada' menuju kepada qadar Allah. Keadaan berlaku apabila Rasullullah SAW sedang bersembunyi di dalam sebuah gua, tiba-tiba batu-batu mula jatuh dan gua itu bergegar, Rasullulah SAW lari keluar dari gua tersebut, setelah tiba di luar gua, para sahabat bertanya "Adakah Rasullullah SAW takut dari ketentuan Allah (qada' & qadar berkaitan maut @ bahaya)?Rasullullah SAW menjawab, "Sesungguhnya aku lari dari QADA menuju kepada QADAR Allah SWT". Maksudnya, manusia perlu berikhtiar dan berusaha mencari penyelesaian kepada kerumitan/ancaman/bahaya. Jika Rasullullah hanya berdiam diri di dalam gua, maut pasti datang sebab itu QADAR Allah, tetapi apabila Rasullullah SAW bergegas keluar maka maut dapat dielakkan (melalui usaha dan ikhtiar).
Kes kematian ini perlu disiasat sepenuhnya dengan telus kerana besar kemungkinan terdapat unsur2 salah laku dan kekejaman yang tersembunyi. Kita semua tahu rekod buruk SPRM dan PDRM, mungkin ini adalah petunjuk dari Allah SWT untuk kita menggunakan akal dan fikiran serta ikhtiar. BUKAN sekadar menyebut tentang Qada dan Qadar tetapi TIDAK berbuat apa-apa!!
Hadis yang dihujahkan menyebut "... dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri". SPRM dan rakan sekongkolnya PDRM nampak sangat sombong dan membanggakan diri!
Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia...mcm haram jadah bila kena siasat dgn SPRM dah 2 org mati...MALAYSIA ku mcm2 adaaaaa....
ReplyDeleteAnon 12.50..
ReplyDeletesaya rasa anda tak faham dengan konsep 'qadar dan qada' itu sendiri. Benar segalanya ketentuan telah ditetapkan oleh Allah tetapi ada sebabnya sesuatu itu menimpa. Allah tidak zalim terhadap manusia. Sesuatu takdir tidak diketahui oleh manusia agar mereka berusaha untuk menghadapinya. Jika telah berusaha dan bertawakkal tetapi masih berlaku itu adalah ketentuannya. Namun usaha adalah perlu kerana Allah itu Maha adil kepada hambanya. Muktazilah sahaja yang berpandangan bahawa manusia seperti robot dan hanya semata-mata menerima takdirNya. Menunjukkan Allah itu 'Zalim' terhadap manusia. JIka ada sesuatu jenayah dilakukan, jangan hanya ia beranggap sahaja sebagai takdir. Kita wajar menyiasat siapa pelaku kepada jenayah tersebut. Itu sebab mengapa didalam Islam terdapat undang-undang jenayah. JIka hanya berpegang kepada takdir sudah pasti undang-undang jenayah Islam tidak wujud.
Jangan sewenang-wenangnya menggunakan Firman Allah sekiranya kita tidak memahami maksudnya secara mendalam. Kita seumpama menuduh Allah menzalimi manusia. Setiap firmanNya ada penghuraian dan penghuraian adalah melalui hadith rasulNya.
Salam..
Adalah suatu yang jelas apa saja yang telah berlaku itu telah pun ada dalam ketetapan Allah,namun islam itu telah sedia ada dengan aturan nya sendiri(perundangan),andainya ada perlakuan jenayah pada apa yang terjadi itu,maka pihak yang terlibat mempunyai hak untuk menuntut keadilan.
ReplyDeleteJangan sama sekali kita menjadi penghalang pada apa jua perlaksanaan keadilan itu.Siapa saja yang terlibat bawa saja kemuaka pengadilan,tak kira apa juga darjat politik nya,jangan biarkan negara Malaysia ini dipenuhi dengan sampah penjenayah dari golongan politik yang kebal dengan apa jua undang undang.Jika tidak satu masa nanti rakyat Malaysia akan bangkit memberontak.

sokong dgn 2:17 AM yg anon 12:50AM nak bercakap soal qada'dan qadar meamng manusia x boleh lari dari qada' dan qadar Allah atau ketentuanNya makna nya ia akan berlaku cthnya 'KEMALANGAN' ia ttp akan berlaku tanpa pengetahuan kita bila akan berlaku, katakan ai A akan kemalangan minggu depan samada melanggar org atau melanggar tiang lampu tetapi krn doanya yg ikhlas setiap hari kpd Allah swt maka Allah terima doanya maka drp si A td samada melanggar org atau tiang lampu beliau melanggar seekor biawak yg melintas secara tiba2 maka itu berlakulah qada' dan qadar Allah ke atasnya makna nya kemalangan tetap berlaku cuma dari berat kpd ringan maknanya beliau tlah berusaha melalui doanya kpd Allah swt.anon 12:50 anda bercakap seolah2 anda pakar dlm ilmu kakikat. syariat, tarekat, hakikat dan makrifat adalah perlu utk menjadi manusia muqmin bukan muslim, semua org islam adalah muslim tp utk menjadi muqmin ia perlu kpd jalan yg menyampaikannya kdp hakikat dan makrifat hanya org yg bergelar Wali Allah saja yg sampai kpd Hakikat dan Makrifat baru lah MESRA jasad dan roh barulah jasad kenal roh. dalam kes pegawai kastam ni memang lah dia mati krn dah ketentuan Allah swt tp mcm mana dia menemui AJAL nya itu yg menjadi persoalan nya faham ke anon 12:50- semua yg bernyawa pasti akan mati tetapi cara ia mati tentu ada sbb nya dibunuh org ke, lemas ke, terbakar ke atau lain2nya sbb Malaikat Izrael pun takut jugak nak mengambil nyawa manusia tanpa sbb krn akan di persoalkan oleh manusia nanti sbb itu ada sbb musababnya.
ReplyDeleteAnonymous said... April 7, 2011 12:50 AM - adalah atas qadha’ dan qadar Allah maka sdr tergolong dlm org yg tak mengunakan otak dan iman.
ReplyDeleteTuju kpd persoalan kenapa arwah dtg dr Perak naik motor dan memilih bangunan sprm ???
Klau dia mmg terlibat tentu dia dah baca apa jadi kalau kena tangkap - soal siasat, mahkamah sehingga ke rayuan dan berapa tahun dia dipenjara? Dgn mengambilkira umur dia 56 tahun.
Dan mungkin ada yg akan kata org kampung dia tak layak bercakap mengenai arwah....
“Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan,” tambah kenyataan tersebut.
ReplyDelete“Setelah mencari dalam kawasan pejabat, seorang pegawai telah terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat satu bangunan pejabat ini.
kompius2... cammana pegawai tu boleh tegerak hati tengok kat court badminton tu...???????
adakah pegawai tu org pertama yang nampak..??????
allahualam...hanya allah yang tahu kebenarannya.
Dulu kena DAP, kastam buat tak peduli. Sekarang kena kastam, esok mungkin korang juga. Mari ramai2 jatuhkan BARISAN NAJIS!!!!!!
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!