
Beliau bertindak seolah-olah tiada esok baginya, jika beliau lewat esok akan ada Ketua Menteri yang baru jika beliau tidak mengangkat sumpah pada malam BN Sarawak diistiharkan masih mengekalkan majoriti.
Memang beliau sewajarnya bertindak demikian.. kerana ada sumber mengatakan Najib akan melantik Ketua Menteri yang baru menggantikan Taib yang jelas gagal dikawal olehnya namun begitu Taib telah berjaya memintas rancangan Najib itu..
Dengan ini sekali lagi Taib menunjukkan kepada Najib bahawa di Sarawak Najib tak ada kuasa yang berkuasa itu Taib Mahmud!
Kenapa Taib Tergesa-gesa Angkat Sumpah KM Sarawak?
KUCHING 17 APRIL : Tindakan Tan Sri Abdul Taib Mahmud tergesa-gesa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak, sejurus selepas berjaya mempertahankan kerusi DUN Balingian, dipertikaikan banyak pihak termasuk Pakatan Rakyat.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa tindakan tergesa-gesa Taib itu ekoran wujudnya "musuh dalam selimut" merancang untuk memilih Ketua Menteri Sarawak yang baru bagi menggantikan Taib yang berkuasa lebih 30 tahun.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan Taib itu juga disebabkan undi popular Barisan Nasional pada pilihan raya negeri kali ini turun lebih 7 peratus, menjadikan undi semasa sekitar 55 peratus.
"Yang paling penting, undi popular turun dari 62 peratus kepada 55 peratus beri isyarat bahawa Taib Mahmud perlu undur. Sehingga Taib (terpaksa) pergi ke Istana untuk angkat sumpah (sebagai Menteri)
"Adakah beliau takut musuh dalam selimut, saya rasa kamu semua lebih tahu. Takkan dia takut pada 16 (pembangkang).
"Taib bukan menang 2 kerusi (macam era Timbalan Ketua Menteri Sabar, Joseph Pairing dulu), dia (Taib) ada dua pertiga di DUN (Sarawak), maka mengapa perlu pergi ke istana sehingga larut malam," ujarnya pada suatu kenyataan media di Hotel 360, di sini.
Katanya lagi, keputusan pilihan raya kali ini sekaligus menolak tanggapan umum bahawa Sarawak adalah "simpanan tetap" bagi Barisan Nasional untuk terus menguasai Putrajaya.
"Pilihan raya kali ini menunjukkan bahawa Sarawak yang dianggap sebagai fix deposit Sarawak oleh Barisan Nasional tiada lagi.
"Ini petanda pilihan raya umum mesti dibuat cepat kerana undi alih sebanyak 7 peratus.
"Ini adalah satu petanda bahawa Barisan Nasional akan hilang lebih banyak kerusi parlimen berdasarkan undi (popular) nasional."
"BN dapat 75 peratus kerusi di DUN Sarawak walaupun undi popular hanya 55 peratus, ia tidak mencerminkan demokrasi yang sebenar iaitu (nilai) 'satu undi' rakyat," beliau menambah.
Katanya, BN boleh kekal menang berkemungkinan disebabkan empat faktor - iaitu politik wang, media tidak bebas, ancaman atau faktor ugutan dan penipuan dalam proses pilihan raya.
"Dan saya rasa beberapa (proses kiraan di beberapa) kerusi pakatan rakyat berlaku penipuan sehinga di bneberapa kawasan (seperti Sibu) boleh padam elektrik," tambahnya.
Nada yang sama turut disuarakan oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
"Saya fikir kalau kita lihat pada undi popular merangkumi 46 peratus...ia menunjukkan peratusan (sokongan pada Pakatan Rakyat) yang kukuh untuk rakyat sarawak nak perubahan.
"Saya rasa ia petanda bagi parti berbilang kaum seperti PKR walaupun padang yang tidak sama rata seperti di Batu Kawah, namun ia tidak menghalang kita untuk tingkat prestasi," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Semantara menurut, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, pilihan raya negeri Sarawak ke-10 memberi gambaran bahawa rakyat bersedia berubah dengan menyokong Pakatan Rakyat.
"Walaypun PAS tidak menang (di lima kerusi yang ditandingi) tapi ini buktikan semangat bersama Pakatan Rakyat.
"Ingin saya tegaskan bahawa tanah Sarawak sangat bersedia untuk Pakatan," ujarnya.
Beliau yang juga ahli parlimen Bachok berkata, PAS berjaya mengurangkan 800 undi majori BN di Beting Maro.
Di Muara Tuang katanya lagi, PAS berjaya mendapat undi sokongan lebih 3,000 undi. Di Tanjung Datu pula, PAS berjaya mendapat undi sokongan sebanyak 1,002 undi.
Justeru katanya, fokus PAS untuk agenda "Selamatkan Sarawak" adalah untuk mendapat kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 kelak.
"Langkah seterusnya adalah persiapan di PRU13," tegas beliau.
Dalam perkembangan yang sama, Adun Ba'Kelalan Baru Bian yang disebut-sebut sebagai "Ketua Menteri Sarawak" bersedia menyerahkan hal pelantikan Ketua Pembangkang Sarawak kepada konsesus wakil rakyat Pakatan Rakyat Sarawak; ketika ditanya wartawan.
Turut hadir, Pengerusi DAP Karpal Singh dan penasihatnya Lim Kit Siang serta wakil rakyat baru Pakatan Rakyat Sarawak.
TVS News
Najib berani buat ke? Apa rekod Najib melakukan aksi jebat dalam politiknya? ce cite ce cite....
ReplyDeleteKalau Mahathir mungkin boleh pakai ko punya cakap. Lagipun yang menentukan CM bukan ke dari pengerusi komponen BN di Swak...
Bagi aku tak payah lebih sudu dari kuah isu dia letak atau tidak lambat laun masanya akan tiba juga. Isu yang lebih jelas adalah Anwar Ibrahim dan Cina menolak BN telah mencelikkan mata semua termasuk PAS & PKR.
Taib undur... lepas tu apa?selesai?
PAS is daydreaming. You think you can get non-Muslims and non-Malays support by being a one-religion closed party? You think you can win majority votes on your own? To have ANY impact you must be attractive to MALAYSIANS - not any one race or religion. Wake up PAS!
ReplyDeleteNon-partisan Rakyat
DIA ANGKAT SUMPAH SEGERA ITU HAK DIA. APA YANG YOU ALL SIBUK TAK TENTU PASAL?
ReplyDeleteTSUNAMI DAH BUNGKUS....YANG KENA TSUNAMI PKR....PARTI HAMPAS DAN SAMPAH....BAWA BUDAYA SAMSENG KE SARAWAK! MUKA TAK MALU...!
BAGI PENDUDUK DI BA'KELALAN DAN KRIAN,SILA MOHON GERAN TANAH KEPADA PKR...ATAU KERAJAAN SELANGOR....INSYA ALLAH ANDA SEMUA AKAN DAPAT GERAN TANAH DENGAN KADAR SEGERA....
SEMUA MASALAH TANAH DAN BALAK AKAN DIURUSKAN OLEH PKR...
BAGI MASYARAKAT CINA PULA, SILA BERURUSAN DENGAN KERAJAAN PULAU PINANG,
KATAKAN BYE...BYE KEPADA KERAJAAN SARAWAK YANG MEMBANGUNKAN ANDA SELAMA 47 TAHUN...
ANDA UMPAMA MELEPASKAN ANJING TERSEPIT!
DASAR TAK MENGENANG BUDI!
saya tidak setuju kepada semua komen anda yang menang ada lah rakyat sarawak sebab nenolak UMNO dari bertapak di sarawak bukan macam bumi di sabah bebal-bebal semua,nah sekarang siapa yang pintar rakyat sarawak kah atau semananjung atau sabah "i slut yaur sarawak"
ReplyDeleteSaya setuju dengan anda semua. Sarawak sudah maju dan moden. Tidak perlukan Pemimpin dari Semenanjung untuk menjadi Penasihat. Malahan terlihat Pemimpin dari Semenanjung seperti Punahsihat. Biarkan Sarawak untuk Rakyat Sarawak. Baik dan Buruk biarlah Chief Minister Sarawak yang menguruskan atas kapasiti Masyarakat Sarawak.
ReplyDeleteComment from 3:20pm refers. Kau ni memang tak pikir panjang. Payah Negara nak maju jika ada org mcm lu.Apakah perlu membutakan mata memangkah demi utk kebendaan ie geran tanah etc sedangkan kamu tahu BN menggunakan pelbagai taktik kotor untuk terus berkuasa. Org Dayak S'wak pun tahu, kau ni dari puak mano nih?
ReplyDeleteTAHNIAH PENGUNDI2 BUMIPUTERA SARAWAK..ANDA TELAH BERJAYA MENAMPAR MUKA2 PKR YANG HEBAT....BRABO!
ReplyDeleteLAIN KALI PKR BERTANDING 71 KERUSI...DAN BERJAYA KESEMUAN MASUK LONGKANG...KAH..KAH..KAH...
Sdr 11.00,
ReplyDeleteBukankah PKR berhempas pulas memainkan isu tanah dan balak di Sarawak? Pekak dan BUTA kah?
You ada buktikah mereka main kotor?
Kalu tau dah org main kotor..tarikh diri awal2..sekurang2nya tidak hilang wang pertaruhan, betul tak?
Dosa memfitnah dan maki hamun pun xada...Kamek benci urg Malaya!
komen 1302,anon 1.11 mcm taikpalat aje,bodo tu jgnlah show kat org itulah mentaliti otak yg diblender BN,akujanji,bagi aku tak hebat sebab prn S`wak dah tahu sebab kemenangannya itu cakap besar,kalau tak BN main kotor mengunakan kuasa duit suap rakyat dungu belum tentu menang,kuasa jentera SPR,POLIS,KAKI T`AWAM,pokoknya semua dikudakan,kemenang BN bagi kami tak menharankan memang dah kami duga,kemenangan mengampu dan mencacai abdul taik
ReplyDeleterileks, x ptt kta org srwk mcm tk, mun nk tauk, taib ya knk undur, lmk glak nya dh kuasa di negeri kta, nya mcm x maok melepas, aku pun sama juak x rjn dgn taib mahmud ya, kwsn aku second division srwk sikit jk dplh, ni adil nk tpt nya pun jk dplh, kta division lain x, mun xda wakil dlm kabinet negeri,janji jk nk tp tpt org lain dpt, peruntukan mmg khas dpt cgek kewsn tp tarit g tpt lain, x adil mcm ya, bn srwk mun nk menang pru tk kelak knk tarit balit hati rakyat knk tunaikan janji yg nya plh dlk, nk bina tk, tk, psl NCR mmg blh jd isu, tp pkla, rakyt srwk brp byk, bkn dpt setel terus dlm tahun ya, ni rncgn nya nk mlh bndr baru gk, srwk brp luas maok duak kali ulang alik dr johor ke perlis ya brk sekali jln, ni dpt... skrg tk, kta maok jnji nya, dgn taib ya undur ya jak, selagi taib ya kuasa selagik ya lah srwk mcm tk, bg aq lah datuk taib mmg knk undur, brk peluang org lain gk memimpin srwk, dan jnji ya tunailh ni lah 11 division dgn 10 division jk maju,division lain x, mun pya mmg hilanglh skgn rakyat dgn bn srwk.. brk putih mata bn, aq bkn penganalisis politik tp ya pndpt penduduk second division, kpg aq... Hamba Allah
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!