Masyarakat Iban yang sebelum ini dianggap penyokong kuat Barisan Nasional (BN) kini berpaling tadah dan bertekad untuk memberi undi kepada Pakatan Rakyat bagi memberi pengajaran kepada kerajaan negeri sedia ada yang bersekongkol merampas tanah adat mereka.
Kalau benar Alhamdulillah.. cuma diharap tiada pihak akan menghantar berlori-lori arak untuk memabukkan mereka pada malam sebelum hari pengundian bermula..
Tapi apa yang kita boleh harapkan dari sekelompok puak yang amat takut untuk kehilangan kuasa yang bakal membawa mereka kepenjara..
Kelompok mereka yang belajar dari "The International Jews".. bahawa dalam politik itu tiada batasan moral..
Kelompok yang menjadikan APCO milik Yahudi sebagai penasihat, menerima tiada batasan ugama jika mahu mengekalkan kuasa lakukan apa saja sebagai nasihat..
Kaum Iban berpaling tadah, tekad untuk menangkan Pakatan.
SARAWAK: Masyarakat Iban yang sebelum ini dianggap penyokong kuat Barisan Nasional (BN) kini berpaling tadah dan bertekad untuk memberi undi kepada Pakatan Rakyat bagi memberi pengajaran kepada kerajaan negeri sedia ada yang bersekongkol merampas tanah adat mereka.
Ini dapat dilihat menerusi sokongan yang melimpah ruah ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan kunjungan di sebuah kampung yang menempatkan Rumah Panjang Bama Nanga Risau Awik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seratok, sedangkan ceramah Pakatan Rakyat sebelum ini langsung tidak mendapat sambutan.
“Kalau dulu, nak dapat 20 orang hadir ke program Keadilan, memang susah. Tapi sekarang, dengan notis singkat pun kita berjaya kumpulkan seluruh penduduk kampung.
“Ini melambangkan harapan rakyat Sarawak untuk berubah,” kata Ketua Umum KEADILAN itu pada program ramah mesra bersama mereka yang majoritinya berketurunan Iban.
Anwar berkata, masyarakat Iban harus berhenti memberi sokongan kepada BN yang menindas rakyat dengan merampas tanah adat kaum etnik di negeri itu dan memberi peluang kepada pembentukan kerajaan negeri yang baru.
“Sebab apa kita nak ubah, nak perintah? Kita sendiri tahu masalah tanah adat di Sarawak. Tanah orang Ibanlah yang paling banyak dirampas.
“Sebab itu, kita nak angkat wakil rakyat yang amanah. Yang betul-betul merasai, memahami dan boleh membantu menyelesaikan masalah mereka. Bukannya pemimpin yang hanya tahu berjanji, kemudian ambil balak, ambil tanah orang kampung,’ katanya kepada kira-kira 300 hadirin.
Terdahulu, Anwar singgah di Kampung Tuie, Saribas dan turut menerima sambutan memberangsangkan apabila kira-kira 500 penduduk kampung hadir meskipun ceramah diadakan di kawasan tidak berbumbung dalam cuaca terik.
Dalam ceramah, beliau mempersoal gelagat pimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak yang melakukan jenayah dengan merampas hak rakyat tanpa rasa bersalah.
“Kalau orang Kampuiung Tuie curi motor, kena tangkap. Tapi, kenapa bila orang kaya curi balak, tak kena tangkap. Bahkan dinaikkan pangkat. Ini negeri ada undang-undang.
Tak mengapalah kalau Sarawak lambat berbanding Semenanjung, asalkan mereka sanggup berubah,” katanya.
Keadilandaily
Terkenang daku kisah silam semasa aku kuat berkempen untuk PAS di kawasan orang asal di Pahang.
ReplyDeleteAwal-awal kempen memang menunjukkan peralihan undi akan berlaku.Kununnya orang asal akan memihak kepada PAS.
Tetapi sehari sebelum mengundi di waktu malamnya berpeti-peti arak disajikan sehinggakan keesokannya orang asal yang mengundi "tidak nampak kecerahan bulan mengambang".
Ada otak! cuba fikr-fikirkan.
Non! tak perlu kecewa jika terjadi sebaliknya, org yg mengaku beriman sentiasa diuji dgn berbagai ujian, Sebaliknya senyum dan bergembiralah kerana kita telah menjalankan apa yg telah disuruh oleh Allah swt, sekurang-kurangnya kita ada jawapan ketika mengadap Allah swt nanti. apa guna menang jika penuh dgn penipuan,sogokkan,tekanan,ketidak adilan dll yg bertentangan dgn agama. SETIAP AMAL KITA SAMADA BESAR/KECIL WALAU SEBESAR ZARRAH TETAP AKAN DIKIRA DAN DIPERLIHATKAN KELAK, oleh itu yakinlah dgn Allah swt, FAIZA AZAMTA FATAWAKKAL ALALLAH.
ReplyDeletebetul la tu..
ReplyDeletesetiap perjuangan perlukan pengorbanan walaupun hasilnya x seberapa..
yg penting niat yg betul dan ikhlas,
pasti Allah akan bersamamu senantiasa..
Beristiqamahlah dalam perjuangan!
ReplyDeleteSedangkan Rasulullah Nuh A.S tidak berjaya mengajak isteri dan anak baginda kepada mengEsakan Allah, inikan pula kita manusia biasa.
KALAU BUKAN ORANG SARAWAK BAIK JANGAN MASUK CAMPUR URUSAN ORG
ReplyDeleteLEBIH BAIK INGAT KUBUR MASING2
CAKAP SEDAP MULUT KOMEN HAL SARAWAK
DAH DATANG KE SARAWAKAH?
DASAR JUHALAK!
DI TENANG, DI KERDAU, DI BATU SAPI DLL DAH BYK KALI DGR CERTA YG SAMA...BELAWOK BELAKO!!!
ReplyDeleteHABOK PUN TARAK!!!
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!