PRN Sarawak : Pemenang ialah Taib Mahmud dan DAP

PRN Sarawak telah berlalu dan BN Sarawak telah mempertahankan majoriti 2/3 mereka dengan sedikit pengurangan Kerusi..

Pemenang yang terbesar semestinya Taib Mahmud. Beliau telah mencapai prestasi yang disasarkan BN, iaitu mempertahankan majoriti dua pertiga. Pencapaian ini meredakan tekanan dari kerajaan persekutuan yang mendesak agar beliau berundur.

Pemenang kedua besar ialah DAP yang menyapu kesemua kerusi Cina. Jelas, mereka mewakili suara masyarakat Cina Sarawak sekarang.

Pihak yang kalah adalah SUPP, bukan sahaja Presidennya kecundang, malah calon yang dikatakan sebagai "generasi baru" juga kalah kesemuanya. Ini bukan sahaja mencerminkan kemarahan Cina Sarawak, juga memperlihatkan kebuntuan SUPP. Mereka gagal lagi mendakwa diri mereka mewakili kaum Cina. SUPP tidak berbeza dengan parti Gerakan sekarang.


Persoalan pokok, mengapa BN menang di kawasan desa? Jawapan yang mudah, tradisional dan politik wang. Penduduk kampung bergantung kepada pemerintah untuk kemudahan asas, maka secara tradisional mereka menyokong parti pemerintah. Mereka bimbang mereka dihukum kerajaan kerana menyokong pembangkang - lebih perit kehidupun mereka dari sekarang. Maka mereka enggan mengambil risiko dengan memberi peluang kepada pembangkang.

Politik wang - apa lagi yang boleh dikatakan? Saya dimaklumkan bahawa undi dibeli pada wang ribuan ringgit, di tempat yang "hangat". Maka pemerintah menyelesaikan masalah mereka dengan wang - tidak kira betapa kuatnya pengaruh pembangkang di situ. Untuk mereka yang kemiskinan, wang ini sudah cukup untuk perbelanjaan beberapa bulan.

Saya tidak menyalahkan pengundi yang menerima wang, saya cuma menyalahkan pemerintah yang terus memiskinkan penduduk, agar politik wang terus mendapat pasarannya.

Bagaimana dengan masa depan Sarawak? Sarawak mempunyai masa depan yang cerah. Pembelian undi hanya "mujarab" dalam satu dua pilihanraya ini, tetapi bukan selama-lamanya. Pengundi muda tidak akan menerima wang secara membuta-tuli - mereka menerima wang, tetapi wang itu gagal mempengaruhi undi mereka.

Kini, semakin ramai pemuda pemudi yang bekerja di luar negeri, kerana peluang perniagaan di Sarawak dikuasai Taib Mahmud dan kroninya. Bagaimanapun, Taib Mahmud sudah berusia 75 tahun. Paling banyak beliau bertahan untuk satu penggal lagi. Ketua Menteri seterusnya gagal lagi mencontohi Taib Mahmud untuk bermaharajalela. Beliau gagal menikmati kuasa mutlak. Dan ini satu-satunya harapan Sarawak.

--James Chin, Profesor Univerisiti Monash

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
    Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
    Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!

    ReplyDelete
  2. SEBELUM PILIHAN RAYA:
    1.PR ada harapan yg cerah di Sarawak

    2.Dayak berontak!

    3.Mengikut Ramalan Pak Belalang: PR akan berjaya membentuk Kerajaan PR

    4.Pak Belalang: Kerajaan Sarawak tak dapat ditubuhkan ...tergantung!

    SELEPAS PILIHAN RAYA:

    1.BN MENIPU..KALAU TAK TIPU,BUKAN BN

    2.BN BELI UNDI..JUTA2 DUIT DIGUNAKAN!

    3.BN GUNA RASUAH UNTUK MENANG,KALAU TIDAK BN PASTI MAMPUSS!

    4.YANG MENANG BESAR IALAH TAIB DAN DAP! YANG NYA LINGKUP...T(ERMASUK PKR YANG BERNAFSU BESAR...DARI 47 KERUSI, KALAH HANYA 3 SAHAJA,44 KERUSI MENANG ATAS ANGIN..MENANG JUA LAH)

    NOTA:APA SAHAJA YANG MENYEBELAHI BN..SEMUANYA SALAH BIN TIDAK BETUL!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post