
Hakim Teo Say Eng memutuskan Osman membela diri berikutan bukti yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak kukuh.
Osman dan Jamaludin didakwa kerana dikatakan menerima rasuah bagi mendapatkan satu projek iaitu cadangan membangunkan tanah seluas 36.42 hektar bernilai RM180 juta di kawasan pusat bandar Seri Iskandar.
Bagaimanapun kes mereka digugurkan oleh Mahkamah Seksyen pada 23 April 2010. Pihak Pendakwa Raya bagaimanapun tidak berpuas hati dan ingin kes mereka ini disebut semula.
Kes mereka disebut semula 22 April 2011 Mahkamah Tinggi Ipoh.
Jamaludin dibebaskan kerana rakaman video dan audio yang dijadikan bukti oleh pihak pendakwa raya tidak jelas.
Transaksi rakaman perbualan telefon Jamaludin dikatakan tidak jelas dan seringkali terputus.
Osman dan Jamaludin adalah bekas ADUN Pakatan Rakyat Perak sebelum melompat ke parti UMNO BN setelah disabitkan kesalahan terlibat dengan kes rasuah.
Tindakan melompat parti 2 ADUN ini dan ADUN Jelapang, Hee Yit Fong dikatakan didalangi oleh UMNO BN sehingga membolehkan mereka melakukan rampasan kuasa dinegeri Perak
Memang sudah dijangkakan sejak tahun 2009 lagi 2 orang ADUN ini akan dibebaskan daripada tuduhan rasuah sebab gara-gara mereka berpaling tadah daripada PR. Bayangkan sekiranya mereka tidak berpaling tadah, sudah tentu mereka akan disabitkan kesalahan dan dihukum penjara. Bila ADUN dihukum penjara, maka PRK akan diadakan berikutan kekosongan kerusi DUN. Apa yang saya maklum adalah tudugan rasuah ke atas kedua-dua ADUN itu adalah TIDAK LOGIK!!!. Mereka dituduh menerima rasuah kerana meluluskan projek perumahan yang bernilai berjuta-juta ringgit. Setahu saya hanya Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri sahaja yang layak memberi kelulusan. Setakat ADUN perseorangan walaupun dia ahli EXCO adalah tidak layak. Tambahan pula sebarang projek yang melibatkan hal ehwal perundangan tanah mesti dapat kelulusan daripada kerajaan negeri. Tak tahu la kalau 2 org ADUN ini dituduh rasuah atas perkara lain. Dalam zaman sekarang ini, apa yang saya lihat adalah terlampau ramai munafiqin yang memegang jawatan penting.
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!