Sarawak : Kedegilan Taib menyusahkan Najib.


KUCHING, 13 April — Tinggal tiga hari sebelum hari penentuan Sabtu ini, kelihatan petanda seolah-olah ada yang tidak kena dengan Barisan Nasional (BN) Sarawak - hanya disebabkan kedegilan seorang pemimpin.

Beberapa pegawai jentera BN mengakui bahawa keengganan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk menetapkan tarikh beliau akan melepaskan jawatannya dan enggan menerima hakikat bahawa perikatan itu kini berhadapan dengan cabaran sengit, kali pertama dalam sejarah, daripada Pakatan Rakyat dan hanya bergantung pada mereka dari luar kitaran politik, termasuk kuasa ghaib, dilihat sebagai memeningkan keadaan.


Taib genap tiga dekad menjadi ketua menteri Sarawak pada 26 Mac lalu.

Malah pegawai-pegawai BN juga kecewa dengan pendirian Taib yang tidak mahu menerima persekitaran bahawa beliau sebenarnya menjadi punca kepada setiap serangan negatif mengenai kepimpinan perikatan itu di Sarawak.

“Perdana Menteri menawarkan beliau jalan keluar awal untuk membantu mengatasi kerosakan dialami dan juga memberikan laluan untuk menentukan peringkatnya sendiri untuk berhenti (sebagai Ketua Menteri).

“Tetapi beliau tidak mempedulikan masa depan BN hanya kerana kepentingan diri,” kata satu sumber BN kepada The Malaysian Insider dengan merujuk kepada jaminan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak pada Ahad lalu bahawa peralihan kepimpinan akan berlaku dengan segera selepas pilihan raya negeri ke-10 ini.

Pemimpin-pemimpin BN juga yakin tidak mungkin perikatan itu akan kehilangan kuasa negeri tetapi tindakan Taib mahu terus kekal akan menyebabkan mereka keciciran banyak kawasan di Dewan Undangan Negeri yang memperuntukkan 71 kerusi. Pakatan Rakyat dilihat akan menang hampir 20 kerusi.

“Malah beliau juga tidak berkempen dengan efektif dan berfokus. Keengganan beliau mendengar (pandangan ramai) akan menjejaskan BN,” kata satu lagi sumber.

Pada pilihan raya negeri 2006, pembangkang hanya menang tujuh kerusi.

Prestasi pembangkang yang berbara dilihat akan memberikan nafas baru kepada mereka menghadapi cabaran kali ini dan kemungkinan menggugat rancangan Najib untuk memanggil pilihan raya umum tahun ini.

Sekian lama Sarawak telah dianggap sebagai negeri yang selamat bagi BN kerana Taib mengawal ketat kepimpinan dan mengetepikan suara-suara yang membangkang kerajaan negeri.

Bagaimanapun pendedahan demi pendedahan mengenai kekayaan keluarga beliau dan keberkesanan Internet dan Radio Free Sarawak yang membangkitkan persoalan-persoalan mengenai nepotisme dan kronisme telah berubah menjadi ancaman kepada peluang BN kali ini.

Pemimpin-pemimpin BN juga merasakan Taib menjadi alasan nombor satu dalam menghadapi kesan-kesan yang dilalui sekarang.

Pengundian pilihan raya negeri diadakan Sabtu ini.

“Taib sedang mencari laluan keluar yang selamat dan mahukan seorang pengganti yang akan memberikannya jaminan itu,” kata seorang pemimpin Umno kepada The Malaysian Insider.

“Beliau juga mahu meletakkan seorang yang beliau boleh kawal seperti Dr Mahathir memilih Pak Lah,” kata pemimpin Umno itu. Tun Dr Mahathir Mohamad memilih Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menggantikannya sebagai perdana menteri pada 2003.


The Malaysian Insider

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Kepada pejuang PR...jaga peti undi tu baik2... kena escort bila peti undi tu naik bot, naik kapal dan aik JIP. Bila peti2 undi tu jauh dari mata... maka permainan silap mata pun bermula.

    ReplyDelete
  2. Alahai....nanti masa undi dan pengiraan undi, bekalan letrik akan diputuskan di Sarawak dan BN akan menang....biasalah....dah tak leh memang cara biasa.....

    ReplyDelete
  3. oleh itu, para petugas Pakatan diharapkan membawa 'torch light' / lampu suluh sendiri untuk menghadapi apa-apa kemungkinan bekalan eletrik yang sengaja dipadamkan oleh UMporNO untuk menipu di peti undi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post