Sarawak : Lebih 10,000 di Miri semalam (Video Inside)


MIRI: Kira-kira 10,000 penduduk setempat menunjukkan semangat untuk berubah apabila mereka beramai-ramai hadir ceramah perdana yang dihadiri pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuching Waterfront, Miri, malam tadi.

Program ceramah itu adalah yang terbesar diadakan Pakatan Rakyat bagi zon Sarawak Tengah.

“Kita mahu memberi isyarat kepada Barisan Nasional bahawa rakyat Sarawak di Miri mahukan perubahan. Sarawak ini negeri kita. Kita yang akan tentukan apa yang perlu dibuat, bukan Najib atau Rosmah, kata Ketua Umum KEADILAN itu, malam tadi.


Selain Anwar, pemimpin lain yang hadir ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution dan Ketua Pemuda DAPSY, Anthony Loke.

Kehadiran pimpinan Pakatan khususnya Anwar sentiasa dinantikan rakyat Miri
Terdahulu, Anwar berucap dalam ceramah kelompok di Taman Morsjaya, Taman Tunku Abdul Rahman dan Kampung Tunku Abd Rahman di sekitar daerah ini.

Pada program itu, Anwar turut memperkenal calon-calon KEADILAN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu, Ishak Mahwi dan DUN Lambir, Zolhaidah Suboh.

Beliau turut melancarkan manifesto Pakatan Rakyat di Taman Morsjaya yang dihadiri kira-kira 3,000 penduduk setempat.

Dalam ucapannya, beliau meminta rakyat memilih Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Negeri Sarawak jika mahu menikmati 10 tawaran perubahan yang terkandung dalam manifesto Pakatan Rakyat Sarawak.

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Di Miri turun nya keramat minyak yang menjadikan Sarawak khususnya Malaysia makmur. Ini di sebabkan keberkatan yang diturunkan oleh Allah SNI kepada penduduk Miri yang sentiasa taat hidup rukun berugama tak kira lah mereka islam atau kristian. Mereka yang susah payah di berikan berakah , si penyamun yang senang2 punggah...mereka kini sedar bahawa mereka lah yang sepatutnya menikmati kesuburan ini. Jadinya PR saja yang akan dapat membahagi-bahagikan hasil kekayaan ini kepada rakyat Sarawak. Ada lah sangat beruntung bagi daerah2 lain mencontohi Miri ini...undi pakatan kalau mahukan nikmat kekayaan Sarawak.

    ReplyDelete
  2. Pesanan kepada kakitangan awam di Sarawak! Jangan jadi alat kepada kedurjanaan lagi. Sudahlah tu! Jadi alat kepada yg boleh bawa kebaikan untuk semua rakyat Sarawak! Kini majikan kalian ialah rakyat Sarawak, bukannya BN lagi. taib dan kabinetnya kini hanya 'care-taker' sahaja! Tamatkan hegemoni mereka! Enough is Enough! Bersihkan sumber pendapatanmu! Hentikan bersubahat dgn si durjana! Terbukti sudah mereka durjana. Go for 20% oil and gas! Usaha dapatkan janji tersebut! Go for a better Sarawak! Now! Now! Now is the time!

    ReplyDelete
  3. YB2 BN dah ketandusan isu bila pakatan rakyat kata ini dia penipu besar dia pun kata ini,diterbalikkan,naik muaklah komen2 pencacai2 taik ni,lebih2 lagi yg jonggang tu,tak payak sorung taik tarik taik org kpg semua sudah tahu,pembohongan wakil BN,dulu kata 2006 kita buat jambatan utk kesenangan rakyat disini,wah riang ria org kpg,semua jentera2 berat dan lori tar berbaris konon nak buat projek,tapi lepas PRN jentera2 hilang,dan berkatalah seorang pembohong,tanah disini tidak sesuai utk buat jambatan..sah2 org kpg digoreng hangus oleh pencacai sibuk bodo,so inilah waa pesan pada org kpg undilah BN sampai mati atau 100thn lagi agar kita menuju zaman tut,tut.

    ReplyDelete
  4. Kepada Rakyat Sarawak,
    kalau teringin kan autonomy( kerajaan sendiri) seperti yang telah janjikan oleh PR, disina lah detik bermula nya sebelum PRU 13, di pilihan raya negeri inilah sukat-sukatnya dimana seluruh rakyat Sarawak menampakan keinginan mereka atau keupayaan rakyat Sarawak sendiri atau memboktikan kemampuan mereka untuk mendapat Kerajaan sendiri dengan memberikan undi kepada calon-calon PR supaya cita-cita Rakyat Sarawak semua untuk menikmati kehidupan lebih makmur seperti rakyat negara-negara merdeka lain TERCAPAI... ' Menuju Autonomy Rakyat Sarawak ' Asalnya Sarawak Milik Brunei, Rakyat Sarawak, Rakyat Brunei. Britis Raja Brooke Memerdekakan Sarawak dengan memberikannaya kepada Malaya yang sepatutnya Merdeka sendiri bersama Sabah dan Brunei, oleh sebab ketamakan Britis rancangan ini ditolak . Ada Wajarnya kepada Rakyat Sarawak untuk memiliki sendiri negeri ini atau sekurang-kurangnya Kerajaan Sendiri seperti yang dijanjikan PR nanti.....Allahuakbar !!! , Almighty God !!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post