Sarawak : Negeri Kaya.. Rakyat Papa.. Nak buat apa??



Setelah berpuluh tahun menjarah harta kekayaan negeri Sarawak milik rakyat untuk mengkayakan sanak saudara dan juga kroninya, hari ini dalam manifesto pilihanrayanya Taib Mahmud dan gerombolannya cuba sekali lagi memperbodohkan rakyat Sarawak.

Dalam manifesto Barisan Nasional Sarawak yang dipimpin oleh Taib Mahmud, mereka mengula-gulakan rakyat yang bagi mereka masih buta maklumat hingga tidak menyedari akan kekayaan yang dimiliki oleh Sarawak selama ini..


Barisan Nasional Sarawak berjanji dalam manifesto pilihan raya mereka kali ini iaitu mereka akan menjadikan bumi kenyalang sebagai negeri terkaya di Malaysia.

Satu janji untuk terus memperbodohkan rakyat.. janji untuk menafikan selama ini negeri Sarawak memang kaya dengan berbagai sumber asli seperti minyak, gas dan balak..

Malangnya kekayaan negeri itu telah dikaut secara rakus oleh Taib dan Gerombolannya untuk membina harta dunia..

Kini setelah diasak begitu hebat.. barulah mereka berjanji untuk memelihara keamanan setelah gerakan merampas tanah adat milik kaum pribumi secara ganas mereka laksanakan. Baca di (SINI)

Mereka juga berjanji meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan miskin dan memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahaan dipertingkatkan setelah berpuluh tahun memerintah.. cuba lihat nasib mereka di (SINI)

Dan mereka juga berjanji untuk Memelihara alam sekitar setelah kebanyakkan hutan dara Sarawak mereka ceroboh dan tarah.. bacalah di (SINI)

Mereka berjanji juga untuk menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak.. setelah anak-anak kaum Penan menjadi mangsa rogol pemandu lori balak yang ditumpang mereka untuk kesekolah.. lihatlah laporannya di (SINI)

Jika sekarangpun negeri Sarawak memang kaya dengan sumber aslinya tetapi rakyatnya masih papa.. apa yang boleh rakyat Sarawak harapkan jika negeri Sarawak menjadi negeri yang terkaya?

Negeri Kaya.. Rakyat Papa.. Nak buat apa???

BN ikrar jadikan S'wak negeri terkaya



Daripada antara negeri termiskin, BN Sarawak berjanji dalam manifesto pilihan raya kali ini bagi menjadikan bumi kenyalang sebagai negeri terkaya di Malaysia.

Pada majlis pengumuman manisfesto BN yang hanya dihadiri oleh Ketua Menteri Sarawak tanpa kelibat pemimpin kanan BN lain, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata kerajaan negeri juga akan menjamin “hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara.”

Manifesto sembilan teras itu diumumkan sehari selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya Sarawak yang dijadualkan pada 16 April ini.

Antaranya:

~Memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik

~Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan miskin dan kurang bernasib baik

~Memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahaan sentiasa dipertingkatkan

~Memelihara alam sekitar, budaya waisan da kepercayaan semua kaum.

~Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua

~Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua

~Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita

Pada sidang media, selepas pelancaran itu, menteri pembangunan tanah negeri dan juga presiden PRS, Datuk Seri James Masing menafikan adanya motif tersirat di sebalik ketidak-hadiran pemimpin kanan BN lain pada majlis itu.

“Hanya di Sibu Taib ada masa lapang untuk lancarkan manifesto dan kita mesti lancarkannya sekarang. “Itu sebabnya. Tiada penjelasan lain di sebalik itu,” katanya kepada wartawan.


Malaysiakini

9 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. walaupun gah dgn manipesto dan bendera BN dimana2 sekitar kuching namun undi siapa tahu,mcm saya kat rumah ku semua dikelilingi bendera BN dan PBB,namun semua keluarga kami akan undi parti lain,itu seranan najis dulu kat sibu `U help me,I`help U,kata2 itu senjata menikam tuan,hanya rakyat yg bodo saja setia,dgn pancingan gula2,BN bagi waa makan,tapi undi waa pangkah parti ada karierdibiliti utk sokong melayu jgn terpinggir oleh 1malaysia,itu bodo namanya jika melukut hanya kerana gula2 subsidi kini dan selamanya,ennak kah kita tidur jika sdr lain dan anakcucu kita diperbodo berpenggal2,ubah pemikiran tu sampai bila kita mcmtu,singkat betul otak tu dek kerana gula2 utk 5thn.....so renung2lah jgn jadi bodo selamanya.....

    ReplyDelete
  2. to Bombo..

    u are rite!!!!i sokong...inilah cara berfikir yang betul...kalau boleh semua org serawak kene fikir macam bombo ni...

    ReplyDelete
  3. Atas usaha dan jasa dari orang lain...yang kita tumpang senang hari ni tak nak bersyukur...tunggu le bala pada kalian..

    ReplyDelete
  4. che b ceta pe ni, sape yg x bersyukur, usaha and jasa sape lak tu, bala mmg da lama smpai kat rakyat malaysia bila ramainya pemimpin yg lucah, rasuah, gila.........kita tengah cuba tolak bala la ni

    ReplyDelete
  5. Rakyat menadah tangan umpama pengemis mengharap simpati Sang Pemerintah.

    Walhal, waktu pilihanra nie la rakyat patut buat Sang Pemerintah macam pengemis, meminta ehsan undi Rakyat untuk mengekalkan tampuk kekuasaan.

    Rakyat Serawak Tak sedar lagi ke?

    -wakleman

    ReplyDelete
  6. Che B . Memang kita menumpang pun pada pandangan pemimpin bee end. Faham-faham lah adat orang menumpang. Itulah sebabnya kita dapat sisa dan tulang. Pemimpin dapat bertan-tan dagingnya. Lepas tu tak pandai nak agih-agihkan kpd rakyat. Bersyukur kalau kita menyedari hal ini.Bala timbul apabila pemimpinnya zalim, korup, kroni. Sedarlah rakyat Msia. Agi hidup agi ngelaban.

    ReplyDelete
  7. Tranformasi kulup walaupun luu bina 150tingkat bangunan mencakar awanpun tak guna wahai wak-wak BN jikalau anak cucu luu merempat kebuluran dibumi sendiri,BN barang naik tak usah nak cakap,luu duduk semua remote control wahai wak-wak menteri pokoknya semua free,kalau luu rasa mcm 1/2 rakyat 1malaysia konon tek sengsara buka langkah saja semua duit,gaji cipit luu renung2lah wak-wak menteri,betapa hizafnya rakyat2 luu wakili,kalau luu ingin waa kempen utk ubah,waa boleh ubah luu jadi mcm rmh diatas tu....

    ReplyDelete
  8. salam semua,

    umah mcm kt atas tu adalh pemandangan biasa ja kt sarawak..

    keluar sedikit je dr kuching, bersepah-sepah rumah yg daif & uzur @ setinggan la kalo kt semenanjung..

    kalo dr kuching ke sarikei (trutama kt kaw lachau) lagi sedih rumahnya..

    kalo kt kuching (pergilah kg gobielt @ muara tebas @ kaw serikin) sama jgk situasinya..

    kalo dr sarikei ke sibu..@ kanowit..@ kuala baram..@ kapit hmm kesian..sedih tgk..pendek kata..pemandangan biasalah..

    org kaya jer ddk umah batu & di bandar2..

    (hambe taulah sbb pernah keja dan pusing 1 sarawak dulu2..)

    ReplyDelete
  9. UNTUNGNYA KALAU PR MENANG
    100% TIDAK KEMISKINAN! WOOW!

    KALAU DARI BESUT MASUK AJE KELATE
    HEBATNYA RUMAH DEPA!

    DARI ANAK TANGGA SAMPAI KE BUMBUNG SEMUAAA NYA EMAS BELAKO!

    ALMAKLUM ADA PASIR MAS LAH KATAKAN

    KAWE NI AMAT2 SETUJU...ORANG SARAWAK SEMUANYA PAPA KEDANA...KESIAN SUNGGUH!

    NAK KE SARAWAK NAIK BELON,ORANG LAIN PAKAI KAPAL TERBANG...
    NEGERI LAIN ADA BANGUNAN PENCAKAR LANGIT
    DI SARAWAK ADA RUMAH PANJANG

    DI KELANTAN ADA PASIR PUTIH, PASIR MAS
    DI SARAWAK ADA LUBUK HANTU!
    DI MALAYA ADA ORANG ASLI
    DI SARAWAK ADA ORG UTAN!

    HANG PIQIKLAH SEORANG2

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post